Roda terus berputar | miss fluffy


Thursday 20 March 2014

Roda terus berputar

Kerana mulut badan binasa. 
Tapi manusia tak pernah nak belajar. 
Masih mahu pilih untuk membinasakan diri disebabkan mulut mereka. 

Makin tinggi kuasa kau, 
Makin tinggi pangkat kau,
Mungkin makin kau lupa mana betul mana salah.

Asalkan kau nampak suci dan tak bersalah,
Semua benda kau langgar.
Jangan peduli halal haram.
Kerana mulut kau!
Aku rasa teraniaya.
Oh ya! Aku lupa.
Kau punya kuasa.
Kau boleh buat apa saja.
Kan?

Tak mengapa.
Doa orang teraniya senang Allah makbulkan.
Kau kena ingat.
Pembalasan mungkin bukan hari ini.
Bukan juga sekarang.
Tapi masanya akan tiba juga.

Hari ini kau bermegah diatas.
Menunjal-nunjal yang dibawah.
Barangkali nanti benda yang sama terjadi pada kau.
Siapa tahu?

これは終わりです?
Source: We Heart It

6 comments:

  1. manusia ni kadang2 lupa, kalau rasa diri tu dah up mulalah... haihhh...moga kita dapat muhasabah diri kita semua sentiasa...

    ReplyDelete
  2. bersabar..insyallah..allah akan sentiasa dengan orang yang sabar..

    ReplyDelete
  3. kalau kita redha dgn dugaan Allah, jgn berdendam... doa pun biar yg baik2 saja

    ReplyDelete
  4. setiap perbuatan yang dilakukan pasti akan ada akibat/pembalasanya...sabar jer laa...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. Selamat pagi :)
    yup, setuju.. roda sentiasa berputar.. tak selamanya kita di atas. esok lusa kat bawah juga..

    ReplyDelete
  6. betul tu.. hidup umpama roda.. kdg2 kita diatas.. bila di atas, bila2 pun boleh jatuh..

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️