Mana hati mu? | miss fluffy


Sunday 22 June 2014

Mana hati mu?


Gempar lagi.
Satu lagi insan istimewa menderita.
Hidup bagaikan mati.
Seksa tak siapa mengerti.
Tapi Allah itu Maha Berkuasa.
Dia beri jalan.
Dia beri pengajaran.
Supaya hambaNya belajar.

Kita mungkin tidak tahu apa cerita sebenarnya.
Sanggupkah insan yang syurga di bawah kakinya.
Menyeksa zuriatnya begitu?
Kita saling menunding. 
Tapi bagiku, 
kemiskinan bukan bererti kau harus mengabaikan.
Apa dosa dia kepada mu?

Maaf.
Sebak yang amat.
Aku tahu yang lain juga begitu.
Moga terbela nasibmu.
Wahai penghuni syurga.


p/s: Aku rasa makin hari makin takut nak buka TV tengok news. Makin tak sanggup nak selak newspaper. Berita yang kadang-kadang aku sendiri tak sanggup nak hadap baca atau lihat.

6 comments:

  1. Makin ramai manusia yang tak berperikemanusiaan..

    ReplyDelete
  2. salam. sedih dan kesian dengan nasib dia..hmmm :(

    ReplyDelete
  3. yup, macam-macam yang berlaku.. Bila Ros dapat tahu berita tu, sedih sangat dan terkejut..

    ReplyDelete
  4. betul..semakin hari semakin rase dunia semakin kejam..bukan kerana bumi tapi kerana manusia yang menghuni..perikemanusiaan suda tiada lagi... =<

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️