Lagu raya~ | miss fluffy


Thursday 24 July 2014

Lagu raya~


Minggu ni rasa lemau je nak masuk kerja. Haha dah kenapa kan? Sebab dah fe-feeling macam nak raya. Cuti seminggu! Wohoo! Haha. Pergi balik kerja kat radio pun dah dengar lagu-lagu raya tengah main. Haishh rasa berbunga je hati. Senyum sensorang je dalam kereta.

Dari Isnin lagi asyik counting days je. Dan akhirnya Jumaat akan tiba jugak. Memang rasa malas je nak buat keja bagai tapi bila company aku pasang lagu raya rasa semangat la pulak! Pehh semangat mari la!! Best sikit layan lagu raya sambil buat kerja kan. Takdalah aku nak baloq tak tentu hala. *Baloq maksudnya malas dalam loghat Kedah.

Rasa macam berkobar-kobar pulak nak beraya. Hehe tak lama dah. Hari menyambut kemenangan melawan nafsu. Tinggal beberapa hari je lagi kita nak berpuasa. Umur masih panjang harapnya berjumpa lagi Ramadhan tahun hadapan.

Banyak-banyak lagu raya yang paling best aku suka layan lagu dari Dayang Ku Intan. Tajuknya Senandung Hari Raya Untukmu. 





p/s: Apa lagu raya favorite korang?

10 comments:

  1. Selamat hari raya MF. Maaf zahir batin ye.Paling suka lagu aman shah - kepulangan yang dinanti. .

    ReplyDelete
  2. Tau takpe mood kerja memang dah ke laut minggu ni...lemau sungguh nak ke ofis tapi gagahkan juga hehe....sambil buat kerja layan lagu raya...

    ReplyDelete
  3. Nice sharing.. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin yer Mime.. =D

    ReplyDelete
  4. lama tu mimi cuti..seminggu.memang seronok beraya. dah nak raya ni memang seronok dengar lagu raya..semua lagu raya pun best :)

    ReplyDelete
  5. salam. singgah sini sebelum bercuti raya esok hehehhe
    salam jumaat & selamat hari raya..salam kosong kosong eh hehehee

    ReplyDelete
  6. bestkan lagu raya zaman2 dulu.. paling suka dendang perantau. dgr je rasa nk balik kg. best juga lagu ni :)

    ReplyDelete
  7. Akak suka lagu2 raya tok ti.. tapi kalau nk urban sikit suka lagu Salam Lebaran yg Mark Adam tue..=D

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️