Fikir sebelum write, like, share atau retweet. | miss fluffy


Tuesday 30 December 2014

Fikir sebelum write, like, share atau retweet.


Fuh..Fuh.. *Buang habuk.

Hai uolls, lama rasa tak melalut. Cerita banyak. Masa je tak banyak nak menaip. 
Ok, macam yang 1 Malaysia dah tahu sekarang. Banyak musibah yang dah berlaku kat negara kita. Dari kehilangan pesawat MH370, pesawat MH17 pulak ditembak jatuh dan yang terbaru banjir teruk yang melanda negeri-negeri di pantai timur dan kehilangan lagi pesawat Air Asia nampaknya memberi impak yang besar pada negara kita. Anggap ujian dari Allah. Teguran satu persatu dari Allah. Aku tak mahu cakap lebih sebab aku bukan berada di tempat mereka. Takziah aku ucapkan. Ingat SABAR itu yang penting. DOA sebagai senjata orang mukmin. Allah nak uji sejauh mana hamba Dia ingat padaNya.

Done bab pembuka cerita. Sekarang straight kepada tajuk entry.
Dah banyak kejadian berlaku, banyak pulak la penganalisa, pilot, pengulas berita, ahli meteorologi, wartawan dan macam-macam profesion tak bertauliah muncul kat media sosial. Banyak macam cendawan tumbuh lepas hujan. 

Yang lagi best, depa ni pakat post status atau komen-komen yang kadang-kadang boleh bikin panik. Boleh buat gaduh. Yang geng keyboard warriors pun satu hal. Taip berdegang-degang tak mau mengalah dengan fakta-entah-cilok-mana yang depa dapat. Ada pulak tu geng yang edit gambar. Pastu post kononnya kejadian sebenar yang dirahsiakan. 

Ok nak bagi example sikit. Macam semalam khabarnya ada angin kuat atau ribut (I'm not sure) di Balik Pulau, Penang. (Got this info from my friend live in Penang). Then ok lah. Pray everything OK. Tapi yang lagi best ada yang post "Penang dah keluarkan amaran tsunami.' Serious, what the heck? What wrong with you? Mungkin kau tulis tu kau rasa gempak giler, sebab kau feeling kau orang 1st yang tahu. Then ada la yang sedap dok share, retweet bagai. Nampak kecil tapi kau tahu impaknya pada masyarakat? Pendapat aku la, biar jela polis cari kau. Malas nak layan tau orang macam ni. HAHA.

Jadi pada anda yang tend to spread rumors, please be careful OK. Fikir dulu sebelum bertindak. Fikir perasaan mangsa atau ahli keluarga mereka. Seronok eh buat benda-benda yang boleh bikin kau famous sebab cerita sensasi-jadah-hape kau tu? Ingat kat dunia kau mungkin lepas, ha kat akhirat tengok ah! Merangkak-rangkak cari orang tu balik nak minta maaf. Masa tu it was tooooo late!! HAHA.

Makanya kawan-kawan yang aku sayangi sekalian, sebelum nak post apa-apa statement  ke status ke fikir 10000 juta kali. Dunia media sosial ni sangat pantas. Dalam beberapa saat je kau mungkin dah sebarkan berita palsu entah kepada beberapa ribu orang. 

Sekian, kbai! Aku tau entry kali ini panjang. Tapi sila baca. Ini paksaan! KAHKAH

Image from Google

#PrayforPantaiTimur
#PrayforAirAsiaQZ8501
#PrayforMalaysia

9 comments:

  1. betul kadang kadang apa yang kita tulis boleh mengguris hati orang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. effect dekat mangsa/ keluarga mangsa..dah la depa tgh sedih..bt la macam2 cerita tak betul..lagi tertekanlah depa..

      Delete
  2. gua yg dok penang ni pun xtau mende fasal tsunami :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. see!! orang Penang taktau pun kata ada amaran tsunami bagai..org luar plak tau dulu..hebak2..hehe

      Delete
  3. Betul sesangat! Orang sekarang suka main share je. Pastu kalau pembaca tu boleh hadam cerita tu takpe, fikir dulu nak share. Tapi ada yg susah nak hadam, kelam kabut share kat org lain. Terus jadi viral. Klu betui takpe gak ni salah!

    ReplyDelete
  4. tulah mcm2 cite dok dgr..xtau mn satu yg sahih
    semua nak jd glemer
    cer kita semua ni bersatu padu tulun menulun
    ni tidak semua nya nak tunjuk bgs..smpaikan bencana banjir pun nak dipolitikkan x faham eden

    papepun
    #PrayforPantaiTimur
    #PrayforAirAsiaQZ8501
    #PrayforMalaysia

    ReplyDelete
  5. tgk gambar2 tu pun dah hiba . x de hati nak komen bagai ...

    ReplyDelete
  6. pasal tsunami tu memang kelakar bag hang ! mana ada pun cuma angin kuat ja.

    ReplyDelete
  7. masing2 sibuk nak memviralkan benda yg x betul. akhir zaman sumer nyer. fitnah berleluasa.

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️