Kenangan | miss fluffy


Sunday 19 April 2015

Kenangan


Bila bercakap pasal kenangan
Semua orang ada kenangan masing²
Sama macam aku, kenangan baik & buruk.

Bila dah dewasa macam ni,
Bila tengok kawan² dah berumah tangga,
Masing² dah berkerjaya,
Jauh dan jarang lagi berjumpa,
Kurang dah berkomunikasi,
Tiba² hati rasa rindu pulak.
Masa bersama dengan kawan² dulu.

Zaman kanak² kendos masa sekolah rendah,
Zaman cinta monyet & gila² masa sekolah menengah,
Zaman mengenali dunia luar masa di kolej & universiti,
Semua ada kenangan tersendiri.

And of course aku lebih suka mengingat kenangan baik dari buruk.
Aku lebih suka bercerita kenangan yang buat aku happy dari kenangan yang buat aku sakit hati.
Dan aku memang tak suka bila ada some of friends ungkit benda yang tak best berlaku dulu.
Just keep it, orang cakap jangan biarkan luka lama berdarah balik.
Dendam lama mungkin dah padam tapi jangan sekarang kita nyala²kan balik.
Am I right? HAHA 
Let's talk about good memory only. Kita tak tahu hati orang kan?

Setiap kenangan beri pengajaran.
Aku belajar untuk hidup berdikari bila sendiri.
Aku belajar untuk tidak bergantung pada seseorang.
Jangan cepat percayakan orang.
Jangan termakan janji manis orang.
Ada rahsia yang kau tak patut share dengan sesiapa even kawan baik kau.
Kawan baik pun mungkin akan jadi musuh ketat.
Segala kemungkinan boleh berlaku.

Yes, semua ini hasil permerhatian aku dari kenangan yang aku lalui.
Jadi bila orang cakap entah aku macam takda kenangan apa².
Mungkin orang itu tak enjoy life yang dia lalui. HAHA

The end.

Dulu sebenarnya sekolah tapi sekarang dah ditukar jadi matrikulasi.
Nota: Jumaat lepas melawat sekolah lama lepas 9 tahun tinggalkan zaman sekolah. Rindu sangat dulu-dulu! 

6 comments:

  1. memang akan rindu bila terkenangkan zaman sekolah, matriks dan universiti. byk aktiviti yg dah x boleh buat bila dah keje ni, especially melepak ngan kawan2 lama.

    ReplyDelete
  2. hu hu hu hu.. lu buat gua rasa rindu jugak kenangan lama. sekarang kwn2 pun dh makain surut, sibuk dgn dunia masing2 T_T

    ReplyDelete
  3. bila ingat kenangan dulu sokmo gelak soang sorang. hahahah

    ReplyDelete
  4. kenangan mmg meant to be remembered hehehe.. yg buruk2 tu amek buat pengajaran..
    yang manis kita simpan bebaik =)

    ReplyDelete
  5. rindu kenangan semasa membesar tp skrg nk jumpa kwn2 memang payah.. ohh KMTK rupanya

    ReplyDelete
  6. Me too merindui moment2 yg indah. Sangat rindu kwn2 sekolah rendah menengah dan ipta. Rindu borak2 and sharing anything but not everything. That was true.. kwn baik boleh jadi musuh. :) apa2 pun setiap org ada moment masing2. sedikit sbyk bile kite imbau.. kita jadi happy :)

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️