Hotel Transylvania 2 | miss fluffy


Thursday, 15 October 2015

Hotel Transylvania 2


Selepas menonton Hotel Translyvania dekat TV, aku begitu eager untuk menonton Hotel Transylvania 2 dekat cinema. Jadi selepas waktu kerja dengan gigihnya check showtime dan kebetulan ada tayangan pukul 6.20PM maka plan untuk menonton movie keseorangan menjadi lagi. Walaupun rasa macam forever alone sebab orang lain ajak pakwe makwe mahupun anak² menonton bersama tapi aku tak peduli. Yang penting misi untuk menonton cerita ni berjaya. HAHA.

Johanthan♥Mavis wedding!!
Jadi tak perlu nak bermukadimah panjang² sebab aku nak review movie ni. Kalau hampa tengok Hotel Transylvania mungkin hampa tau bahawa Mavis bertemu dengan 'zing' dia iaitu Jonathan. Permulaan jalan cerita Hotel Transylvania 2  adalah majlis perkahwinan antara Mavis♥Jonathan di hotel milik Dracula (bapa Mavis). Dan setahun kemudian Mavis mengandung dan melahirkan seorang bayi lelaki separa manusia/vampire yang cuteeeeee giler! Sumpah cute! HAHA Dan bayi tersebut dinamakan Dennis atau Denisovich (nama yang Dracula panggil pada cucunya kononnya kerana berdarah vampire). 

Giler muka macam ni tak comel! Sangatttt comel! >,<
Disebabkan Darcula begitu yakin yang cucunya akan menjadi vampire dia sangat² teruja menunggu taring cucunya tumbuh atau cucunya berubah jadi kelawar tapi malangnya tidak! Tapi bagi Mavis, dia lebih mahukan anaknya menjadi manusia serta menjalani kehidupan normal seperi kanak² manusia lain. Disebabkan itu jugalah Mavis menjadi ibu yang overprotective dan dia merasakan mereka sekeluarga perlu berpindah ke kawasan yang lebih selamat untuk Dennis. Bagi aku bermulanya puncak cerita di mana Darcula plan dengan  rakan² monsternya untuk menunjukkan kehidupan sebagai hantu atau raksasa dengan harapan cucunya akan bertukar menjadi vampire. Tapi dengan adanya ibu Dennis rancangannya mungkin tidak menjadi. So apa plan yang Darcula buat dengan menantunya? Teeeettttt hampa kena tengok sendiri.

Hampa rasa Dracula nak buat apa kat cucu dia masa ni? Jengjengggg!!! Bleh,bleh blehhhh..
Dan berjayakah Dennis bertukar menjadi vampire sebelum hari jadinya yang ke-5 atau dia akan kekal menjadi manusia selamanya? Bleh, bleh blehhh.. Sila ke pawagam masing² yang berdekatan.

Secara keseluruhannya jalan cerita sangat menarik. Tambah menarik bila ada scene² humor. Lawak gila! Berdekah² aku serta orang ramai gelak dalam cinema tu. Kalau ada anak² bagus bawak mereka tengok cerita ini.  Sebab aku dengar budak² yang gelak paling kuat. Orang tua² pun sama sebenaqnya-__- Jadi kepada peminat cerita kartun highly recommended untuk tonton cerita ini. Bleh, bleh blehhh.


Rating:

p/s: Kalau ada masa nak tengok Goosebumps pulak. Macam menarik je 

8 comments:

  1. akak suka tengok katun2 macam ni..macam best je cite..heheh

    ReplyDelete
  2. Hari tu nak tengok movie ni tapi tiket selling fast, sampai dekat turn Nani dia cakap ada seat depan je. Tak best duduk seat depan sebab kena dongak. Huhu. Tak tengok lagi movie ni T_T

    ReplyDelete
  3. Wahhh 5 bintang.. nak kena p tengok jugak ni! =D

    ReplyDelete
  4. huhuii gua suka betul dgn Mavis, gothic sangat! hahah hope minggu depan ada lagi

    ReplyDelete
  5. comel ! teringin mau tengok movie nii.. tapi belum ada masa T_T

    ReplyDelete
  6. Tak tgk lagi. Ntah smpat atau tak nk tgk kt cinema ni. Hari tu tgk Pan tp tak menyempat nk up entri lg. Hehe

    ReplyDelete
  7. mcm menarik gak citer ni. hehe

    ReplyDelete
  8. best giler citer ni... dh la comel gila si dennis tu.. hahaha..

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️