Aiskrim Kelapa Pulau Pinang | miss fluffy


Sunday 1 November 2015

Aiskrim Kelapa Pulau Pinang


Cerita semalam, masih fresh lagi. HAHA Hujung minggu plan keluar dengan kawan². Dah lama plan nak keluar sama² tapi tak pernah menjadi. Kononnya kali ni last keluar dengan status SINGLE. Kahkahkah!:132:

Jadi plannya ke Penang. Dalam kepala hotak ni dah plan macam² tapi ada kekangan masa tak dapatlah nak buat kesemuanya. 1st plan nak makan aiskrim kelapa yang tengah famous hot meletop² tu. Kami terus pergi ke Lebuh Armanian atau Street Art. Gerai aiskrim ni terletak di Lebuh Chulia. Stall kecil je sebelah deretan kedai. Makan pun santai² je atas kerus tepi kaki lima.

Kami park kereta dekat parking kereta berbayar lepas tu sewa basikal sorang sebijik dengan harga RM10/person. Siapa yang ada stamina kuat mantap boleh je berjalan mencari gerai ini. Kami malas berjalan so basikal adalah kenderaan yang paling mudah untuk cari gerai aiskrim ni. HAHA.

Tara!! Dah jumpa gerai oiii. Nama gerai seperti gambar di bawah. Mamma-Miya Coconut Ice Cream. Unik sangat nama tu. HAHA.


Dari jauh dah nampak replika aiskrim kepala yang besaq gedabak ni!

Tercapai jugak hasrat nak merasa aiskrim yang kononnya sedap sangat ni. Terus serbu gerai. Harga setempurung RM7 sahaja. Siap bagi air kelapa segelas untuk membasahkan tekak. Murah la tu kan? Hehe. 

Serbu!!!!
Bila dah dapat tu selfie dulu, lepas tu baru ngap. 



Kasi zoom sikit apa yang ada dalam tempurung nyok ni.

Ya Allah, sedapnya aiskrim ni. HAHA rasa kelapa ditambah pulak dengan kacang dan jagung. Memang rasa lemak² manis tu. Not too sweet, sedang² je. Semua diam tak bercakap lansung sebab menimati aiskrim tu. Memang recommended, you should try at least one time. Lepas tu pasti nak lagi.

Makanya, misi memburu aiskrim kelapa yang kami plan berjaya! Next time boleh datang makan lagi. Siapa² yang lama duk mengidam aiskrim kelapa ni silalah datang mencari. Sedap menjilat jari! HAHA 

Next entry nak cerita pulak melawat Interactive Museum okey! Nak cerita sekarang dah malas nak menaip. 

14 comments:

  1. sedap !! skrg kalau masuk pulau mesti cari aiskrim ni. hehee

    ReplyDelete
  2. waa bestnyaa,harga dia pun murah drpd tempat lain ;D

    ReplyDelete
  3. terliuq tgk gmbr. kena cuba ni... btw, aiskrim kelapa ke aiskrim kepala? hehehe... just joking.

    ReplyDelete
  4. Oi ni memang mengundang betul. Hehehe

    ReplyDelete
  5. haih.. tengok pun dah tau sedap.. heee
    tapi jauh la kak Lissa mau pi sanaaa :'D

    ReplyDelete
  6. sedapnya. makan time panas2, perghhh!

    ReplyDelete
  7. aiskrim kepala? herhehehehe! >_<

    alahhh dekat je dgn tempat kerja aku knp tak perasan, nnt nk g lah :D

    ReplyDelete
  8. mmg plan nak gi penang bulan ni.. tq miss fluffy..

    jemput la ke blog saya http://faiizamohamad.blogspot.my/

    ReplyDelete
  9. wah sedap ni.. gambar si darah manis berbasikal takdak ka?hehe atas eja kepala nasib bawah betul kelapa haha

    ReplyDelete
  10. wah..masa p peneg masa hari tu..
    memang perasan kedai ni..ramai gak yang singgah..
    tapi x cuba lagi..
    next time boleh try..
    aiskrim dgn air kelapa ..7 ringgit ok la.. nak cuba..skali skali..

    ReplyDelete
  11. teringin jugak nak rasa ais krim ni tapi bila laa...tak dan lagi..heee

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️