Masa kau akan tiba juga | miss fluffy


Thursday 14 January 2016

Masa kau akan tiba juga


Dalam hidup ni kita kena beringat. Setiap perbuatan ada balasan. Setiap percakapan ada kesan. Tak kisah lah baik atau buruk.  Kalau hari ini kita seronok buli kawan, kita suka aniaya orang. Tak mustahil satu hari nanti benda yang sama akan terjadi pada kita, takpun pada anak² kita, keturunan kita.

Roda kehidupan sentiasa berputar. Jangan terlalu mendabik dada bila diatas kerana nanti kita jugak akan tersungkur dibawah. Jangan asyik mendongak le langit sampai lupa menunduk melihat rumput di bumi. Kalau kita rasa dia kita bagus, bijak kenapa tidak berkongsi rasa yang sama dengan orang lain? Kenapa perlu hina, maki bila ada yang lemah meminta pertolongan dari kita?

Segala kenikmatan yang kita kecapi sekarang tidak kekal lama. Allah itu ada. Bila² masa saja Dia boleh tarik balik kenikmatan itu. Guna sebaik-baiknya ke arah yang benar. Adalah satu kerugian bila kenikmatan itu disia-siakan.

Just remember one thing, what goes around comes around. 
Hari ni kamu bersorak bertepuk kerana berjaya singkirkan seseorang.
Nanti benda yang sama akan berlaku pada kamu.

p/s: Dah beberapa kali entry seperti ini ditulis. Takpe, Allah ada. Dia sentiasa melindungi hambaNya yang teraniaya. Moga kawan² aku bersabar

7 comments:

  1. Betul. Cx sokong 200%.. manusia kan.. mmg kdg2 alpa.

    ReplyDelete
  2. betol. kdg org ckp knp berserah sgt ni tk melawan. dlm hati ni Allah je tahu Ingat masa hati terasa teraniya terdetik dekat hati balasan setimpal utk org menganiaya tu hummmmm mgkin kita tak dpt terbaik kt sini tp bakal dpt yg terbaik kat tmpt lain amin hmm

    ReplyDelete
  3. We need to be hurt sometimes,in order to grow.
    We need to fail sometimes,in order to gain.
    We need to loose sometimes,in order to gain.
    Cause the best lessons in life, are learned through pain.

    ReplyDelete
  4. betul tu, kalau kita rasa Allah sentiasa ada, kuranglah masalah di dunia ini

    ReplyDelete
  5. betul tu kak.. orang kata, "Allah bayar cash"

    ReplyDelete
  6. lain benar maksudnya tuh... ada benarnya , mungkin esok lusa kita akan berada di atas atau dibawah... tersungkur terus..

    ps: duk bawah jer nih.. hihi

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️