Berkelah di Taman Rimba, Teluk Bahang | miss fluffy


Sunday 20 March 2016

Berkelah di Taman Rimba, Teluk Bahang


Panas kan sekarang? Jaga diri dan kesihatan hampa elok-elok tau. Minum air secukupnya dan jangan dedahkan diri sangat bawah matahari. Bila panas macam ni teringat la 2-3 minggu lepas menjejakkan kaki ke Taman Rimba, Teluk Bahang. Ini semua idea suami aku la lepas dia tengok dalam Facebook ada someone yang post gambar-gambar di Teluk Bahang ni. Tengok air menghijau membiru teringin la jugak berendam. HAHA

Maka plan pun dibuat. Pergi mandi berdua je mana syiok lalu ajak la geng join sama. Baru meriah nak ber-picnic kan. Hiksss. Aku pun belum pernah sampai, so kawan aku ni orang Penang dia la yang jadi pandu arah. Kami ikut je di belakang. Kalau nak tau Teluk Bahang ni selaluan ke Batu Feringgi. Silalah waze ye sebab aku pun tak ingat dah jalan ke sana. HAHA


Kami keluar awal. Bayangkan pukul 9 pagi dah sampai di sana. Tediaaa semangat kan? Lagipun kalau pergi lewat mesti full. Pergi awal macam ni boleh la berendam lama sikit plus orang pun tak ramai. FYI, kereta kena park di bawah dan kita kena berjalan la sikit untuk sampai di tempat perkelahan. Bila sampai je kena la cari tempat dulu dan kebetulan kami dapat tempat yang sangat strategik. Betul-betul depan sungai tu

Sinilah tempat strategik kami!

Ok lah nak describe sikit la Teluk Bahang ni, actually kawan aku cakap tempat ni dibuat renovation semula. Bila dilihat dalam gambar nampak macam sungai kan, tapi bagi aku ia seperti kolam yang berlapis atau bertingkat-tingkat. Seperti sungai buatan. Mungkin inilah renovation yang mereka cakapkan tu. Kalau ikutkan tak panjang pun sungai ni. Mulanya aku risau jugak nak mandi, takut air bertakung. Maklumlah sekarang ni banyak gak kes deman air kencing tikus. Tapi bila dilihat kawasannya bersih dan terjaga, air juga mengalir so itu menghapuskan keraguan aku. Air kalau tak silap aku memang air sungai yang asal. Memang air datang dari bukit. Mana datang air warna hijau kebiruan weh? Dasar kolam ni la. Aku rasa depa cat kot. HAHA Kolam paling atas adalah paling dalam iaitu takat bahu aku. Kehkeh jangan risau la takut lemas. Tak mungkin punya orang dewasa nak lemas. Budak-budak mungkin la.








Letih dah berendam. Time to go homeeee!!

Kesimpulannya, OK la kalau sekali sekala nak beriadah bersama keluarga. Lagi pun dalam hutan ni lain sikit. Rasa sejuk je kawasan persekitaran Seronok juga mandi manda macam ni. Cuma aku nak ingatkan, bila dah habis berkelah tu silalah kemaskan balik tempat tu ye. Macam mana hampa datang nampak bersih, macam tu jugaklah hampa tinggalkan selepas gunakan kawasan tersebut. Ni tak, sampah jugak la hampa tinggalkan. Apadaaaaa....!

Bye!

4 comments:

  1. Bestnya mandi manda!! Seronok tambah lagi masa panas nie :)

    Salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  2. Bestnyaa dapat berendam musim2 panas ni

    ReplyDelete
  3. wee cntik nye kolam dia..
    mmg terjaga tu..jernih je.. ^,^

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️