Showing posts with label 3 ribu telekung. Show all posts
Showing posts with label 3 ribu telekung. Show all posts

Wednesday, 18 December 2013

Mohon Jasa Kalian: Blogger Prihatin || 3 Ribu Telekung Diperlukan


Aku dapat info ni dari blog Bicara Mak Dara (LINK). Project Prihatin yang memerlukan 3K telekung untuk diberikan kepada mangsa banjir di kawasan Pantai Timur. Aku war-warkan pesanan ni dan siapa-siapa yang nak sebarkan pesanan ini amatlah dialukan. Bersama-sama kita bantu mangsa banjir ni. InsyaAllah sekurang-kurangkan bebanan mereka dapat diringankan.

Berikut info yang aku dapat dari blog Bicara Mak Dara.:

Facebook (LINK)
Untuk pengetahuan juga, tempoh yang diberikan untuk mengumpul telekung ini adalah dalam masa seminggu sahaja bermula 16-23 December 2013.

Dan Mak Dara serta rakan blogger beliau turut membuat kutipan telekung pada 19 December 2013. Untuk keterangan lebih details korang boleh tengok kat blog Bicara Mak Dara. (LINK)

Sama-sama kita bantu usaha murni mereka. Sekiranya tak mampu nak bantu dari segi kewangan atau harta benda kita boleh sebarkan mesej ni kepada orang ramai.