Lately banyak sangat aku nampak kereta bomba lalu. Kadang² tu sampai 2-3 kali lalu sehari. Sebabnya banyak kebarakan berlaku. Yela, musim panas rumput² semua kering la. Cepat terbakar even kita baling putung rokok dalam semak. Bahaya sangat. So kena beringatlah. Api ni kecil² memang jadi kawan tapi bila dah besar jadi lawan.
Kalau tengok berita kat TV pun mesti ada cerita pasal kes kebarakan. Tragis tau dak bila hal² berkaitan kebakaran berlaku. Kesian kat mangsa. Hilang tempat berteduh. Hilang harta benda. Hilang orang tersayang. Sedih...
Kena pantau anak² kecil kalau depa main dengan main. Tambah² keadaan kering macam sekarang. Lagi 1 kena jadi bertanggungjawab. Jangan lepas merokok buang putung rokok kat tempat yang mudah terbakar. Kalau nak buang jugak sila padamkan api dulu. Beringat² sebelum kena. Ok?!!
So bulan ni tengok anggota bomba busy sebab banyak kes. Chaiyok²
Kalau takdak depa taklah macam mana.
"Rumah terbakar panggil bomba.
Bomba datang berlumba-lumba."
p/s: Tetiba lagu ni terlintas dalam kepala ni. Aishh.