Showing posts with label cara mohon pengurangan bayaran MARA. Show all posts
Showing posts with label cara mohon pengurangan bayaran MARA. Show all posts

Monday, 24 February 2014

Cara Memohon Pengurangan Pinjaman MARA


Setelah 3 tahun bertungkus lumus dalam mendapatkan segulung ijazah sekarang tibalah masanya untuk membayar semula segala pinjaman yang diberikan. Bayar! Pandai pinjam pandailah bayar demi masa depan kita jugak. Jangan sampai kena blacklist. Susah nanti. So, macam aku dapat pinjaman dari MARA. Bolehlah minta pengurangan daripada MARA. Hehe. Tak silap aku urusan untuk minta pengurangan bayaran balik pinjaman ni boleh dilakukan dalam tempoh 6 bulan selepas graduation. *Correct me if I'm wrong.

Disini aku bagi la step untuk siapa yang masih blur bagi apply pengurangan bayar balik pinjaman. Aku pun blur juga mula² tapi Google sikit dapat la info. So, check it out yooow! :D

Step 1:
Kalau korang nak tau berapa pinjaman yang korang dah guna boleh check di e-Baki. (LINK)
Caranya mudah, korang cuma perlu sign up dan boleh terus masuk ke account korang dan buat semakan pinjaman MARA korang. Step 1 ni cuma nak tau je berapa yang korang dah pinjam sepanjang pengajian korang. 

Dah tau kan berapa riban yang korang pinjam? Hehe so we proceed to the next step hokeyyy!! :)

Step 2:
Now, korang kena buka e-Conversion pulak untuk apply pengurangan bayar balik pinjaman. (LINK) Untuk pengetahuan korang cara yang aku tunjuk ini adalah permohonan atas talian. So lebih mudah dan cepat. Ye dak? Hehe. Dah buka e-Conversion? 
Ok kat sini korang perlu isi dua benda untuk membolehkan korang access account korang.
1. Isi No. K/P korang. 
2. Isi No. Akaun Mara korang.
Mana nak cari akaun MARA korang? Boleh tengok dekat e-Baki tadi atau boleh refer balik penyata pinjaman yang MARA selalu hantar ke rumah tu. Mohon cari sampai dapat.

Dari page e-Conversion, mereka dah letakkan panduan dan syarat² untuk minta pengurangan bayar balik pinjaman MARA ni. Korang cuma perlu klik link yang ada kemudian baca panduan mengisi borang permohonan tu betul². Jangan malas baca! Hehe. Bila dah faham betul² then proceed je dengan mengisi maklumat yang MARA nak dalam borang online tadi tu. 

Dan untuk pengetahuan korang, lepas lengkap je korang isi semua information dalam e-Conversion, korang kena print borang maklumat tu. Lepas tu korang kena pos dokumen kepada MARA dalam masa 30 hari dari tarikh korang hantar permohonan online. Dokumen tu adalah seperti dibawah. Penting ni!:

(i) Borang permohonan e-Conversion (Yang korang isi online tu)
(ii) Salinan Sijil Diploma/Ijazah/Sarjana/PhD/Profesional dan lain-lain (yang 
berkaitan) 
(iii) Salinan Transkrip rasmi 

Dan haruslah disahkan oleh benar (kena cop) oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan B/ Penghulu/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK)/Sidang/Jaksa Pendamai (JP)/Wakil Rakyat/Pegawai-Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret/Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan. Macam aku, just mintak cop dari Guru Besar sekolah.

Dah siap. Korang cuma perlu tunggu 30 hari untuk buat semakan permohonan korang.

p/s: So sekarang tunggu dengan sabar. Hehe:face8:


Disebabkan ramai yang complaint call Mara selalu tak berjawab, aku terperasan no.tel ni dengan ext yang banyak sekali. So hopefully korang boleh cuba nasib dail each number yang ada ni.

Mohon klik gambar untuk pembesaran.