Showing posts with label meatball sauce. Show all posts
Showing posts with label meatball sauce. Show all posts

Monday, 13 May 2013

Homemade Meatballs Sauce~

Assalamualaikum.

Musim la ni ramai betul tengok kawan² post pasai makanan. Tambah² meatballs Abang Burn. Hamboihh kemain lagi terliur aku tengok. TT__TT Tapi disebabkan tak berkesempatan lagi nak pergi *tak silap Alor Star ada kan? so aku pun decided nak buat sendiri la. Homemade sos meatballs ni. Hehe rajin tak? Daripada menanggung kempunan yang tak berkesudahan baik aku try buat sendiri.

Berbekalkan line internet, laptop dan Google apa lagi. Cari resepi la. Haha. So terjumpa la resepi yang nampak mudah sikit dari SINI.*Terima kasih ye kak, hihi. Cedok² sikit resepi tu ada juga la yang aku derhaka tak letak. Hehe tapi Alhamdulillah. Rasa macam menjadi. Selagi aku tak muntah hijau makan masakan sendiri aku kira itu masakan aku menjadi. Rasa sedap je selesa je masuk dalam tekak aku itu dah dikira ohsemmm~ Hehe.

Sos dah jadi. Meatball dah beli. *Beli je tak larat aku nak gentel meatball  sendiri. Mula-mula goreng la meatball tu. Makan mentah kang orang cakap kanibal pulak, huhu tak lawak. Ok² pastu curah je la sos tu. Aku letak sikit sos cili. Aku tengok kebanyakkan resepi letak jem stoberry. Ha ikut perut hampa la nak letak apa pun. Stoberry ke, durian ke, jering ke, petai ke janji hampa rasa sedap. Mihmih;3

Jadinya, taraaa!!!






Aku saja letak gambar banyak². Sapa yang nak kecurkan air liur dia sila tenung lama². Kahkahkah;P