Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Wednesday, 4 June 2014

Tazkirah 2


KISAH BUDAK PENJUAL KUIH (Terharu punye kalau bace!)

Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman

-Copy from Facebook
==================================================

Sedih, terharu bila baca. Jika kita merasa susah, renungkan kembali bahawa ada orang lain yang lebih susah dari kita. Syukur dengan pemberian Allah. Jangan bersungut bila susah, sebaiknya mohon dipermudahkan perjalanan hidup kita.

Monday, 26 May 2014

Tazkirah 1


Pagi Isnin ni nak buat pahala sikit la. Hehe nah share petikan jumpa kt Facebook.

Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal:

Mari fikir2kan ; "Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak shj yg kita perlu jaga sgt2 supaya tak msk ke dlm perut. Ada lagi sumber yg lain kita perlu dielak campurkan dgn darah daging. Nasi yg dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dgn gaji yg ditipu..pun ragu statusnya. Jadi ragu disbbkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam2 melayan Facebook peribadi, lepak2 di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien utk bisnes sendiri. Ataupun pergi rumah kawan utk dgr gosip terbaru. Mkn ayam goreng yg JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yg diada2kan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rum saudara-mara. Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi mtg, tetapi melencong shopping sblm pulang ke ofis. Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri. Kdg2, badan asyik sakit2, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa2, bukan sbb Tuhan tak syg. Bukan sbb org aniaya. Bukan sbb santau atau kerja jin. Tetapi puncanya drpd diri sendiri yg tak mengawal hati. Fikir dlm2. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun brtanggung jwb atas perilaku sendiri". Tazkirah paling baik yg perlu disebarkan & diingatkan selalu kpd mereka yg bekerja.

KEBERKATAN YG DICARI
6 cara utk mendpt pahala setelah mati:

1. Beli Al-Quran kpd sseorg, setiap kali dia mmbacanya kamu akn mnerima pahala.

2. Sedekah kerusi roda kpd hospital, setiap kali org sakit mnggunakannya nescaya kamu akn mndapat pahala.

3. Turut serta dlm pembinaan masjid.

4. Meletak watercooler di tmpt awam.

5. Menanam pokok. Kamu mnerima pahala skiranya ada manusia ataupun binatang berteduh dibwahnya atau mkan darinya.

6. Cara yg terakhir & paling mudah adalah kongsi mesej ini kpd semua, sekiranya ada org yg mampu melakukan salah satu perkara di atas maka kamu akn mndpat pahala.

Aku copy sebijik² dari FB. Sharing is caring, sama² kita baca dan saling beringat:17:

Friday, 17 May 2013

Renungan Jumaat

Assalamualaikum.

Sekadar renungan buat kita semua:)


Seorang lelaki mempunyai 4 orang ISTERI

Isteri Pertama : Tidak diberi perhatian
Isteri Kedua dan Ketiga : Selalu di beri perhatian
Isteri ke empat : Terlalu diberi perhatian dan kasih sayang

Ketika lelaki itu mahu meninggal, dia memanggil ke empat-empat isterinya.
‘Mahukah kalian menemaniku di alam kubur?’

Isteri ke-4 : ‘Sorry! Sampai sini sahaja aku mengikutmu.’

Isteri ke-2 dan ke-3 : ‘Kami akan menemanimu tapi hanya sampai ke liang kubur sahaja.’

Lelaki itu kecewa. Lalu ditanya pula pada isteri pertama. Isteri pertama menjawab :
‘Aku akan menemanimu ke mana saja kamu pergi dan akan selalu mendampingimu.’

Siapa isteri pertama hingga ke empat?

Isteri ke 4 - Adalah harta dan kekayaan kita
Isteri ke 3 - Teman-teman kita
Isteri ke 2 - Keluarga kita

Isteri Pertama - Merupakan AMALAN kita selama kita hidup di dunia.

Source: Facebook