Saturday, 9 March 2013

Women's Day

Assalamualaikum.

Happy weekend!! Tak silap saya semalam adalah International Women's Day kan? Heee sebab buka  page Google semalam pastu tetiba nampak doodle dorang yang comel. Sekali tengok, International Women's Day! *Applause Muehehe special kan jadi wanita. Siap ada special day lagi untuk semua wanita kat dunia ni.

Semalam masa masuk kelas mengaji pun ustazah ada cakap pasal Women's Day. Pasal betapa tingginya Allah letakkan darjat seorang wanita. Syurga di bawah tapak kaki ibu. Tengok! Itu belum termasuk lagi wanita-wanita hebat dikalangan umul mu'minin. Siti Khadijah, isteri nabi yang juga seorang hartawan yang sanggup dermakan hartanya ke jalan Allah. Siti Mariam, Rabiatul Adawiyah, Siti Aisyah. MasyaAllah. Kalau kita baca kisah mereka pasti kita terpegun. Memang hebatkan kaum wanita. Akhlak, pengorbanan & cara mereka ni boleh kita jadikan rujukan & contoh dalam kehidupan kita. Kan?^^

Actually, bagi aku setiap hari adalah hari wanita. Baru lah ohsem kan. Huhu. Apa pun, belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Wanita kepada seluruh wanita di dunia. Wanita yang original je tau. Yang cilok tak termasuk. Hehe;p


#My mom is the greatest woman in the world!!>,<

Thursday, 7 March 2013

444

Assalamualaikum.

Aku baru perasan number followers yang cantik ni. 444. Muahaha macam buku tiga lima. Tapi ni empat. Orang cina kata tak ong. Tapi aku kata ong! Lantak p kat depa la tak ong. Haha kepercayaan je. Yang penting aku syiok. Ohsem la tuh kan?:P

Takde pape pun sebenarnya. Cuma nak beri sikit penghargaan buat semua yang follow aku, yang komen, mengomen, terkomen, silent readers, singgah jenguk, yang terlibat secara lansung atau tak lansung. *Macam buat filem. Semualah! Thanks a lot sebab singgah blog tak seberapa aku ni. Sangat appreciate. Sekurang-kurangnya aku happy. Kadang-kadang baca komen buat aku gelak sorang-sorang. Rasa nak blogwalking laju-laju. *Padahal tengah keje. Macam-macam la. Hampa semua buat aku bahagia. Cewahh~

Apa pun, terima kasih.



Maaf jika tersalah kata, terkasar bahasa, melawak tak kena. Yang penting hampa ohsemmm. Wakaka~
#Baik punyer tak aku "kipas". Cehhh aku ikhlas ni. Tulus!=.= Ahaksss!

Woittt!Tengok kebetulan pulak post aku pun dah masuk #111. Kebetulan?Kahkah=.=

//Entry excited sebab number. Bhaha:D

Wednesday, 6 March 2013

Purrr~

Assalamualaikum.

Stress. Mesti kita semua pernah rasa kan sesak kepala, tekanan, rimas, runsing, sedih. So, apa yang hampa selalu buat bila feeling jahat macam ni mai dok kacau hampa? Tidur 24jam? Makan tak hengat? Menangis patbelas jam?

Kalau aku, aku lebih suka bermanja dengan binatang peliharaan aku. Dan semestinya kucing!! Kalau hampa da bela gajah ke, beruk ke, kuda ke sila layan mereka baik-baik. Confirm hilang stress hampa tadi. Muka pasti berseri-seri. Ngeee~


Lagi banyak lagi bagus. Saper setuju hoii hoiii? Angkat la apa hampa nak angkat. Heee:P

//Rahsia awet muda: Jangan banyak stress nanti muka kedut=.= Senyum sikit:)

Tuesday, 5 March 2013

Miss you~

Assalamualaikum.

Suddenly miss him and remember our precious moment together. Hikss galok sungguh. Yes, long distance relationship. Memang la kena banyak bersabar. Trust tu yang penting. Huhu.



#Not much to say, just express my feeling right now! Ahaksss!! >,<
Pray for Sabah~

Monday, 4 March 2013

Lembap atau memang tak faham?

Assalamualaikum.

Semak perut betul bercakap dengan orang tak faham bahasa. Dah kita cakap NO! Dia masih lagi meminta-minta. Seriously, rasa nak jerit kuat-kuat kat muka dia. Pheww~ Memang menguji kesabaran.

Bukan sekali dua, dah berkali-kali. Macam-macam sign, body language aku bagi. Tapi masih bebal. Kang aku cakap secara telus touching macam nak mati lak. Giler buat aku serabut. Syohhh, p jauh boleh?

Ini bukan kes lembap dungu bebal, ini kes buat-buat bodoh. Buat-buat tak reti. Tak faham. *Maaf ayat aku kasar.


Please, if I say NO..!!I really meant it.



#Sekali dua aku boleh terima, tapi kalau berkali-kali hati ni rasa gak macam nak pukul orang=.=

Segmen: Saya Suka Makan.....

Assalamualaikum.

Join segmen by Nasuha. Nak join? Sila klik banner bawah ni. Hukhuk~



Aku suka makan. Memang la. Tapi yang paling aku suka sampaikan setiap malam jadi menu wajib aku masa study dulu adalah Tomyam. Tak kisah lah makan dengan nasi ke, bihun ke, mee ke janji ada tomyam. Dan seharusnya pedas!!! =.=' Ya aku memang addict sangat kat tomyam. Sekian. 

Source: Google.
*maap, gambar tengah makan takde. huhu;p

Friday, 1 March 2013

Live your life!

Assalamualaikum.

Salam Jumaat!!

Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah lagi hari ni. Nikmat yang tak harus disia-siakan. Hari yang ada ni kena manfaat sepenuhnya kan? Hehe tapi insan yang lalai leka macam aku ni ada jugak la buat benda tak bermanfaatnya. Huhu~

Hari yang kita lalui ni kena harus sentiasa positif! Baru lah seronok. Positif dengan orang, berbaik sangka, senyum. Ni semua boleh buat hidup kita lebih gembira. Hati lebih tenang. Ustazah ada cakap nak ketenangan hati kena bersih. Macam mana nak bersihkan hati? Caranya sentiasalah berbaik sangka. Emmm aku pun baru tau. Walau apa yang jadi sekalipun kita kena baik sangka. Kira macam don't judge the book by it's cover lah. Hehe.

So, mulai hari ni jom latih diri & hati kita! Semoga lebih ceria & tenang, Insyaallah.

Mulai hari kita dengan niat yang baik/ikhlas, senyuman dan minda yang positif!!

#Latih diri aku jadi lebih positive. Kurangkan negative thinking ni. Hiksss:D