Monday, 19 January 2015

Akhirnya......



Akhirnya berjaya membalas jejak kawan-kawan sekalian. Entah dari zaman bila baru nak balas kan. Hehe maaf la. Tak berpeluang menculik masa untuk membalas jejak. Hari ini baru berkesempatan.

Terima kasih kepada yang melawat blog-suam-suam-kuku aku ni. *Eh eh?

:face2:

Cerita di Kedah: Semeling Street Art


Happy weekend. Syiok noh cuti. Hari ini cuti lagi. Replacement sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah. Hehe lagi syiok boleh online gitu. Jadi dikesempatan yang ada ni kita blogwalking sampai lebam ok.

Hari ni ni up entry pasal 1 tempat kat Pekan Semeling, Kedah. Tapi sebelum itu aku ada cerita pasal ini dekat entry sini. Kalau nak tau pekan Semeling ni kecik je. Tapi tetiba saja rata-rata orang duk sebut pekan ni. Apa yang bestnya? 

Rupanya ada street art dekat bangunan sekitar Pekan Semeling ni. Aku taktau lah siapa yang lukis tapi aku nak cakap mereka memang awesome! Kalau sebelum ni nak pergi street art yang terdekat dengan tempat aku adalah Penang. But now, dekat je. Bawak family makan angin santai petang-petang pun boleh. Kalau sebelum ni orang ramai sekadar lalu je tapi sekarang mungkin kita akan singgah untuk melihat lukisan ini.

Walaupun kawasan lukisan ini tak sebesar dan seluas Armenian Street, Penang tapi itu sudah cukup menghiburkan siapa-siapa saja yang melalui kawasan ini. Teruja kau tahu? Hehehe:D

Jadi dengan berbaju ala kimono baru lepas balik makan kenduri kami selamba ja bersuka ria selfie wefie di sini. 

Tempat ni kira macam landmark la menunjukkan kita dah dalam kawasan Pekan Semeling.
Korang boleh la park kereta korang di tepi-tepi jalan. Then jalan kaki je sebab lukisan-lukisan dinding jalanan di berada di lorong belakang deretan kedai.  



Otomen pun hado.....



Ingatkan aku je yang excited, tunang itew pun excited jugak. Hiksss;p



Sebahagian dari lukisan yang terdapat di sini. Maaf, over selfie puloks. HAHA

Ok lah, tu sebahagian dari lukisan yang aku tunjuk. Ada banyak lagi sebenarnya tapi cukup-cukup sudah. Cukup sampai di sini sajor. Huhu.


Lepas dah letih jalan, korang boleh la singgah makan-makan ke minum-minum ke. Banyak gerai di buka kat sini. Tengok nasi lemak la satay la macam-macam la. Ala, makanan ringan-ringan. Boleh layan...~~

OK, till meet again. HAHA.
 

Friday, 16 January 2015

Serabut......


Macam-macam hal.
Itu tak kena.
Ini tak boleh buka.
Tak masuk lagi dengan kerenah manusia tak faham bahasa.
 
Serabut.
Pening.
Semua gara-gara company apply new system.
Stress sungguh kerja minggu ni.
Haihhh.

Sabarlah wahai hati.
Jangan kau melenting.

Nasib baik cuti 3 hari.
Release tension.
Rehat otak.
Rehat badan.

Hope everything will be fine.
Hope so~ 



Wednesday, 14 January 2015

Wordless Wednesday 2015: BR1M 2015



Alhamdulillah, rezeki bulan ni. 
Kawan-kawan dah check ke belum? 

Ini BR1M orang bujang. BR1M keluarga tak pasti dah masuk ke tak.
Ke aku yang ketinggalan zaman? Haha.



Wordless Wednesday 2015: Selfish

Jangan, jangan begitu. Tak baik tau! 

Monday, 12 January 2015

1st Mini Cash Giveaway 2015: www.bubblynotes.com


 mini GA

Apa yang best dekat www.bubblynotes.com?

 Ada story pasal baby cute nama Ash. 
 Ada banyak info/tips yang di kongsikan. 
 Bakal mak, baru jadi mak, dah lama jadi mak banyak info (especially parenting) boleh cari dekat Bubbynotes. Bakal bapak, bapak-bapak pun boleh follow juga.

Wehuuu nak join click banner OK. Mari kata support kak Farah buat GA ni!! 

Sunday, 11 January 2015

Don't get tooooooo excited....~


Aku taktau lah.
Pagi tadi buka facebook.
Nampak benda tak best la pulak. 
Pasal anak-anak muda perempuan Islam.

Ala...
Tak best sangat.
Dah viral kat facebook.
Orang post sana sini.
Malu la.

Tak salah kalau minat.
Tak salah pun kalau suka.
Aku tau. Orang yang awak minat tu kacak!
Jambu!  Mesti melting habis kalau tengok.
Tapi yang salah.
Kenapa awak pergi peluk?
Siap bagi izin nak kiss dahi bagai.
DEPAN PUBLIC!
 
Serious cakap.
Takda salah lansung kalau minat.
Ada je kawan-kawan aku yang minat.
Ada je family member aku yang suka.
But don't get to over.
We must know our limit, right?

Tapi....
Sekarang berita tu dah tersebar.
Tercalar lagi imej perempuan Muslim.
Acaner tu awak?

Entah la. 
Taknak cakap lebih. 
Awak fikir balik ye?
:face32: