Wednesday, 6 January 2016

Cafe Hopping: Gomok, Ipoh


Rajin pulak sekarang menjejakkan kaki ke Perak. Maklumlah, soulmate aku kan orang Perak. Mungkin juga wishlist aku menjejak sebanyak mungkin cafe² yang ada akan menjadi kenyataan. Dekat Ipoh apa yang aku lihat, banyak juga cafe² yang menarik perhatian aku. Wallah!! I like♥

Selepas melawat saudara-mara di Ipoh, suami aku la beria benar nak try masuk Khizanat. Aku yang 1st time dengar nama cafe ni teruih saja buka IG. Macam wow juga tempat dia. Tapi malang sekali tak buka pada hari tu. Kecewa juga suami aku. HAHA So kami pun pusing² la cari tempat makan best. Sekali ternampak Gomok ni. Ada gambar seakan-akan orang "gemuk" depan pintu masuk. Ini sudah bagus! So I suggest why not we try this cafe. ON teruih la. 
Credit to this picture's owner.
Dekorasi: 
Mula² masuk macam eh kenapa takda orang? Kami berdua je. Then OK je. Bagus! Lagi cepat makanan kami sampai. Dekorasi kedai sempoi je. Simple. Teratur. Tak banyak sangat dekorasi. Bangunan kedai lama tu yang aku suka. Nampak vintage gitu. Tak banyak gambar yang aku sempat ambil. Lagi satu depan pintu kedai ada 1 box besar. Dorang letak air mineral dalam cup tu. Siap ada note anyone boleh ambil barangan tu for free. Sesuai sangat dengan tagline kedai dorang "Sharing is caring but I want more". Sweet tak???:face2: Kan aku ada cakap mula² masuk takda orang kan? Tapi sebenarnya makin lewat makin ramai customer datang. Rupanya suasana kat sini lebih happening lewat malam. 


Makanan: 
Masuk bab makanan pula. As usual la, tempat² macam ni of course la menyediakan Western Food. Buku menu pun simple je. HAHA. Aku order Demon Salmon with Iced Lemon Tea. Suami aku pula memang hantu Fish n Chip with Iced White Coffee. Hidangan memang untuk seorang makan. Kalau nak makan share dalam 2-3 orang tak silap aku mereka juga ada sediakan. Sebabnya mula² suami aku nak ambil Jumbo Fish n Chip. Nama pun JUMBO semestinya makanan dalam portion yang besar. Rumusan aku, Demon Salmon with teriyaki sauce memang sedap! Kena la dengan tekak aku. Tekak orang lain aku taktau. Kami ada la order nasi goreng as a side dish. Janggal pulak tekak melayu ni makan lauk pauk saja. HAHA Bagi Fish n Chip pulak not bad rasa dia. Cuma special-nya dorang ada letak jajan potato chip. Layan jugak la bila makan kan. Bab harga pulak OK la. Tak terlalu mahal. Total kami makan berdua dalam lingkungan RM50++. Mampu la nak makan 1-2 kali sebulan. Kalau poket tebal boleh la datang makan hari². HAHA:10:

So wishlist fulfill! Next cafe entah di mana lagi aku pun taktau. Teringin nak jejak cafe ini?
 
Details as below:
 Gomok Ipoh
 Address: No. 1 Jln Leong  Sin Nam, 
30300 Ipoh
 05-2413619
  https://www.instagram.com/gomokipoh/

p/s: Sorry entry ni tak banyak gambar :face29::face23:

Thanks for everything 2015 and Hello 2016!!


Entry pertama untuk tahun baru. Yeah sedar tak sedar masa makin berlalu jauh meninggalkan kita. Sekejap je rasa tup² dah tukar kalendar baru. Hehe. Selamat Tahun Baru 2016 kawan²!! Walaupun dah nak masuk seminggu tapi rasanya masih belum terlambat kot nak wish Happy New Year 2016

Just nak recap balik tahun 2015 yang banyak memberi 1001 kenangan manis dalam hidup aku. Banyak moments indah & penting yang berlaku dalam tahun ni. Jugak banyak cabaran dan dugaan yang aku tempuhi dalam tahun ini.

Moment paling aku ingati pada tahun ini tentu sekali hari paling bersejarah dalam fasa hidup aku. Dari status bujang ke berkahwin. Ya² I'm get married!! 20hb November 2015 secara sahnya aku bergelar isteri kepada seorang lelaki yang aku pilih untuk bersama² sepanjang hayatku. Tediaaa ayat berbunga habis!!



6hb September 2015 genap setahun kami bertunang dan sudah pasti bermacam dugaan dan ujian yang kami tempuhi. Plan melansungkan pernikahan tertangguh atas banyak sebab tapi Allah dah tentukan jodoh kami. Redha dan Alhamdulillah semuanya telah selesai. Doakan kami berjaya menempuhi liku² dalam alam rumah tangga ni.



Tahun ini juga kehilangan bapa saudara yang selama ini banyak membantu kami sebulan sebelum perkahwinan aku. Sememangnya ini adalah sangat menyedihkan. Semoga Allah menempatkan roh beliau dikalangan orang² yang beriman dan beramal soleh InsyaAllah. Moga diampunkan dosa² beliau di dunia.

Oh ya, sudah genap 2 tahun aku berkerja di sini (Biarlah rahsia.. Hehe) Alhamdulillah banyak pengalaman yang dapat aku korek. Masa permulaan agak tough tapi lama² aku dah terbiasa.

Kawan² baik aku jugak kebanyakkannya mengakhiri zaman bujang mereka dalam tahun ini. Kiranya I'm the last one among them. HAHAHA!! Moga berbahagia kawan² kesayangan aku!!:face9:


Ada banyak lagi kenangan baik dan buruk tapi yang buruk tu aku simpan sorang² dah la ye. Cerita yang baik² saja. Kalau nk diceritakan semua memang muntah la korang nak membacanya. HAHAHA

Apa pun aku mengharapkan yang terbaik dalam tahun 2016. Tak kisahnya apa yang akan berlaku nanti tapi aku berdoa supaya Allah permudahkan setiap urusan harian aku. Macam biasa resolution tahun lepas akan aku carry forward ke tahun ini. So my new resolution is to achieve my last year resolution. Boleh gitu? Hehe.



Dan aku harap barang tak naik, tol tak naik, minyak tak naik. Biar gaji je naik. Bolehkah? Hehehehe.

Sekian.
 2015 and  2016!!

p/s: Azam korang dah habis ke tertunai??

Thursday, 10 December 2015

New phase...



p/s: Sabtu lepas cincin kahwin aku hilang. Sedih gila oiii. Baru 2 minggu pakai.:face22::face22:Cuai! Rasa loser kaw²!
posted from Bloggeroid

Wednesday, 25 November 2015

ZyraRoxx's Mini Giveaway: Buasir Otak the Komik




 Aku memang suka baca komik, tambah² Zyra Roxx pulak yang lukis. Harapnya aku berjaya dapatkan komik ni secara percuma. Yayaya aku suka barang percuma. KAHKAHKAH

Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine


Ramai dah mencuba Thai Red Tea & Thai Green Tea yang sudah menjadi viral di media social. Rata rata mengatakan keduanya lebih kaw dan lebih sedap. Dried Roselle Tea katanya boleh menurunkan berat badan. Boleh diminum panas atau sejuk. Bancuhan sejuk lebih sedap! Kalau nak rasa kesedapan Thai Red & Thai Green Tea ataupun Dried Roselle Tea ni, jemput sertai Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine. Mana tahu ada rezeki nak rasa salah satu darinya.
Khasiat Dried Roselle Tea
Tinggi kandungan vitamin C & antioksida mencegah penyakit yang berkaitan dengan jantung.
Meningkatkan sistem imun & memberi perlindungan dari radikal bebas.
Baik untuk kecantikkan kulit.
Melancarkan sistem penghadaman & membantu penurunan berat badan.
Meredakan panas badan.
Memutihkan kulit
Mengurangkan kolestrol
Mengekalkan badan yang sihat
Klik banner untuk sertai Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

Syarat ² Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

Like Fanpage Blog Azhafizah
Follow Blog 
www.azhafizah.com | nadinesblog.blogspot.my

Follow  Google +

 Nadine Jamal

Follow Instagram
 azhafizahmdnor | nadines.hut | ndrajamal 

2. Buat 1 entry bertajuk : Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine
3. Copy dan paste code yang telah disediakan di dalam ruangan HTML entry.
4. Publish dan Tinggalkan link entry  & email di ruangan komen entry Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

Tempoh Giveaway : 23 November 2015 10:00am- 7 December 2015 11:59pm

Hadiah
1 pek Thai Red Tea x 1 Pemenang
 1 pek Thai Green Tea x 1 Pemenang
1 Jar Dried Roselle tea x 1 Pemenang

Pemenang akan dipilih melalui random picker dan keputusan giveaway akan diumumkan pada 8 December 2015. 

Tuesday, 17 November 2015

Aku dan typo

Typo dan aku memang tak dapat dipisahkan. Aku yakin yang lain juga begitu. Haha menyampah kadang-kadang. Ada ketikanya mengundang tawa. Yela, lain nak taip lain yang terkeluar. Haihhh so sila semak entry kalian agar tak menjadi entry lawak. 
Bab komen pulak aku lah makhluk sering typo semasa komen. Malu gak tapi buat tak tau jelah. Haha:P
Nak taip, "Takpe kita buat taktau je" tapi jadi "Takpe kita buta taktau je". Nampak? Buat dengan buta kan jauh bezanya? Huhu.
Lagi typo. "Jom kiat ke kedai". Kiat? What the....? Haha actually nak taip "Jom kita ke kedai".
Laki bibi -> Laki bini
Demgam -> Dengan
Diut/duti -> Duit
Produm -> produk
Tadam -> Takdak
Samapi -> Sampai
Yang terbaru salah nak taip makan aiskrim kelapa tapi jadinya makan aiskrim kepala. Apa punya kanibal kan?? -_-
Ha banyak lagi sebenarnya. Tapi tu lah typo yang femes seringkali diguna. Kehkeh. Ok done merapu. Idea ke laut so entry pun ke laut lah! Hehuuu~

Im a grill

Monday, 16 November 2015

Anne dan Tokwan


Seorang tokwan bersama anak dan cucunya dari Kedah singgah minum di sebuah kedai mamak di sebuah daerah di Perak.

Anne: Mau minum apa?
Tokwan: Lici satu.
Anne: Tada.
Tokwan: Lici takdak ka?
Anne: Tada. *sambil tunjuk poster "Lai Chi Kang Best in Town"

Kemudian si cucu menyampuk.
Cucu: Oh, Lai Chi Kang takdak ye. Laici ada?
Anne: Laici ada.
Cucu: Ok, tokwan saya nak laici satu.
Anne: Suju ka panas kalu? *sambil pandang tokwan
Tokwan: Ha. *Angguk-angguk.
Anne: Mau suju?
Tokwan: Ha²

Cucu menyampuk lagi.
Cucu: Tokwan nak lici hat sejuk ka panaih?
Tokwan: Sejuk.
Cucu: Anne, kasik laici ais satu.

Conversation tamat.
Pure loghat Kedah sama anne baru belajar cakap melayu.

Tak pasal-pasal jadi penterjemah bahasa.
Aku yang keliru.

Nota: Lici = Laici