Showing posts with label cafe hunters. Show all posts
Showing posts with label cafe hunters. Show all posts

Monday, 15 February 2016

Boat Noodles lagi di Mewangi.co


Hallo....
Lamanya tak update. Macam lupa pulak password Gmail sendiri kan? HAHA Oh², HAPPY CHINESE NEW YEAR to all my Chinese friends. Walaupun dah seminggu CNY berlalu. Hihi

Dah cuti ni banyak la kedai makan tak buka. Mencari² kami nak makan di mana minggu lepas. Pastu kawan aku ni suggest makan boat noodles. Yahooo syok! Boat noodles dah masuk dalam favorite list. Jatuh cinta masa first time makan di HLM Boutique tempoh hari.

Kali ni makan di sekitar Sungai Petani. Makan di Mewangi.co kedai berkonsepkan vendor boutique + cafe. Simple menu so tak perlu pening² fikir nak makan apa. Ada boat noodles, spaghetti, pastu ada la makanan lain yang aku tak ingat. Tapi menu memang simple. Untuk minuman macam biasa. Air sedap terbaik which is green tea! Hari² minum green tea ni.

Macam biasa aku order boat noodles 4 mangkuk. Sekali lagi dianggap makan bersama saka padahal mangkuknya memang kecil comel gitu. Jangan berangan makan semangkuk dah kenyang seharian. HAHA, Sambil tunggu makanan sampai. bolehlah mencuci mata tengok la baju ke skirt ke, kemeja ke, krim pemutih ke, shawl ke pilih je mana berkenan. Aku memang berkenan dengan sepasang baju ni tapi wang tak mencukupi. Lain kalilah datang tengok balik. Kehkeh.

Makanan dah sampai gelojoh nak rasa. HAHA kalau dilihat kuahnya tak sama macam yang aku makan di HLM boutique. Kuah disini lebih cair. Tapi rasa tetap sedap walaupun sedikit berbeza macam yang aku memula makan. Cumanya di Mewangi.co takda pilihan ayam or daging. Mereka ada ayam bersama fishball gitu. But still sedap lagi² bila hang tambah chili flakes! Kawan aku pun dah tangkap cintan dengan boat noodles ni bila first time dia makan.

Kasi zoom sikitttt....:D


So lain kali boleh try lagi. Hehe.kepada food hunter sekalian. Bolehlah try makan di Mewangi.co Try dulu lepas tu hang nak komen apa pun hang punya pasai. HAHA komen aku? Sedap!! Next time aku datang lagi. Adioss!:face2::face2:

Geng food hunter! HAHA

Details as below:
 Mewangi.co
 Address: No. 8 Tingkat 1, Taman Nilam Sari, Sg. Petani
 N/A

Wednesday, 6 January 2016

Cafe Hopping: Gomok, Ipoh


Rajin pulak sekarang menjejakkan kaki ke Perak. Maklumlah, soulmate aku kan orang Perak. Mungkin juga wishlist aku menjejak sebanyak mungkin cafe² yang ada akan menjadi kenyataan. Dekat Ipoh apa yang aku lihat, banyak juga cafe² yang menarik perhatian aku. Wallah!! I like♥

Selepas melawat saudara-mara di Ipoh, suami aku la beria benar nak try masuk Khizanat. Aku yang 1st time dengar nama cafe ni teruih saja buka IG. Macam wow juga tempat dia. Tapi malang sekali tak buka pada hari tu. Kecewa juga suami aku. HAHA So kami pun pusing² la cari tempat makan best. Sekali ternampak Gomok ni. Ada gambar seakan-akan orang "gemuk" depan pintu masuk. Ini sudah bagus! So I suggest why not we try this cafe. ON teruih la. 
Credit to this picture's owner.
Dekorasi: 
Mula² masuk macam eh kenapa takda orang? Kami berdua je. Then OK je. Bagus! Lagi cepat makanan kami sampai. Dekorasi kedai sempoi je. Simple. Teratur. Tak banyak sangat dekorasi. Bangunan kedai lama tu yang aku suka. Nampak vintage gitu. Tak banyak gambar yang aku sempat ambil. Lagi satu depan pintu kedai ada 1 box besar. Dorang letak air mineral dalam cup tu. Siap ada note anyone boleh ambil barangan tu for free. Sesuai sangat dengan tagline kedai dorang "Sharing is caring but I want more". Sweet tak???:face2: Kan aku ada cakap mula² masuk takda orang kan? Tapi sebenarnya makin lewat makin ramai customer datang. Rupanya suasana kat sini lebih happening lewat malam. 


Makanan: 
Masuk bab makanan pula. As usual la, tempat² macam ni of course la menyediakan Western Food. Buku menu pun simple je. HAHA. Aku order Demon Salmon with Iced Lemon Tea. Suami aku pula memang hantu Fish n Chip with Iced White Coffee. Hidangan memang untuk seorang makan. Kalau nak makan share dalam 2-3 orang tak silap aku mereka juga ada sediakan. Sebabnya mula² suami aku nak ambil Jumbo Fish n Chip. Nama pun JUMBO semestinya makanan dalam portion yang besar. Rumusan aku, Demon Salmon with teriyaki sauce memang sedap! Kena la dengan tekak aku. Tekak orang lain aku taktau. Kami ada la order nasi goreng as a side dish. Janggal pulak tekak melayu ni makan lauk pauk saja. HAHA Bagi Fish n Chip pulak not bad rasa dia. Cuma special-nya dorang ada letak jajan potato chip. Layan jugak la bila makan kan. Bab harga pulak OK la. Tak terlalu mahal. Total kami makan berdua dalam lingkungan RM50++. Mampu la nak makan 1-2 kali sebulan. Kalau poket tebal boleh la datang makan hari². HAHA:10:

So wishlist fulfill! Next cafe entah di mana lagi aku pun taktau. Teringin nak jejak cafe ini?
 
Details as below:
 Gomok Ipoh
 Address: No. 1 Jln Leong  Sin Nam, 
30300 Ipoh
 05-2413619
  https://www.instagram.com/gomokipoh/

p/s: Sorry entry ni tak banyak gambar :face29::face23: