Sebenarnya ni cerita lama tapi takdalah sampai tahap basi lagi. HAHA bulan lepas punya cerita je. Aku dengan beberapa orang kawan di tempat kerja ada buat kutipan duit untuk sambutan harijadi. Kira macam birthday treat untuk diri sendiri. Empunya badan yang akan sambut harijadi akan pilih restoran atau mana-mana tempat makan yang dia suka. Kami bertujuh dan seorang ambil RM50 je. Yang specialnya birthday girl tak payah bayar apa-apa. Pilih tempat makan dan enjoy saja!
So kali ni birthday girl kami pilih untuk makan steamboat di Santai by The Garden, Sungai Petani. Ini dah kali kedua kami mai sini tau. Mula-mula datang pun sambut birthday jugak. Kira kali pertama berpuas hati so repeat lagi kali ni. Birthday girl dah setuju kami onzz jer.
Aku kan memang suka makan pesen steamboat ni. Sampaikan aku ada main kutu nak dapatkan set grill & steamboat ni tau. Benda boleh main kutu buat apa nak beli cash! Kahkahkah.
Sudahlah membebel, mai nak tunjuk apa yang best dekat sini. Dari segala seafood hingga ke daging, dari segala sayur hingga ke pelbagai bebola semua ada. Itu belum masuk sos pencicah, mayonis, paste kuah steamboat. Kita ke seksyen air pulak. Pilihlah ada beberapa jenis air. Nak sejuk atau panas? Taknak air, laicikang ada. Topping apa nak? Pilihlahhhhh! Ada juga makanan berat disediakan macam nasi goreng, spagetti dan beberapa jenis masakan. OK, tarik nafas panjang-panjang dalam-dalam. Banyak sungguh pilihan kan?
Mesti mahal! Taklah sayang, RM 29.90 a.k.a RM30 je sekepala. Tapi disini tak amalkan sikap tamak dan tak habis makan. Kalau tak kena charge RM10 per 100 gram untuk setiap lebihan makanan yang hampa tak dapat habiskan. So jangan tamak, benda takkan habis sebab depa selalu akan tambah bila makanan berkurang.
Jadi marilah mencuci mata ye. Jarang dapat makan ramai-ramai macam ni maka nikmatilah.
I had to admit one thing. Masa 1st time makan serious sedap sangat. Dan sebab tu jugaklah kami repeat untuk kali kedua. Tapi sayangnya kali kedua ada spoil la. Tom Yum paste rasa macam kureng sikit dan sos thai pilihan kami juga macam ada rasa terkurang. But still give rate 4 over 5. Boleh datang bawak family members nak lepak-lepak.
Oh ya sebelum datang kena booking dulu tau. Kalau walk-in terpaksa la hampa berputih mata sebab meja selalunya aku nampak fully booked.
ps: September is my birthday month. Actually HARI INI birthday aku. Tunggu nanti nak pilih restoran mana! Hihi excited kemain (=>ω<=)
Lamanya tak update. Macam lupa pulak password Gmail sendiri kan? HAHA Oh², HAPPY CHINESE NEW YEAR to all my Chinese friends. Walaupun dah seminggu CNY berlalu. Hihi
Dah cuti ni banyak la kedai makan tak buka. Mencari² kami nak makan di mana minggu lepas. Pastu kawan aku ni suggest makan boat noodles. Yahooo syok! Boat noodles dah masuk dalam favorite list. Jatuh cinta masa first time makan di HLM Boutique tempoh hari.
Kali ni makan di sekitar Sungai Petani. Makan di Mewangi.co kedai berkonsepkan vendor boutique + cafe. Simple menu so tak perlu pening² fikir nak makan apa. Ada boat noodles, spaghetti, pastu ada la makanan lain yang aku tak ingat. Tapi menu memang simple. Untuk minuman macam biasa. Air sedap terbaik which is green tea! Hari² minum green tea ni.
Macam biasa aku order boat noodles 4 mangkuk. Sekali lagi dianggap makan bersama saka padahal mangkuknya memang kecil comel gitu. Jangan berangan makan semangkuk dah kenyang seharian. HAHA, Sambil tunggu makanan sampai. bolehlah mencuci mata tengok la baju ke skirt ke, kemeja ke, krim pemutih ke, shawl ke pilih je mana berkenan. Aku memang berkenan dengan sepasang baju ni tapi wang tak mencukupi. Lain kalilah datang tengok balik. Kehkeh.
Makanan dah sampai gelojoh nak rasa. HAHA kalau dilihat kuahnya tak sama macam yang aku makan di HLM boutique. Kuah disini lebih cair. Tapi rasa tetap sedap walaupun sedikit berbeza macam yang aku memula makan. Cumanya di Mewangi.co takda pilihan ayam or daging. Mereka ada ayam bersama fishball gitu. But still sedap lagi² bila hang tambah chili flakes! Kawan aku pun dah tangkap cintan dengan boat noodles ni bila first time dia makan.
Kasi zoom sikitttt....:D
So lain kali boleh try lagi. Hehe.kepada food hunter sekalian. Bolehlah try makan di Mewangi.co Try dulu lepas tu hang nak komen apa pun hang punya pasai. HAHA komen aku? Sedap!! Next time aku datang lagi. Adioss!
Geng food hunter! HAHA
Details as below:
Mewangi.co
Address: No. 8 Tingkat 1, Taman Nilam Sari, Sg. Petani