Wednesday, 25 February 2015
Monday, 23 February 2015
Cerita di Kedah: Tasik Beris & Ladang Anggur Beris
View Tasik Beris dari tempat tinggi. |
Selfie di tepi tasik. Ehem -_- |
Then ingatkan nak balik dah. Tapi eh² nampak Ladang Anggur Beris. Alang² dah lalu apa salahnya aku singgah kan? Hehe jadi singgahlah kami. Kalau nak tau, Ladang Anggur ni terletak di tepi jalan je. So senang la nak cari.
Harga masuk ke ladang untuk dewasa RM6 seorang, untuk kanak-kanak RM3. Masuk je, nampak cafe. HAHA dahaga punya pasal cafe je nampak.
Ticket pleaseeeee...!! |
Taman cantik sebelah ladang anggur. |
Tengok, kreatif betul. Signboard ni bagitau berapa jauh vineyard yang ada kat dunia ni. |
Aku membayangkan ladang itu sebagai kawasan yang luas tapi kawasan tanaman anggur takdalah luas. OK la ada dari takda, kan? Yang penting masuk je nampak pokok anggur yang menjalar di atas kepala. Anggurnya mana? Tak nampak pun? Ok kita teruskan pencarian anggur dulu. Aku hidangkan mata hampa dengan kawasan dalam tanaman anggur ni.
Siap boleh sentuh² lagi. Menjalar atas kepala je. |
Kat tengah² ladang ni ada kawasan rehat. Boleh la lepak² kejap sambil selfie. Wahahaha!! |
Ok terjenguk-jenguk. Mana anggurnya? Mana? Ha nindiaaa nak tunjuk kat hampa.
Taraaaa!!!! Tapi masih kecik lagi. |
Dilarang petik uolls. Ioulls pegang je walaupun dalam hati ni geram sangat aku nak petikkk! |
Aku & anggur-tak-masak-lagi. |
Dah. Puas hati nampak anggur? Hahaha sabar jelah. Belum masak lagi. Kalau dah masak mesti geram je kan nak petik. Jadi dah penat letih berjalan. Kalau nak tahu, dalam ladang anggur ni agak panas & berwap. Lepas dah puas tenguk anggur, hampa bolehlah berehat menikmati panorama indah Tasik Beris. Kali ni boleh tengok dengan jarak yang dekat. Macam dalam taman pulak rasa. Ada kerusi tepi tasik, ada playground dan cafe. Lepak² borak bolehlah.
Cuci mata uollssss |
Subhanallah. Cantik!!! |
Again. Selfie di tepi tasik. Eheh -_- |
Jadi itulah cerita cuti aku kali ni. Agaknya kalau bukan sebab makan kenduri, mungkin sampai sekarang aku belum sampai ke sini lagi. Bab tengok tasik atau permandangan, tengok laut aku memang suka. Suka dengan hijaunya bumi Allah dan birunya langit.
Kalau siapa yang lalu ke sini, jangan lupa singgah sat. Memang tak rugi apa². Sampai sini saja cerita aku. Entah bila ada masa menaip lagi. HAHA!! Dan trimas kerana sudi membaca dan mengadap selfie aku tak henti². Errr-_-
Sunday, 22 February 2015
Cerita di Kedah: Aiskrim Pasu
Ramai dah duk bercerita pasal aiskrim dalam pasu. Kan? Kebetulan pula baca entry kat blog kak Farah pasal aiskrim pasu. Jadi aku pun nak up la 1 entry. Hihi.
Sebelum ini aku dah pernah terbaca kat Facebook yang dekat Sungai Petani ada kedai yang menjual aiskrim pasu. So, last week aku dengan adik aku jalankan mission la. Maklumlah, pakat dok tayang makan dalam pasu. Aku pun takmau la terlepas. Nak juga makan dalam pasu. HAHA
Bagi penduduk Sungai Petani dan sekitar waktu dengannya, yang teringin kempunan nak rasai makan dalam pasu, hampa boleh la ke vendor boutique Gerobok Tuan Tanah. Kedai depa dekat belakang IKM Sungai Petani je. Masuk simpang Taman Peruda then ada bagunan kedai sebelah kiri memang situ lah tempatnya. Senang sangat nak cari. Hehe
Sebekas RM5 je. Murah sangat. Ada 4 perisa tapi aku tak ingat la perisa apa cuma yang aku makan ni perisa vanila. Pastu kalau tak silap boleh pilih topping. Tapi aku tak pilih pun. Ini yang depa letak tapi ni pun dah cukup berbaloi-baloi.
Revolusi. Dulu makan dalam cawan, kini makan dalam pasu, nanti mungkin makan dalam tempayan. |
Pasu tu boleh diguna semula untuk menanam bunga kembang pukul 10. |
Nyum! |
p/s: Entry terperam sebab sibuk makan kenduri time cuti CNY. Hoho!
Wednesday, 18 February 2015
Babi....!!! "Hoi! Apa carut-carut ni!!"
Kalau aku bayangkan tanpa kepala, kau memang gebu dan comel. |
Alone~
Hari ni aku sorang-sorang lagi. Staff department aku semua dah cuti. Maklumlah semua Chinese. Mestilah ambil cuti awal. Semangat nak celebrate CNY. Takpa hari ini aku jaga kedai. Kehkeh
Ada kerja yang tertangguh lama sebab busy sangat. Jadi harapnya hari ni boleh siapkan tanpa gangguan.
To all Chinese friends, Happy Chinese New Year!!
Keja oiii!!! |
Tuesday, 17 February 2015
Hujan
Saturday, 14 February 2015
Random story
Islam itu bagaikan makin berpecah belah.
Friday, 13 February 2015
Al-Fatihah
Wednesday, 11 February 2015
Susah nak fikir....
Ok bye. Tu je nak habaq.
Sebab aku selalu kena situation macam ni.
Ragu-ragu je.
HAHAHA.
Ok, tak kelakar lansung.
Tuesday, 10 February 2015
Mahu dihormati? Belajar menghormati dulu!
Subscribe to:
Posts (Atom)