Cerita di Kedah: Tasik Beris & Ladang Anggur Beris | miss fluffy


Monday, 23 February 2015

Cerita di Kedah: Tasik Beris & Ladang Anggur Beris


4 hari cuti sempena CNY. Puas ke cuti lama? Haha yang pastinya cuti kali ini banyak sangat jemputan perkahwinan. 4 hari makan nasi minyak je. Tahniah buat sahabat & saudara-mara yang sah bergelar suami isteri. Yahooo bila la pulak turn aku ni? Ahah!! Tutup intro.

OK, ini nak cerita pasal aktiviti masa cuti. Eheh, kebetulan aku menghadiri kenduri di Gulau, Kedah. Lepas dah selesai, kami singgahlah di Tasik Beris yang terletak di daerah Sik. View sangat cantik. Luas jugak la tasik. Disebabkan inilah first time aku sampai ke sini jadi agak kejakunan la aku megambil gambar. Kami tidaklah pergi secara dekat ke tasik itu tapi ada perhentian "macam R&R" boleh la nak tengok permandangan dari tempat tinggi. 

Kalau nak tahu, Tasik Beris ini terbentuk dari hasil pembinaan Empangan Beris. Tasik buatan manusia ini juga dulu merupakan kawasan perkampungan. Mak aku la bagi tau, then aku baca sikit-sikit di internet. HAHA. Ada la beberapa buah tempat macam chalet or resort or homestay boleh la singgah sini kalau teringin nak tengok view cantik merehatkan minda. Sumpah cantik view. 

View Tasik Beris dari tempat tinggi.

Selfie di tepi tasik. Ehem -_-


Then ingatkan nak balik dah. Tapi eh² nampak Ladang Anggur Beris. Alang² dah lalu apa salahnya aku singgah kan? Hehe jadi singgahlah kami. Kalau nak tau, Ladang Anggur ni terletak di tepi jalan je. So senang la nak cari. 



Harga masuk ke ladang untuk dewasa RM6 seorang, untuk kanak-kanak RM3. Masuk je, nampak cafe. HAHA dahaga punya pasal cafe je nampak.

Ticket pleaseeeee...!!

Taman cantik sebelah ladang anggur.
Tengok, kreatif betul. Signboard ni bagitau berapa jauh vineyard yang ada kat dunia ni. 
Aku membayangkan ladang itu sebagai kawasan yang luas tapi kawasan tanaman anggur takdalah luas. OK la ada dari takda, kan? Yang penting masuk je nampak pokok anggur yang menjalar di atas kepala. Anggurnya mana? Tak nampak pun? Ok kita teruskan pencarian anggur dulu. Aku hidangkan mata hampa dengan kawasan dalam tanaman anggur ni. 

Siap boleh sentuh² lagi. Menjalar atas kepala je.



Kat tengah² ladang ni ada kawasan rehat. Boleh la lepak² kejap sambil selfie. Wahahaha!!

Ok terjenguk-jenguk. Mana anggurnya? Mana? Ha nindiaaa nak tunjuk kat hampa.

Taraaaa!!!! Tapi masih kecik lagi.
Dilarang petik uolls. Ioulls pegang je walaupun dalam hati ni geram sangat aku nak petikkk!
Aku & anggur-tak-masak-lagi.

Dah. Puas hati nampak anggur? Hahaha sabar jelah. Belum masak lagi. Kalau dah masak mesti geram je kan nak petik. Jadi dah penat letih berjalan. Kalau nak tahu, dalam ladang anggur ni agak panas & berwap. Lepas dah puas tenguk anggur, hampa bolehlah berehat menikmati panorama indah Tasik Beris. Kali ni boleh tengok dengan jarak yang dekat. Macam dalam taman pulak rasa. Ada kerusi tepi tasik, ada playground dan cafe. Lepak² borak bolehlah.


Cuci mata uollssss
Subhanallah. Cantik!!!
Again. Selfie di tepi tasik. Eheh -_-

Jadi itulah cerita cuti aku kali ni. Agaknya kalau bukan sebab makan kenduri, mungkin sampai sekarang aku belum sampai ke sini lagi. Bab tengok tasik atau permandangan, tengok laut aku memang suka. Suka dengan hijaunya bumi Allah dan birunya langit.


Kalau siapa yang lalu ke sini, jangan lupa singgah sat. Memang tak rugi apa². Sampai sini saja cerita aku. Entah bila ada masa menaip lagi. HAHA!! Dan trimas kerana sudi membaca dan mengadap selfie aku tak henti². Errr-_-

5 comments:

  1. salam..

    kak liney datang singgah and follow. well, cantik kan tasik tu. akk baru 2 bulan pindah sik. memang teruja dgn ladang anggur. dah 2 kali datang tapi tak masuk lg tgk anggur. jemput singgah blog akak jugak. selamat berkenalan.

    http://lineyghazali.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. seronoknyaa. pandangan dia pun cantik ^^

    ReplyDelete
  3. okay next time cik abg bawa balik kedah boleh heret dia ke sini. dah alang2. hahahaha!

    ReplyDelete
  4. 1st time dgr pasal tasik ngan taman anggur ni. macam menarik je.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. mcm mane ye saye nak dapatkan contact no pihak pengurusan Tasik Beris? TK

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️