Mahu dihormati? Belajar menghormati dulu! | miss fluffy
Tuesday, 10 February 2015
Mahu dihormati? Belajar menghormati dulu!
Kau pengurus.
Dia tukang cuci je.
Sepanjang hari kau menghadap laptop.
Siapkan kerja kau.
Dia sepanjang hari pegang penyapu mop.
Siapkan kerja dia.
Sama kan?
Bezanya pangkat.
Tapi keduanya tetap pekerja.
Jadi, apa hak kau?
Memandang rendah kerja si tukang cuci.
Sedap hati nak marah.
Suka hati nak mati.
Kau tak tahu dia juga punya hati?
Satu benda kau kena sedar.
Kau kuli.
Dia kuli.
Aku kuli.
Pangkat kau tak laku di mata orang
Sekadar pangkat.
Tambah pula pakej bodoh sombong.
Siapa pun tak heran.
Oh pleaseeee~
Think about it.
Aku tak kata siapa.
Tapi kalau dah makan cili.
Takkan tak rasa pedasnya kan?
p/s: Ekoran dari luahan perasaan seseorang, jari tergerak menaip entry ini. Sungguh dunia kerja mencabar. 1001 jenis perangai manusia. Jangan ingat kita punya marah saja. Terkadang orang punya marah lagi dahsyat dari kita. Kuncinya, SABAR. Kalau kita rasa kita hebat, ada orang lain yang 10x ganda hebat dari kita, Be humble. Ok je kan? Chill!! :D
setuju tu..walau bagaimanapun kita tetap manusia biasa..cuma pangkat sahaja yang membezakan...
ReplyDeleteAH biasalah manusia...ada rasa dirinya dah tinggi tp lupa makin tinggi makin banyak tanggungjawab dia pikul nanti
ReplyDeletetak payah nak bangga dengan pangat yang kita ada kann. hormat antara satu sama lain yang penting ^^
ReplyDeleteBetoi2.. heheh
ReplyDeleteselalunya org mcm ni jarang nk komunikasi ..
Jemput join Mini GA by Nina + Anies