Apa salah dia? | miss fluffy


Tuesday 30 June 2015

Apa salah dia?


Saat anak-anak lain sebaya dengannya dibelai manja ibu bapa
Anak kecil ini pula diseksa hampir hilang nyawa
Saat dia sepatutnya bersuka ria
Malangnya dia terpaksa menanggung sakit derita
Allahu, apa salah anak kecil ini?
Mana belas ihsan kau sebagai manusia?
Mana kasih ayah?
Mana kelembutan ibu?
Tergamak kau perlakukan darah dagingmu sebegitu.
Oh, barangkali kau mahu tegakkan egomu.
Anakmu gembira bersama isteri baru mu.
Kau keji tahu?

Ya, mungkin balasan untuk kau sedang menunggu sekarang.
Tapi berbaloikah dengan kesan yang anak ini terpaksa hadap seumur hidupnya.
Trauma, kecacatan kekal.
Kerana tangan kau dia terpaksa menanggung semua ini.
Moga Allah sahaja yang akan membalas perbuatan kau.

p/s: Aku ingatkan zaman mak tiri jahat macam bawang putih bawang merah dah takda. Tapi nampaknya makin dahsyat, sebab mak sendiri pun boleh bunuh anak dia apatah lagi mak tiri. Akhir zaman.......:face29:

8 comments:

  1. mak tiri sekarang lagi dasyat dari mak tiri cinderella...

    ReplyDelete
  2. semoga Allah memberi balasan yang setimpal terhadap mereka... kesian anak kecil tu.. dah la tak tahu apa-apa :'(

    ReplyDelete
  3. bawang mearh bawang putih zaman moden..
    tergamak babap tiri dia wat bodoh je anak kena dera...! :(

    ReplyDelete
  4. sedih kan.. sampai hati btullah

    ReplyDelete
  5. manusia kadang2 lebih teruk dari binatang..

    ReplyDelete
  6. kesian budak tu kan.. huhuhu.. kucing pun tak buat anak dia mcm tu tau! Grrrr

    ReplyDelete
  7. org yg x de anak berusaha utk dpt anak . yg dah ada anak , sesuka je bunuh tanpa simpati . betapa manusia x menghargai apa yg dia ada ...

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️