Cafe Hopping: Farewell Dinner at The Gerobok's Cafe | miss fluffy
Sunday, 23 August 2015
Cafe Hopping: Farewell Dinner at The Gerobok's Cafe
Jumaat lepas, keluar dinner dengan BFF merangkap colleague merangkap teman meluah perasaan. Special la sikit dinner ni sebab dia akan bertukar ke company lain. So last day la nak berfoya-foya bersama. Tskk^︵^
Punyalah pening nak makan dekat mana, kebetulan pulak ada cafe baru buka berdekatan dengan tempat kerja kami. Jadi aku pun cadangkan dekat kawan aku untuk meet up dekat sana. The Gerobok's Cafe nampak sepertinya menyediakan makanan Barat dan tempatan. Senang cerita macam chicken chop, grilled chicken, nasi goreng² gitu la kiranya. Ok la tu, cun.
Dekorasi:
Apa yang menarik perhatian aku adalah dekorasi kedai. Penggunaan kerusi dari kayu pallet serta wallpaper bercorak batu bata membuatkan keseluruhan kedai nampak menarik. Hiasan dinding juga turut menarik perhatian aku. Lampu yang bergantungan jugak namapk unik pada mata aku. Boleh try buat lampu macam ni dekat rumah. Haha. Cuma ruangan kedai agak terhad di mana boleh memuatkan 4 meja makan sahaja. Selebihnya meja diletakkan di luar kedai *highly recommended for smokers.
Makanan:
Bagi aku makanan mereka juga agak sedap & memuaskan hati. Dihidangkan dalam portion sederhana dengan harga berpatutan sesuai dengan makanan. Tak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Aku order Marryland Chicken dan kawan aku pula order Grill Chicken both with black pepper sauce. Minuman kami order Bali Limau. First time rasa air ni, rasa bali hilang sebab rasa limau kuat sangat. Hehe.
Keseluruhannya kami agak berpuas hati. Perut kenyang suka sekali. HAHA. Price pun mampu milik. Jangan risau bawak RM50 pun boleh belanja untuk 3 orang. *Bergantung pada makanan & minuman yang dipilih. Cuma pada hari tu service agak slow sikit mungkin sebab ramai orang yang datang. No biggies yang penting kami berpuas hati. Dan InsyaAllah, boleh datang sini lagi
Siapa yang makan santai² dengan kawan² & family nak lepak bolehlah terjah cafe ini OK.
sedapnya makanan tu !! hehehe :D
ReplyDeletekalau kat sini mungkin harganya lbh mahal sbb bandar besar ... not bad tu .
ReplyDeletealamak kt Kedah jauhnye.. hehehe
ReplyDeletecantik deko dalam cafe..makanan pun nampak sedap
ReplyDeleteMaisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com :)
cantik deko dalam cafe..makanan pun nampak sedap
ReplyDeleteMaisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com :)
sedappppppppp
ReplyDeleteSedapnyaaa
ReplyDeletecantik design cafe nii
ReplyDeletenice.. boleh pi terjah..
ReplyDelete