Sila anggap apa yang aku nak share ini adalah super duper important. Pada ibu bapa yang ada anak kecil please alert more untuk apa yang aku ceritakan. Pada yang belum ada anak, jadikan ini sebagai persediaan. Kita tak tahu apa akan jadi dalam 5 atau 10 tahun lagi.
Semua orang pakai smartphone kan? Dengan akses internet yang cukup mudah semua info & berita kita boleh tau dengan hanya di hujung jari sahaja. Itu kitalah tapi pernah tak kita ambik tahu pasal apa yang anak-anak kita akses? Apa yang depa tengok? Apa yang depa baca? Semua benda ada dalam smartphone tu tak kira buruk atau baik.
Aku taktau la korang rasa apa bila budak darjah 1 or darjah 2 tahu apa itu seks, tahu cara nak "berasmara" *bahasa sopan siap boleh explain panjang lebar lagi dan tahu macam-macam yang sepatutnya hanya orang dewasa saja yang faham. Bagi aku ini GILA! Kawan aku dulu darjah 2 duk makan taik hidung lagi, aku darjah 2 sibuk duk fikir matahari nak warnakan warna oren ke kuning. Tapi sekarang??? Bila tanya mana depa tau, jawapannya adalah tengok dekat handphone ayah, tengok dekat TV, tengok dekat handphone pakcik. Seriously?!! Budak yang bagitau ni membaca pun tak reti, yang dalam kelas asyik berangan, budak pendiam then bila dia buka mulut cakap benda-benda macam ni, mau tak melopong mulut cikgu? Mau tak kejang sebab terkejut?
Abang, pakcik, makcik, kakak, mak bapak please lah. Kalau hampa kemaruk sangat nak tengok video-video biru siap nak save dalam phone make sure korang tengok sendirian. Tak pun lock la handphone tu level 99999 punya. Janganlah sampai anak-anak or adik-adik hampa tertengok benda-benda macam ni. Rosak habis! Budak kecil ni depa tak tahu apa-apa. Kadang-kadang apa yang depa tengok depa rasa nak tiru. Bila nak tiru jadilah benda pelik-pelik yang duk berlaku zaman sekarang. Hampa dah dewasa kan, boleh fikir mana buruk mana baik. Cerita benar ok sebab aku memang takda masa fikir lama-lama nak mereka cerita.
Aku asal nak tidur malam je aku fikir benda ni. Aku takdak anak lagi, kahwin pun belum. Tapi benda macam ni duk ganggu fikiran aku. Kalau la zaman sekarang dah jadi macam ni, apa la akan jadi pada masa depan nanti. So parents out there, pengawasan anak-anak itu penting. Jangan cakap adik-beradik takpe... salah OK tanggapan tu. Sebab tu nabi suruh asingkan tempat tidur anak-anak yang berlainan jantina. Kita tak tahu dan tak boleh jangka apa yang akan berlaku. Kita rasa kita dah cukup jaga anak-anak tapi mungkin ada yang kita terlepas pandang. Aku taip panjang-panjang ni sebab nak remind diri aku juga. Aku taknak nanti anak aku darjah 1 dah pandai bab-bab romen. *Maaf ayat kasar.Aku nak dia sibuk mewarna coloring book, biar dia confuse antara huruf b dan d, biar dia keliru tangan kiri nak makan ke nak basuh berak. Itu lebih baik dari dia sibuk nak tahu hal 18SX orang dewasa.
Orang mungkin cakap "Ala hang ni fikir jauh sangat. Belum tentu ada anak". Bagi aku itu pendapat masing-masing. Tapi nanti jangan menyesal pulak kalau tetiba pegang title NENEK awal. HEHEHEHE.......
Zaman internet dekat hujung jari ni, sangat sangat lah mak ayah kena pantau apa yang anak anak buat. Takut bila dengar budak sekoalh rendah lagi dah terdedah dekat benda2 tak elok macam ni.
Zaman internet dekat hujung jari ni, sangat sangat lah mak ayah kena pantau apa yang anak anak buat. Takut bila dengar budak sekoalh rendah lagi dah terdedah dekat benda2 tak elok macam ni.
ReplyDeletesangat bermanfaat kak ! bahay zaman sekarang. huhuhuh
ReplyDeletememang mencabar membesarkan anak pada zaman sekarang.. kena selalu awasi apa yang mereka buat..
ReplyDeleteAkak setuju ngan entry mime ni...dari sekarang la kita nak mencorak mereka kan
ReplyDelete