Showing posts with label pandangan. Show all posts
Showing posts with label pandangan. Show all posts

Monday, 2 June 2014

Apa nak jadi.......................?


Dalam seminggu macam-macam berita gempar yang kita dengar. Dera anak, kelar budak, rogol, bunuh etc. Takut, ngeri! Rasa tak selamat bila keluar. Ibu bapa yang ada anak-anak kecil pun mesti rasa insecure nak bawak anak-anak keluar. Manusia sekarang makin ganas. Makin menjadi-jadi buat perkara yang tak terjangkau dek akal. Sanggup dera anak sampai mati, kelar anak kecil yang taktahu apa-apa! Sumpah ngeri.

Kadang-kadang aku terfikir, makin maju negara kita ni makin canggih teknologi makain tinggi bangunan makin manusia tiada hati perut. Heartless sangat! Mungkin sebab kita tak jaga yang satu tu. Hubungan kita dengan Pencipta kita. Kalau kita jaga hubungan kita dengan Dia, mungkin semua ni boleh dikurangkan. 

Ntah. Makin hari makin kejam aku rasa berita keluar. Sampai kadang-kadang aku sendiri tak sanggup nak tengok. Tak sanggup nak baca.

Take care of yourself. Take care of your family. Bila rasa macam nak hilang pertimbangan, sila istighfar banyak-banyak. Ingat, kita ada agama. Ada Allah. Cari ketenangan melalui Dia, bukan cari kemusnahan.

Sebak:face29:

ps: Kejam sampai takut nak letak gambar apa-apa. Takut nak tengok.

Thursday, 15 May 2014

Agama sebagai ALASAN!!


Haluuuu lama aihh tak update. Blog terbiar macam takda tuan je kan. Mihmih:)

Ok masuk part serious. Sangat serious. 

Katakanlah korang nak buat something then ajak la kengkawan. Tak kisah la ajak keluar ke, ajak sembang ke, ajak buat business ke, ajak buat benda baik la. Benda jahat jangan ajak orang ye. Nak buat jahat buat sorang-sorang. Then kawan tu bagi alasan. 1001 alasan macam-macam. Ada kuliah agama la, nak buat solat tahajud la, macam-macam lah berkaitan agama ni. Sakit hati tak? Bukan kita kata dia nak tunjuk pandai la or tunjuk alim la tapi if dia taknak just cakap taknak. SIMPLE. Tak payah nak guna agama sebagai alasan untuk kau mengelak. 

Jujurnya aku memang menyampah bila ada hamba Allah jadikan agama sebagai alasan. Kau cakap je kau taknak, kau busy. Senang. Kalau betul ada kuliah agama ke takpe, bagus sangat! Tapi kalau kau menipu guna agama, bagus ke? Fikir baik-baik, Islam tu mudah, Islam tu suci. So jangan kita ni cemarkan kesucian Islam sebab kita tak nak berterus terang. Sebab kita nak lari dari sesuatu. Salah kau tau?

So jangan menipu! Jangan jadikan agama sebagai alasan untuk kau menipu! DOSA der!!! Hehe.

Sekian bebelan setahun sekali:face4: 


Wednesday, 16 April 2014

Apa side income anda?


Topik yang sekarang orang tengah hangat jugak dibincangkan. Gaji RM2.5K masih belum cukup kerana kos sara hidup yang makin meningkat terutamanya kepada siswazah baru. So, kebetulan pagi tadi dengar ERA depa dok sebut la pasal topik ni tapi mereka banyak membincangkan pasal side income. Yelah, bila gaji bulanan korang tak cukup adakah korang ada buat kerja lain sebagai pendapatan sampingan?

Emmm sememangnya aku akui gaji aku sekarang memang tak cukup nak menampung kos sara hidup sekarang. Maksudnya aku takde saving setiap bulan sebab gaji cukup-cukup makan je. So, aku ada jugak terfikir dan mencari side income yang boleh membantu aku setiap bulan.

Sebelum ni aku ada jugak la join jadi dropship online. Memang tak banyak tapi ada la duit yang masuk walaupun tak banyak. So sekarang dah stop jadi dropship. Aku mencari-cari jugak la mana-mana peluang untuk buat duit secara part time.
Ada jugak la aku jumpa 2-3 business yang boleh menjana pendapatan tapi aku takut jugak la rugi. Haha tapi kalau di fikirkan balik mana ada business yang takde risiko kan? Cumanya aku belum benar-benar bersedia nak cuba business tersebut. Masih takut-takut kononnya.

So, korang ada tak side income sendiri? Apa ye? Meh la share dengan aku sebab aku pun dok mencari-cari jugak business yang boleh membantu meringankan beban. Cewahh! :10:

Source: Google

Thursday, 30 January 2014

Respect


Minggu yang busy. Nak buka blog menaip sepatah dua pun tak sempat Hehe. 

Zaman sekarang ini kalau kita tengok sekarang, macam jadi 1 trend bila mana segala ekspresi, tak puas hati, pandangan selalu diluahkan melalui laman sosial. Banyak sgt! Kan?

Sampaikan kadang kala aku rasakan macam manusia sekarang dah tak banyak bercakap. Yela, nak cakap apanya. Semua main taip status then POST! Semua orang boleh baca. Yang status happy² ok la. Tapi tang status maki² tak boleh belah. Then masuk pulak batu api. Lagi terbakar la. Ukhuwah yang terjalin pun boleh putus di tengah jalan. Fehhh ayat aku~

Bila dah bergaduh di laman sosial ni macam² la ayat yang keluar. Sampaikan hilang adab. Hilang rasa hormat. Hilang semua nilai kemanusiaan. Kenapa? Semua nak jadi keyboard warrior. Pantas menaip mematahkan pandangan orang lain.

Satu contoh aku bagi. Ini dari kisah benar punya. Student boleh pulak cakap lebih kurang dengan lecturer. Dalam bahasa kasarnya, KURANG HAJAQQQ!! Segalanya yang orang buat si polan ni akan condemn. Ada je yang dia tak suka, tak puas hati. Konon bajet dia la Mr. Perfect. Dan bila ada lecturer tegur dia sebab aggressive sangat mengondem orang dengan kurang hajaqqqnya dia cakap lebih kurang je dengan lecturer tu. Aku yang baca pun bengang.:face3:  Zaman sekarang cikgu dah tak boleh tegur student. Berdosa besar. 

So aku simpulkan, budak tadi tu bodoh. *Maaf kedengaran kasar. Sebab kalau dia pandai dia takkan cakap macam tu dengan cikgu dia. Orang bodoh mana boleh ajar. Dia takkan pakai punya pandangan orang lain. Kan? So, biar dia dengan dunia 'kebenarannya'. Aku cerita ni bukan nak mengaibkan siapa-siapa cuma jadikan perkongsian ini pengajaran.

Panjang lebar aku cakap. Di situ dah nampak, rasa hormat tu macam dah makin lama makin hilang. Sedih kan? So sila sedar diri. Hehe *Untuk aku jugak!  

Kalau nak orang hormatkan kita, sepatutnya kita belajar dulu hormatkan orang. Simple rule:1:

Source: Google

Thursday, 5 December 2013

Kipas kasi beku!

Sumpah! Muak dengan perangai si kaki kipas. Kaki bodek!
Oh please la, apa yang orang buat semua salah. Ye dia seorang je yang betul semua. Perfect! Tambah pula suka mengadu domba untuk kepentingan sendiri. Suka tengok kejatuhan orang lain kan? 

"Hang jangan sibuk! Dia bodek orang bukan kacau hang pun!!" True. Tapi pernah dengar lembu punya susu sapi dapat nama. Pernah? Orang lain yang bersusah payah handle itu ini tapi lastly orang yang tak buat apa-apa tu yang dapat untungnya. Sakit hati tak? Tanya sama hati okey;)

Sejujurnya, aku bukan cemburu. Lansung tak tapi aku rasa apa saja kejayaan yang dikecapi dari si kaki bodek bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Sebab apa? Sebab bukan atas usaha sendiri. Macam parasit, tumbuh di atas pokok tumpangan lain untuk hidup. Serap segala zat-zat dari pokok tumpangan sampai mati. Dalam definisi lain, hidup bergantungan dengan orang. Tak pandai berdikari. No offense okey! Ini pandangan aku. Pandangan yang tak boleh dijadikan rujukan lansung. Huhu. Terpulang pada diri masing-masing nak menilai macam mana.

Buat yang dibodek, maaf ye. Segala bodekan yang diberikan adakah anda rasa berbaloi diganti ke dengan penat keringat usaha orang lain hanya kerana anda suka dibodek? Tolonglah, hargai usaha orang daripada sibuk nak hargai bodekan orang. Tengok dengan mata hati baru nampak terang, jelas & nyata. Sekian. Huhu.

Source: Google

Friday, 18 October 2013

Tak boleh dijual & dibeli


Salam Jumaat;)

Masih dalam mood raya lagi kah? Atau dah bekerja? Apa pun semoga bahagia & tenang selalu ye. Just a quick update. Maaf internet masih lembap. *Kesian betul kat budak ni kan? Plus busy sikit minggu ni cari kemas barang untuk pindah masuk rumah sewa. Minggu depan start my first week masuk kerja. Wish me luck ok! Hope everthing going well, InsyaAllah :)

Duit. Zaman sekarang semua benda pakai duit kan? Tipulah kalau aku kata duit tu tak penting kan. Tapi bukan semua benda boleh dibeli dengan duit. Ada beberapa benda atau perkara yang tak djual. Bila tak dijual haruslah tak boleh dibeli. Wahaha. Just my opinion. Mungkin pandangan masing² berbeza. Kan?



Jom join GA aku : 1st GIVEAWAY BY MISS FLUFFY 


Yang dah join, boleh semak no.link di senarai peserta : Senarai Peserta 1st GIVEAWAY BY MISS FLUFFY 
 Jika ada kesilapan pada link atau tiada dalam senarai boleh inform aku ye..^^


Perhatian peserta GA by Miss Fluffy : Perhatian peserta "1st GIVEAWAY BY MISS FLUFFY" !!