Kipas kasi beku! | miss fluffy


Thursday 5 December 2013

Kipas kasi beku!

Sumpah! Muak dengan perangai si kaki kipas. Kaki bodek!
Oh please la, apa yang orang buat semua salah. Ye dia seorang je yang betul semua. Perfect! Tambah pula suka mengadu domba untuk kepentingan sendiri. Suka tengok kejatuhan orang lain kan? 

"Hang jangan sibuk! Dia bodek orang bukan kacau hang pun!!" True. Tapi pernah dengar lembu punya susu sapi dapat nama. Pernah? Orang lain yang bersusah payah handle itu ini tapi lastly orang yang tak buat apa-apa tu yang dapat untungnya. Sakit hati tak? Tanya sama hati okey;)

Sejujurnya, aku bukan cemburu. Lansung tak tapi aku rasa apa saja kejayaan yang dikecapi dari si kaki bodek bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Sebab apa? Sebab bukan atas usaha sendiri. Macam parasit, tumbuh di atas pokok tumpangan lain untuk hidup. Serap segala zat-zat dari pokok tumpangan sampai mati. Dalam definisi lain, hidup bergantungan dengan orang. Tak pandai berdikari. No offense okey! Ini pandangan aku. Pandangan yang tak boleh dijadikan rujukan lansung. Huhu. Terpulang pada diri masing-masing nak menilai macam mana.

Buat yang dibodek, maaf ye. Segala bodekan yang diberikan adakah anda rasa berbaloi diganti ke dengan penat keringat usaha orang lain hanya kerana anda suka dibodek? Tolonglah, hargai usaha orang daripada sibuk nak hargai bodekan orang. Tengok dengan mata hati baru nampak terang, jelas & nyata. Sekian. Huhu.

Source: Google

8 comments:

  1. yess ! hana pernah alami. totally agree dengan entry awak. wooo memang sakit sangat. usaha kita dipandang sebelah mata je ! orang lain yang tak buat apa2 dpat nama. sampai bila nak jd kaki kipas? tolong berdiri atas tapak kaki sendiri. ouchhh. tetiba emosi pulak. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit hati kan? Even sy tak pernah kena lg tapi tgk org lain yg terkena sy pulak yang rasa marah. Sabar jela.

      Delete
  2. masa akak kerja dulu sellau jumpa kaki bodek ni.. depan bos bukan main pijak semut tak mati.. belakang bos malas nak buat kerja dan selalu mengular.. nasib baik bos akak pasang cctv.. akhirnya tahu la perangai dia..

    ReplyDelete
  3. haaa .betol2 . kadang sakit hati jugak dengan orang macam ni . selalu kite je nampak jahat . nampak tak buat keje .

    ReplyDelete
  4. jadi salah siapa? yang dibodek atau yg membodek??
    hehe..sbar la ye..orang mcm2 perangai... =)

    ReplyDelete
  5. Panas hati beb bila kita punya work, orang yang kaki kipas ni yang dapat nama. Agaknya dah lumrah politik pejabat akan jumpa orang-orang yang perangai kaki kipas. Hehe

    ReplyDelete
  6. hahaha...tajuk nie memang catchy...tapi nak buat macam mana kn??benda ini terjadi dimana-mana...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️