Menipu | miss fluffy


Tuesday 17 December 2013

Menipu


Menipu. Berdosa menipu.
Semua orang dah tau yang tu.
Tapi kenapa ada yang suka menipu.
Kenapa? Tambah-tambah pula menipu demi kepentingan sendiri.
Menipu di atas kesulitan orang lain untuk kebahagian diri sendiri.
Zalim namanya tu.

Ada yang menipu untuk lari dari tanggungjawab.
Ada yang menipu sebab nak penuhi kehendak sendiri.
Ada yang menipu kerana terdesak dengan kesukaran hidup.
Ada yang menipu untuk menyembunyikan sesuatu.
Ada yang menipu demi kebaikan orang lain.

Pokoknya, MENIPU.

Katakan yang benar biarpun pahit untuk ditelan.
Sebabnya? Bila penipuan terbongkar, sakitnya lebih teruk daripada menelan pahitnya kebenaran.
Pilihan. Mau sakit yang melekat dalam hati selamanya atau pahit yang sementara tapi akhirnya gembira.

Jangan menipu.
Sekali menipu orang akan hilang kepercayaan.
Sudahnya siapa yang merana?

Pernah dengar cerita pengembala biri-biri dan serigala?
Pernah dengar 'Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri'.
Pernah baca 'trust like a vase, once broken it will never can be fixed'.
Pernahkah?

Fikir. Kenapa kita yang dewasa yang boleh menilai mana baik buruk tergamak menipu? Allah bagi otak siap pakej dengan akal. Guna, jangan sampai nikmat diambil balik.

Fikir dan fikir.
Kenapa kau perlu menipu?

13 comments:

  1. janganlah kita sesekali menipu..tp sy memang pernah menipu..hahah

    ReplyDelete
  2. Lg senang jgn menipu kan..rasanya xde untung kut klu menipu ni.. :)

    ReplyDelete
  3. paling tak berkenan dengan orang yg suka tipu nih.. huhu..

    ReplyDelete
  4. tak elok menipu.. jujur itu yang terbaik walaupun ianya pahit untuk diungkapkan..

    ReplyDelete
  5. jangan jadi penipu. jadi liar(penipu) takpe :P

    ReplyDelete
  6. sometimes, sikap menipu tu, dipupuk oleh parents sejak kecil..
    roughly, anak nak something, tapi parents xnak kasi and beri alasan. maybe for us boleh guna term alasan.. but different peoples call it as lying..

    ReplyDelete
  7. kadang² menipu tu ada perlunya tapi menipu untuk kebaikan la..Kalau tak nak rasa di tipu,so jangan jadi penipu.it's all about karma :)

    ReplyDelete
  8. jie pn pelik..np la org ni suka menipu..nk tunjuk hbt kot..

    ReplyDelete
  9. MENIPU...
    yaya ad bnyk pnglman psl ni...dan memng amat HATE liars!! grrrrr

    *eh tetibe emo plak ;p*

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️