Sunday, 15 June 2014

Maaf


Maaf.
Kata-kata ringkas tapi berat untuk diluahkan.

Ego. 
3 patah perkataan cuma.
Nanum sangat merbahaya.

Ego dan maaf sering berlaga.
Hati meronta-ronta.
Mulut mahu menuturkan kemaafan.
Tapi, bila ego menguasai.
Hati yang lembut jadi keras.
Tak mahu mengalah.

Sesungguhnya memberi kemaafan itu sesuatu yang mulia.
Namun, terkadang ada yang disalah ertikan.
Ingat, mengalah tak bererti kalah.
Melawan tak bererti menang.

Jalan mudah.
Diam.
Kau cara kau.
Dan aku dengan caraku.
Pengakhirannya?


Tergantung...............................................

Saturday, 14 June 2014

Penghargaan


Kecewa, marah, geram.
Kita buat sesuatu.
Buat sehabis baik.
Paling kita rasakan "perfect".
Terkadang masih belum cukup sempurna dimata mereka.
Ada sahaja yang tak kena.
Ada sahaja nak mengata.

Sedarkah mereka bila berkata?
Fikirkah mereka sebelum bicara?
Aku tak minta untuk dilambung tinggi.
Malah tak minta dijulang hebat sekali.
Aku cuma minta kau hargai.
Bukan banyak. Sedikit sahaja.

Penat belum habis. 
Peluh masih menitis.
Tapi bicara kau lansung tak manis.

Hargai apa yang seseorang buat untuk kau.
Dia tak minta apa-apa. 
Cuma secebis "appreciation" sahaja.

This is what I like | via Tumblr

Thursday, 12 June 2014

Adidas Blogger Cup KickOff! : Question #5


Tanpa membuang masa, mari kita ke soalan no.5 untuk Adidas Blogger Cup!! Hehe

Soalan: 
What year is written on the Spain team's logo?


Hint/Klu: Jawapan ada pada t-shirt  (klik gambar diatas)

Dah tahu jawapan? Tinggalkan jawapan anda pada kotak di bawah ni ye!;)


Jawab cepat!! Korang  berpeluang memenangi World Cup jersi!! Awesome!!

Tuesday, 10 June 2014

Adidas Blogger Cup KickOff! : Question #4


Hola!! Asal update je bagi soalan kan. Takda soalan tak ber-update blog ni. Hehe. So, hari ini aku nak kasi soalan #4 bersempena dengan Adidas Blogger Cup. Siapa yang dah jawab soalan no.1, no.2, dan no.3 good luck aku ucapkan. Untung-untung dapat hadiah awesome kan? Hehe. Penyertaan pun dah ditutup untuk soalan sebelum ni. 


Soalan:
The World Cup 2014 is starting in two days.
Which two national teams are missing from the line-up?

Klu/Hint:
1. Klik pada gambar diatas untuk hint.
2. Hint to answer: One country begins with the letter J (5 letter name) and the other is ME (6 letter name)

Tahu jawapan? Korang boleh letak jawapan korang pada kotak bawah ni ok? Jangan tinggalkan jawapan kat komen box aku pulak ye.


Nota: Letak e-mail, nama penuh dan link blog ini(http://missflyfluffy.blogspot.com/) Lepas itu boleh letak jawapan dan send! :)

Thursday, 5 June 2014

Adidas Blogger Cup KickOff! : Question #3


Hari ni aku publish soalan ke-3 untuk Adidas Blogger KickOff. Kepada yang belum jawab lagi soalan ke-2, korang boleh je ke sini (LINK). Penyertaan masih lagi terbuka. Ada 3 hari lagi. Pada yang dah jawab dan puas hati mari ke soalan seterusnya untuk hari ini.


Soalan:
In which square is the ball supposed to be?
(for example: d2)

Klu/Hint:
Sila klik pada gambar di atas (URL Link)

Seterusnya, dah tau jawapan sila hantarkan jawapan korang pada kotak jawapan di bawah ni.


Nota: Letak e-mail, nama penuh dan link blog ini(http://missflyfluffy.blogspot.com/) Lepas itu boleh letak jawapan dan send! :)

Brazuca? Apa tu? Temuinya di sini (LINK)

Wednesday, 4 June 2014

#60 Wordless Wednesday


Jom layan gambar miniatures yang super giler comel! Hmphh sumpah geram tengok! Hehe:9:










Source: LINK