Sunday, 22 June 2014

Mana hati mu?


Gempar lagi.
Satu lagi insan istimewa menderita.
Hidup bagaikan mati.
Seksa tak siapa mengerti.
Tapi Allah itu Maha Berkuasa.
Dia beri jalan.
Dia beri pengajaran.
Supaya hambaNya belajar.

Kita mungkin tidak tahu apa cerita sebenarnya.
Sanggupkah insan yang syurga di bawah kakinya.
Menyeksa zuriatnya begitu?
Kita saling menunding. 
Tapi bagiku, 
kemiskinan bukan bererti kau harus mengabaikan.
Apa dosa dia kepada mu?

Maaf.
Sebak yang amat.
Aku tahu yang lain juga begitu.
Moga terbela nasibmu.
Wahai penghuni syurga.


p/s: Aku rasa makin hari makin takut nak buka TV tengok news. Makin tak sanggup nak selak newspaper. Berita yang kadang-kadang aku sendiri tak sanggup nak hadap baca atau lihat.

Thursday, 19 June 2014

Adidas Blogger Cup KickOff! : Question #7


Hollaaa!! Hehe tibalah masanya untuk soalan #7. Macam mana soalan #6? Ada siapa dah jawab? Senang kan? So, mari kita ke soalan seterusnya. Yang ni kacang rebus sangat! Budak tadika pun boleh jawab. Buta bola *ada ke? pun boleh join! Hehehe:11:

 
Soalan:
Who is the player in the picture?

Hint/Klu:
Klik gambar or sini (LINK) ATAU
Mainkan video di bawah ini! (The answer is about the man in the video)


Senang kan?? Dah tau jawapan sila tepek jawapan korang pada kotak jawapan di bawah ini. Good luck!! :9:

Wednesday, 18 June 2014

Adidas Blogger Cup KickOff! : Question #6


Alamak!! Aku terlupa nak publish. Sepatutnya soalan ni muncul 8pm semalam. Kehkeh maafkan aku. So tanpa berlengah mari kita ke soalan #6. Yang dah jawab soalan-soalan sebelum ni all the best aku ucapkan! Kepada yang "tertinggal bus", duk blur lagi boleh rujuk sini (LINK)


Soalan: 
Spot the difference: What is the one difference between the F50 adizero FG Battle Pack displayed above and the originals?

Klu/Hint: 
The answer is about the pattern on the boot. Compare the black and white pattern. (LINK)

 

Hoiii hoiii kacang je nih!! Hehe dah tau jawapan? Tinggalkan jawapan korang pada kotak dibawah.

#61 Wordless Wednesday



.

Source: We Heart It

Tuesday, 17 June 2014

Kau pemalas?

Kau tak mampu atau kau pemalas?
Bergerak seinci kau rasa berat?
Sedangkan itu tanggungjawab kau.

Kalau dikatakan tak mampu.
Sihat nampaknya.
Gosip tak menentu.
Mustahil dikata tak mampu.

Jadi kau pemalas?
Jangan naik hantu bila kau dikata begitu.
Mungkin ada benarnya.
Nasihat aku, bila orang minta sesuatu.
Kau jangan jadi kayu.
Buat-buat tak tahu.
Tak mahu ambil peduli kononnya.

Jadi,
Kau tak bertindak.
Biar aku yang bertindak.
Halau 'lalat-lalat' kau.

p/s: Hehe siapa pening baca harap maaf. Entry paling menyampah untuk kayu. Hoho

Monday, 16 June 2014

How To Train Your Dragon 2



Siapa dah tengok How To Train Your Dragon 2? Hehe sumpah syiok! Memang aku kasi 5/5  :face18:Disebabkan aku spesis takleh tengok ciptaan yang comel jadi aku rasa naga-naga dalam cerita ni sangat comel. Kelupur-kelupur aku dalam cinema sebab naga-naga comel ni especially Toothless!! Auwww!:face75:


Aku bagi sinopsis persendirian sikit ok. Hiccup jumpa balik dengan mak dia , Valka which is seorang dragon master. Kira macam jejak kasih balik la. Mak dia ni la yang jaga semua naga yang tercedera disebabkan oleh si jahat, Drago Bludvist yang nak kuasai semua naga-naga dan tubuhkan pasukan tentera.


So, disitu la bermulanya pejuangan Hiccup ni nak selamatkan semua naga-naga tu dengan kampung dia sekali dari serangan si jahat tadi. Tapi aku rasa tak best dekat part bapak Hiccup (Stoick) ni mati. Nak tau mati sebab apa? Kena pi tengok sendiri ok? Hehe. Memang tip top! Berbaloi aku pi terjah cinema. 

p/s: Nak tengok Maleficent....TT_TT