Tuesday, 22 July 2014

Iftar bersama Blogger Utara di Park Avenue Hotel, Sungai Petani


Sabtu yang lepas bersamaan 19 July 2014, atas jemputan blogger kak Farah Wahyda untuk beriftar bersama di Park Avenue Hotel, Sungai Petani Kedah. Thanks kak Farah! Hehe. First time dapat jemputan macam ni so aku pun decided untuk join. Ada jugak blogger lain yang join beriftar bersama ni. Nanti aku tunjuk siapa ye. Hehe aku pun first time kenal. Baru jumpa face to face. So macam blur sikit ah. Kehkeh;p

Sampai je Park Avenue Hotel macam perghhh! Ada event apa-apa ke yang ramai sangat orang ni? Haha cuak gak sebab aku pakai selekeh je. Tapi rupa-rupanya ini adalah "permandangan" biasa ye. Ramai jugak yang datang berbuka puasa di hotel ni. Aku je yang "terjakun" sikit. Haha-_- Memang ramai sangat. Yang aku nampak la geng bikers ada, malay, chinese, indian semua ada. Memang 1 Malaysia sangat uolls. So dalam hati terdetik, sedap ke makanan kalau dah ramai cenggini ha?

Ok, kalau nak tahu masa bulan puasa ni Park Avenue Hotel menawarkan buffet untuk berbuka puasa. Harga pun affordable. Untuk dewasa cuma RM55 dan untuk kanak-kanak cuma RM35. So, dah kata nak berbuka puasa kan? Mestilah menu yang jadi bualan utama. Best ke tak? Ha meh nak kasi story.

Buffet di Park Avenue Hotel ini berkonsepkan stall dekat sini ada 25 jenis stalls makanan yang berbeza! Menurut Ketua Chef, Encik Azmi di sini terdapat lebih daripada 300 jenis menu! Dan menurut chef yang menyediakan makanan di sini setiap hari menu adalah berbeza! Awesome?? Gilerr awesome kan. Boleh la layan gambar yang bakal aku sajikan.
Dan apa yang aku tahu juga, bahan-bahan untuk dimasukkan dalam ABC (ais batu campur) je dah ada lebih kurang 100 jenis. Banyak! So pilihlah ikut selera kita.

Nak makan ABC? Pilih brader, pilih nak bubuh apa...
Aku ni boleh dikatakan agak cerewet mengenai makanan. Kalau lapar makan kat kedai yang makanannya rasa hampeh memang spoil mood 1 hari. Bengang je kan sebab makanan tak sedap. Tapi dekat Park Avenue Hotel ni aku keluar dengan muka yang ceria di samping perut yang cekang sebab makan banyak. So pandai-pandailah korang agak. Haruslah makanan mereka sedap kan. Memang tip top! 

First time aku makan kat sini, so aku katakan makanan di sini sedap. Boleh layan~ Yang paling best aku makan Laksa Kedah. Kuah dia pehhh! Menangis. 300 jenis menu mau tak rambang mata aku nak memilih. Haha tak tertelan semuanya. Tapi yang aku nampak paling laris adalah kambing panggang! Must try menu! Beratur panjang benorrr. Daripada minuman, kuih muih, buah-buahan, ais kacang, pelbagai jenis nasi, laksa, mee, pasta & spageti, seafood, kambing panggang, otak-otak, kebab dan macam-macam lagilah yang lenguh tangan nak menaip. Kata kak Farah, teh tarik kat sini sedap. Jadi aku pun try dan yes!! Memang sedap pun. Kasi A++.







Yang best sambil makan boleh layan live band. Haha betul ke panggil live band? Ha layan lagu raya gitu. Terasa hati ni tak sabiaq nak beraya. Suara emphhh! Sedap di dengar. Terbaik uolls! Hehe.

Dah nak balik tu bergambar la bersama General Manager Park Avenue Hotel, Encik Azmi (berbaju batik). Thanks for invite us! Next time boleh jemput lagi. Kehkeh. 

 Yeahh ni antara blogger yang terlibat. 

Kesimpulannya, aku memang puas hati dan InsyaAllah mungkin akan datang lagi. So siapa yang teringin nak beriftar di Sungai Petani next time, this is the place that I highly recommend. 

Wednesday, 16 July 2014

CPUV 2014: #5 & #6


Rezeki lagi. Syukur Allah. So jangan lupa click sampai lebam kalau jumpa iklan ni dalam blog aku.



1. Fashion Pitch/Writers Unleashed
Nak tau kan Fashion Pitch & Writers Unleashed ni apa? Klik sini untuk info (LINK)

2. Waku Doki Campaign 
Aku try meng-Google tadi pasal Waku Doki ni amenda. Ni iklan dari Toyota. So korang boleh try check disini (LINK)

Jadi as usual, mari click berjemaah. Haha thanks Nuffnang! Awesome uollss!!

Tuesday, 15 July 2014

Istimewa Ramadhan #2: Bazar Ramadhan


Apa yang best pasal Ramadhan mengikur persepsi aku? Ha sebelum ni kurma kan? Kali ni pasal Bazar Ramadhan atau PARAM (Pasar Ramadhan). Kehkeh. Yela special apa sebab bulan lain tak panggil Bazar Ramadhan. Kalau bulan lain panggil Pasar Malam tak pun Pekan Hari. Kan? 

Lagi pun pergi PARAM rasa macam syorgaaa makanan pulak. Haha nafsu semua tu. Perut berkeroncong di tambah pulak dengan bau makanan yang menyelerakan. Perghhh sapa tak tahan nafsu baik jangan pergi. Haha kalau tak membazir je beli itu ini. Nak makannya sikit je. Tak pun aku suggest bawak RM5 je. Jangan bawak duit banyak-banyak. Hehe.

Gigih lukis=_=

Monday, 14 July 2014

Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...


http://www.bubblynotes.com/2014/07/segmen-raya-2014-bubblynotes-dengan.html
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ini dibawakan khas untuk uolss bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma beberapa minggu jer lagi ni. ^_^... Dalam masa yang sama kira2 macam Blog E-Card dari Bubblynotes.Com kepada uolss jugaklah... Tak dapat or tak sempat nak hantar Kad Raya pakai pos, pakai Blog E-Card pun boleh juga ye tak??? Janji ucapan sampai... Sebab kalau nak diikut2kan iolss nak ajer hantar Kad Raya pada semua readers Bubblynotes yang selama ini sudi datang menjenguk dan membaca entri2 Bubblynotes.Com selama ini... Dalam masa yang sama segmen ini bertujuan nak rapatkan lagi silaturahim sesama weolss semua, follow memfollow serta blogwalking. Semua blogger tak kira baru atau lama, famous atau tak, retis atau tak, glam atau tak adalah dijemput untuk memeriahkan segmen ini. 10 pemenang akan dipilih oleh Pakcik Random.Org dan kesemua pemenang yang terpilih akan disenaraikan di dalam Bloglist Segmen Bubblynotes.Com bagi menggantikan Bloglist Segmen yang terdahulu. 

"Tarikh Segmen: 12/7/2014 sehingga 19/7/2014"

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com dan ADD TO CIRCLE G+ Farah Waheda Wahid
2. Buat entri bertajuk Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas... 
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Credit to MiaLiana.Com
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen entri ini. 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Random.Org. 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/7/2014 yang mana kemudiannya akan dimasukkan terus ke dalam senarai bloglist pemenang segmen. 

Sunday, 13 July 2014

Istimewa Ramadhan: Kurma


Dah hampir masuk 3 minggu kan kita berpuasa. Kejap je rasa. Bulan paling istimewa berbanding bulan-bulan lain. So tetiba rasa nak buat entry istimewa Ramadhan menurut pandangan aku sendiri. Haha semua orang teruja setiap kali muncul bulan Ramadhan. Bagi aku apa yang ada di bulan Ramadhan tiada di bulan yang lain. Faham? Ok ni contoh nak bagi.

Kurma. 
Bulan selain Ramadhan, jarang sekali aku nak makan kurma. Hampir tak pernah. Tapi bila masuk bulan Ramadhan, hari-hari makan kurma. Haha setiap kali berbuka mesti minum air then ambil kurma dulu. Pada pandangan aku, bulan Ramadhan kurma la yang paling aku cari. Orang lain aku tak tahu. Haha.


Apa yang istimewa lagi menurut pandangan aku? Ha nanti aku story lagi. Kahkah.

Gaza Under Attack



Karya penuh emosi.

Keep praying for them!

Sumber: Facebook Aqsa Syarif
Karya: OReN