Saturday, 27 June 2015

Entry Ramadhan #1: Syukur




Setelah lama tak men-doodle, tetiba weekend ni rajin pulak nak lukis. Sampai dah lupa cara nak pakai photoshop bagai. HAHA. Ok entry khas Ramadhan. Ala untuk suka-suka je. Pengalaman sendiri. Aku rasa semua orang pun ada mengalami situasi macam dalam doodle tu kan? Pukul 1.00PM belum lagi tapi perut dah berdangdut semacam. Ehhh.. Kadang-kadang bunyi kuat sampai aku takut colleagues aku dengar. HAHA teruk betul perangai kan?

Baru berpuasa sehari dah tak boleh tahan. Orang lain kadang-kadang sampai 2-3 hari tak makan tak kecoh pun. Huhu actually bulan Ramadhan memang betul-betul mengajar aku erti syukur. Yela, kita di Malaysia sedap sungguh berbuka macam-macam juadah, hidangan. Belum masuk part air berjenis-jenis. Akhirnya bila dah terlampau kenyang, makanan yang tak habis dibuang begitu sahaja. Sedihnya...

Baru-baru ni ada tengok video kanak-kanak kecil yang 2 hari tak makan di Syria. Kesian sangat!:face22: (Nah aku share video tu pada yang belum tengok)


:face29: :face29: :face29:
Tersentuh hati ni bila tengok mata dia. Syukurlah kita kat sini makanan lebih! Jadi jangan membazir, jangan turutkan nafsu. Bersederhana dan bersyukur. Itu lebih berkat.

Ok taknak membebel panjang. Just sharing pendapat buang sebaris dua. Hehe.

p/s: Berharap ada entry seterusnya:face44:

Wednesday, 17 June 2015

Salam Ramadhan 1436H


Alhamdulillah, masih berkesempatan lagi tahun ini kita menyambut Ramadhan. 
Jadi, jika ada salah dan silap sepanjang kita ber-blog ini, aku nak mintak maaf banyak-banyak ye kalau ada yang terasa, tersentap, terguris. Tak payah tunggu raya la baru nak mintak maaf. 

Moganya, tahun ini Ramadhan kita akan lebih baik dari tahun sebelumnya. Siapa nak tambah tick dekat buku kanan, inilah peluangnya. Sama-sama kita manfaatkan peluang yang tak selalu datang.

Ahlan was ahlan ya Ramadhan!

Tetiba excited nak bersahur, nak berbuka, terawih, PARAM...Macam-macam la excited. 

Source: Google

p/s: Plan nak buat entry special Ramadhan. Cewah! Berjaya atau tak? Kita tengok nanti...Hehe

Saturday, 13 June 2015

My Bucket List: Travel


Source: We Heart It

Impian yang dah lama aku simpan. Ada beberapa kekangan tapi tak bermakna itu menghalang impian aku. Mungkin ter-inpirasi dari seorang rakan yang membuatkan impian ini makin membuak-buak. InsyaAllah, one fine day it will become true!

p/s: Now, focus on my big day. Moga dipermudahkan Happy weekends!!

Friday, 22 May 2015

Cuma hairan




p/s: Peringatan lembut je. Mana-mana yang terasa langsaikanlah segera. Mati taktau bila. Kan?
posted from Bloggeroid

Friday, 8 May 2015

Koleksi Kurung: Evania Elvira dan Evania Paplovish



Terlalu awal lagi nak bercakap pasal persiapan Hari Raya Aidilfitri tapi bagi sesiapa yang berniaga mungkin inilah masa yang sesuai untuk mempromosikan koleksi pakaian yang bakal dijual nanti.

OK straight to the point, di sini aku ingin mempromosikan koleksi terkini untuk hari lebaran nanti. Design direka khas dan setiap tempahan akan dijahit sendiri oleh tailor yang kami upah. Di datangkan dalam 2 design dengan padanan warna pastel.












Details lanjut seperti berikut:
Pre order basis
Tailormade oversea (Within 2-3 weeks)
Available size XS until XXL
Friendly for wuduk & nursing
Material from woven & jacquard

HARGA: RM190
Boleh bayar deposit RM100 dan baki dibayar 3 hari sebelum tempahan di pos.
Postage free!

Disebabkan kami mengupah tailor untuk menyiapkan tempahan ini,, InsyaAllah jahitannya kemas, selesa dipakai. Kelebihan pada material yang kami gunakan adalah tidak mudah kedut (tak perlu iron), tak nipis dan selesa dipakai.

Untuk makluman, kami membuka tempahan bermula hari ini hingga 10hb. Jika sambutan menggalakkan kami akan lanjutkan tarikh tempahan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki Evania Elvira & Evania Paplovish dengan design yang ekslusif, anda boleh terus whatsapp# berikut:
 0174605902