Sunday, 7 January 2018

Astaka Morocco, Putrajaya


Dah hampir 2 bulan pergi baru hari ini nak update. Kalau ada siapa yang follow IG aku, bulan lepas aku ada melawat satu tempat dekat Putrajaya. Nama tempat ini Astaka Morocco. Dari KL aku ambil KLIA Transit turun stesen Putrajaya then ambil Uber saja ke Astaka Morocco. Tambang lebih kurang RM5++ je.

Dan untuk pengetahuan, tempat ini kecil je dan bersebelahan dengan Taman Botani Putrajaya. Pakcik Uber tanya kami, "Apa yang ada dekat sini? First time pakcik masuk ke sini. Tak pernah dengar pun nama tempat ini." Kami laki bini pun blur kejap. Actually, aku dapat tau tempat ini dari satu page dekat FB. Alang-alang dah cuti-cuti Malaysia jadi kami decided la nak datang ke sini.

Pintu gerbang pun dah lawa♥

Astaka Morocco ini adalah tempat yang bercirikan seni bina Morocco. Jadi segala pintu gerbang, kolam, bangunan, taman semuanya berkonsepkan seni bina Morocco. Bagi aku hiasan pada dinding dan ukiran pada bangunan perlukan ketelitian dan bukanlah mudah untuk dibuat. Maka hasilnya juga teramatlah cantik dengan kepingan mozek berwarna warni yang ditampal pada dinding dan lantai. Memang terasa macam berada dekat Morocco la senang cerita. Jadi siapa yang suka tengok seni bina bangunan macam ni boleh la singgah. Masuk percuma TAPI ada lagi satu bangunan dalam astaka ni kena bayar RM3 untuk melihat sahaja, no CAMERA ALLOWED (Ini security guard yang bagitau dekat kami). Kami tak masuk pun jadi kami pun taktau apa yang ada dekat dalam bangunan tu. HAHA.




♥

Ukiran yang halus dan teliti. 

Dinding pun lawa dan kalau perasan ada ukiran Kalimah Allah.

Dekat bahagian luar bangunan pun dah lawa. Siapa yang suka bergambar bolehlah korang ambil gambar dekat sini. Aku tengok ramai juga yang ambil gambar graduasi, maklumlah dekat dengan PICC. Kerlass kau Jah!>,<






Masa aku pergi orang tak ramai pun, lagi pun aku rasa Astaka Morocco ini macam takda orang war-warkan kewujudan dia. Aku cakap macam ini sebab masa nak balik Abang Uber cakap "First time saya masuk kawasan ini. Ada apa eh datang sini? Saya stay Putrajaya taktau pun ada tenpat macam ini." Kami laki bini macam adehhh! Kami yang terlebih advance ke? HAHA
Jadi kalau tetiba korang lalu area Putrajaya ini, boleh la singgah. Lawa gambar dalam IG korang nanti! :P

♥ps: Dah merangka-rangka percutian tahun ini nak kemana.

Saturday, 6 January 2018

Tips Pengurusan Wang


Hari gaji pasti hari yang ditunggu² oleh semua warga 'makan gaji'. Pendapatan yang diperolehi boleh jadi tidak mencukupi jika tidak diurus dengan betul. Lebih teruk lagi jika terpaksa meminjam dari rakan-rakan setiap kali hujung bulan. Sekali sekala takpelah bro, tapi kalau setiap bulan ini dikira agak keterlaluan.

Maka hari ini aku nak berkongsi tips untuk menguruskan wang gaji anda agar mencukupi hingga kitaran gaji seterusnya. Boleh la buat simpanan sikit untuk waktu kecemasan.

1. HUTANG
Orang cakap jangan buat HUTANG! Tapi masing² punya masalah berbeza. Hutang yang dipinjam tetap kena dilangsaikan. Jadi, bila dapat gaji selesaikan hutang dahulu. Cuba bayangkan tenangkah hidup anda kalau setiap hari bank call, dapat kiriman Whatsapp bertalu-talu dari rakan anda. Tak tenang kan. Serabut kan? Maka sebelum berbelanja apa sekalipun TOLONGLAH selesaikan hutang dahulu. Kalau tak boleh sekaligus, selesaikan secara berperingkat pun takpa. Bagitau rakan anda, aku pasti mereka boleh memahami anda. Jangan diam je buat taktahu kalau taknak dibenci orang. Bak kata orang "Pandai pinjam pandailah bayar balik!"

Source: Google
2. KEPERLUAN
Hutang dah settle? Bagus! Second stage adalah KEPERLUAN. Aku suka buat list untuk keperluan. Banyak benda kan nak beli dan bayar, takut terlepas pandang. Definisi keperluan bagi aku adalah perkara yang kita perlu dan akan susah kalau takdak.  Dari barang dapur, bil elektrik dan air, bajet minyak kereta atau tol silalah senaraikan. Lain orang lain keperluan tau! Leceh? Bersedia kalau anda terlebih belanja. Ini apa yang aku praktis la. Untuk barang dapur yang kering boleh beli sebulan terus. Kalau barang dapur basah boleh beli seminggu sekali. Mak aku selalu pesan, kalau beli barang dapur untuk sebulan, sekurang-kurangnya hujung bulan ada lagi benda nak makan. HAHA tapi memang betul pun!
Source: We Heart It
3. SIMPANAN
Second stage berjaya? Tahniah! Ok stage ini agak sukar ye kawan-kawan. Sukar nak beristiqomah. Duit lebih ada lagi kan? Buatlah SIMPANAN! Ambil la 10% atau 20% dari duit lebih tu simpan. RM50 sebulan pun takpa, kalau setahun dah jadi RM600. Ok la kan? Orang cakap simpan 10% dari gaji kita tapi kalau dah perlu berbelanja lebih takkan nak ikut jugak. Jadi buatlah simpanan yang flexible dengan situasi anda sebab masalah dan tanggungan kita tak sama.

Source: Google
4. KEHENDAK
Ha bila 3 stage tadi anda dah berjaya, lebihan duit tu bolehlah berbelanja. Nak beli kasut ke handbag ke make up ke atau nak travel boleh la gunakan duit yang ada tu dengan sebaik-baiknya. Pandai² la anda manage duit tu.

Source: We Heart It
Ini adalah tips dari aku sendiri. Memang tak sama dengan perkongsian tips dari mana-mana financial advisor yang bertauliah. Dan perkongsian ini adalah secara umum sahaja. Sebenarnya banyak perkara yang perlu di ambil kira dalam menguruskan wang anda. Anda boleh Google dan cari mana² blog pasal pengurusan wang. Apa salahnya kita tambah ilmu lagi dalam hal macam ni.

Semoga berjaya!
Ingat satu perkara 'Hutang perlu dibayar walau apa yang terjadi sekalipun!!'

Penafian: Perkongsian ini berdasarkan pengalaman penulis sahaja. Anda boleh menambah atau membetulkan tips yang dikongsi. Komen berbentuk kecaman tidak dibenarkan. HAHA

♥ps: Tahun 2018 target kumpul wang beli rumah, InsyaAllah.

Friday, 5 January 2018

Tips rezeki melimpah ruah


CARA:
Bila nak mula berdoa baca:-
Ya Allah Ya Fattah Ya Baari, 
Aku ingin keberkatanmu Ya Allah,
Rezeki aku sudah cukup Ya Allah,
Amin Ya Allah Ya Baari Ya Mujib.

Dan baca Ya Baari 1000x sehari
--- Ya Baari - Yang Maha Merancang atau Mengatur.
Sekiranya kita berada dalam kesukaran atau sedang sakit,  dibaca sebanyak 100x selama 7 hari berturut-turut, insyaallah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut..

Kalau ada kesukaran atau nak mudahkan sesuatu --- baca Ya Baari 1000x

Kalau nk rezeki segera --- baca Ya Fattah 1000 kali atau 50000 kali, baca penuh yakin.

Nota 
Ya Baari -- Yang Maha Mengatur
Ya Mujib -- Yang Maha Kabulkan
Ya Wahab -- Yang Maha Memberi 
Ya Fattah -- Yang Maha Pembuka

Sumber: Facebook Mahamidah Hamdan


Source: WHI
♥ps: Terima kasih atas perkongsian ilmu ini. Sama-sama kita sebarkan.

Thursday, 4 January 2018

Wanita


Sang suami.
Yang Allah amanahkan menjadi ketua keluarga mu.
Yang Allah satukan dengan wanita dicintai dan untuk membimbing.
Yang Allah jadikan untuk melindungi si isteri.

Kau pernah berjanji saat akad kita.
Tapi kini mana janji kau dengan Dia.
Mana janji kau dengan waliku.
Kau tinggalkan bahtera kita terumbang ambing.
Kau tumpahkan air mata ini.
Kau biarkan pasanganmu memikul tanggungjawabmu.
Dimana semua janjimu?

Maafkan perempuan ini jika menyakiti hati kau.
Maafkan perempuan ini jika membebankan kau.
Maafkan perempuan ini jika menyusahkan kau.
Sesungguhnya perempuan ini cuba melakukan yang terbaik.
Buat kau.
Buat kita.

Dan aku mengalah.
Aku letih dengan permainanmu.
Biar.
Biar masa menentukan segalanya.

Source: Pinterest
DEDIKASI KHAS UNTUK WANITA-WANITA KUAT DI LUAR SANA

♥ps: Perempuan ini bukan aku tapi insan² yang ada di sekeliling aku💪

Wednesday, 3 January 2018

Kek Span Oree


Kedai Kek Span Oree baru buka dekat Amanjaya Sungai Petani. Hari Isnin lepas aku tengok ramai orang beratur panjang tunggu nak membeli. Rupanya ada 50% diskaun untuk pembelian kek. Kalau dari pemerhatian aku, kek ini dijual fresh from oven. Maksudnya, korang boleh tengok live depa pecahkan telur, masukkan tepung, pukul adunan dan masak. Bila siap korang boleh terus makan panas²😋 Tapi aku tak beli pun sebab malas nak beratur. HAHA mulut je bising teringin.

Dan kelmarin, lepas balik kerja aku ternampak satu resit atas almari bilik.

Kedai Kek Oree?
Tanya laki aku 'Siapa beli?'
Tetiba dia jerit 'Oh noooooooo!!'

Rupanya laki buat surprise belikan Kek Oree. HAHA Tapi kantoi sebab bini jumpa resit. I is terharu sangat walaupun terkantoi.


Laki belikan original flavor saja. Kalau nak beli flavor cheese or coklat kena tunggu lebih kurang 1 jam sebab dah habis. Memang takkan tunggu la jawapannya!

Aku tak sempat nak ambil gambar kek. Tapi yang pasti memang macam span. It's so fluffy and and for me it taste good!. Kalau minum petang dengan kopi, wahhh perfect combination gitu! Takpe, next time aku try beli cheese atau coklat pulak, time tu aku tunjuk gambar ye♥

I borrow this photo from Kek Span Oree FB. Yummeh!!💗

♥ps: Nampak macam misi untuk kurus akan kelaut (︶︿︶)

Tuesday, 2 January 2018

Lambat punya pasal!


Hari pertama kerja untuk dalam 2018.
Masihkah korang dalam mood cuti lagi?
Kalau ya maknanya kita geng😒

Pagi ini agak huru hara.
Maklumlah bila semua orang dalam rumah dah start kerja dan start sekolah.
Masing-masing berebut bilik air nak mandi.
HAHA.

Aku pun kalut juga pagi ni.
*Padan muka tak iron baju semalam💢
Bila dah lewat ni masalah pun akan muncul la.

Sampai je dekat office, buka handbang, ambil handphone.
Then tetiba rasa sebak nak menangis.

SALAH BAWA HANDPHONE!!!!😞

Macam mana boleh terambil handphone husband aku pulak ni.


Tu la careless sangat.
Nasib baik husband baik hati nak datang time lunch tukarkan handphone.


Moral of the story: 
Bangun awal, iron baju dan tudung awal dan jangan mengelamun waktu pagi. HAHA

♥ps: Sudah²lah mood cuti tu😁

Monday, 1 January 2018

Hello 2018


2018.
New chapter.

Aku harap untuk tahun ini aku dapat berita gembira yang aku tunggu.
InsyaAllah.


Moga ada penambahbaikan dari segi amal dan iman.
Berharap segala urusan dipermudahkan.
Amin.


♡ps: Korang tengok bunga api dekat mana?