Dah hampir 2 bulan pergi baru hari ini nak update. Kalau ada siapa yang follow IG aku, bulan lepas aku ada melawat satu tempat dekat Putrajaya. Nama tempat ini Astaka Morocco. Dari KL aku ambil KLIA Transit turun stesen Putrajaya then ambil Uber saja ke Astaka Morocco. Tambang lebih kurang RM5++ je.
Dan untuk pengetahuan, tempat ini kecil je dan bersebelahan dengan Taman Botani Putrajaya. Pakcik Uber tanya kami, "Apa yang ada dekat sini? First time pakcik masuk ke sini. Tak pernah dengar pun nama tempat ini." Kami laki bini pun blur kejap. Actually, aku dapat tau tempat ini dari satu page dekat FB. Alang-alang dah cuti-cuti Malaysia jadi kami decided la nak datang ke sini.
Pintu gerbang pun dah lawa♥
Astaka Morocco ini adalah tempat yang bercirikan seni bina Morocco. Jadi segala pintu gerbang, kolam, bangunan, taman semuanya berkonsepkan seni bina Morocco. Bagi aku hiasan pada dinding dan ukiran pada bangunan perlukan ketelitian dan bukanlah mudah untuk dibuat. Maka hasilnya juga teramatlah cantik dengan kepingan mozek berwarna warni yang ditampal pada dinding dan lantai. Memang terasa macam berada dekat Morocco la senang cerita. Jadi siapa yang suka tengok seni bina bangunan macam ni boleh la singgah. Masuk percuma TAPI ada lagi satu bangunan dalam astaka ni kena bayar RM3 untuk melihat sahaja, no CAMERA ALLOWED (Ini security guard yang bagitau dekat kami). Kami tak masuk pun jadi kami pun taktau apa yang ada dekat dalam bangunan tu. HAHA.
♥
Ukiran yang halus dan teliti.
Dinding pun lawa dan kalau perasan ada ukiran Kalimah Allah.
Dekat bahagian luar bangunan pun dah lawa. Siapa yang suka bergambar bolehlah korang ambil gambar dekat sini. Aku tengok ramai juga yang ambil gambar graduasi, maklumlah dekat dengan PICC. Kerlass kau Jah!>,<
Masa aku pergi orang tak ramai pun, lagi pun aku rasa Astaka Morocco ini macam takda orang war-warkan kewujudan dia. Aku cakap macam ini sebab masa nak balik Abang Uber cakap "First time saya masuk kawasan ini. Ada apa eh datang sini? Saya stay Putrajaya taktau pun ada tenpat macam ini." Kami laki bini macam adehhh! Kami yang terlebih advance ke? HAHA
Jadi kalau tetiba korang lalu area Putrajaya ini, boleh la singgah. Lawa gambar dalam IG korang nanti! :P
♥ps: Dah merangka-rangka percutian tahun ini nak kemana.
Waahhh first time pula dtg sini.. comellah header awak!
ReplyDeleteSy dah follow .. Nice to meet you :D
Cantiknya senibina Morocco ni..Nak singgah berjalan jugaklah di situ kalau ada lalu Putrajaya.
ReplyDeleteKak Mime kira jadi pioneer atau perintis kepada publisti tempat ini sebab GV rasa majoriti besar ramai tak tahu tempat ini. Huhu. Nampak cantik tempat ni kak. Seni ukiran ia mmg cantik sangat. :D
ReplyDeletepatut la macam kenal je tempat ni. ingatkan kat morocco btol tadi.
ReplyDelete