Movie: 12 Strong | miss fluffy


Wednesday, 24 January 2018

Movie: 12 Strong


Based on a true story.


Kisah kejayaan 12 tentera Amerika "berkuda" menentang Taliban di Afganistan bersama dengan puak penentang Taliban. Selepas serangan 9/11, kumpulan askar elite ini dihantar ke Afganistan untuk menjalankan misi mereka memusnahkan pengkalan Taliban. Kenapa berkuda? Sebab bila tentera² ini menjalankan misi mereka, pengangkutan yang mereka guna adalah kuda. Yela, kawasan yang bergolak dan bentuk muka bumi yang berbukit agak susah untuk bawak kenderaan berenjin ke tempat perlindungan mereka. Dan semasa meraka berperang menentang musuh, 12 tentera ini juga menggunakan kuda.
 

First impression, best ke cerita perang ni? Macam boring je tapi nampaknya aku silap. Misi yang perlu dilaksanakan dalam masa 6 minggu bukanlah mudah. Pihak musuh ada senjata dan kekuatan anggota yang ramai. Jalan cerita memang tak boring sebab setiap masa aku rasa berdebar apa akan jadi seterusnya. Adegan tembak, peluru berpandu, bom tangan, mesingan tu biasa la dengan scene di medan perang. Dikatakan ini adalah kejayaan terbesar tentera US bila berjaya memusnahkan pengkalan Taliban. 

Dari sini aku belajar yang betapa payahnya hidup dalam negara yang bergolak. Kerana kuasa, wanita dan kanak² jadi mangsa. MATI--SIKSA--PENDERAAN JIWA. Sedih bila tengok negara yang bergolak ini adalah dari negara-negara Islam. Betapa aku bersyukur di bumi Malaysia.

Disebabkan cerita ini dari kisah benar, buat aku terfikir. Dalam movie bolehlah olah ikut citarasa pengarah, tembak pun pun elak peluru. Realitinya macam mana ye? Ya Allah tak boleh bayang T_T
Aku bagi rating 4.5/5 untuk cerita 12 Strong ini. Aku terfikir jugak Amerika buat cerita pung pang kata depa yang hebat. Entah betul ke tak Wallahu'alam ;)

♥ps: Super busy last week! T__T

3 comments:

  1. alhamdulillah.. negara kita masih aman..

    ReplyDelete
  2. hari tu gi wayang tengok ada cerita ni, pas baca review Mime rasa menyesal plak tak tengok. Kurang minat cerita perang ni, terutama Amerika buat sebab nampak diorang je baik dalam tu. Hehe

    ReplyDelete
  3. macam menarik movie ni..tapi tuela kisah perangkan..nak kena mental kuat bila tonton movie macamni..based on true story pulak tu

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️