My colleague ada cerita pasal 1 kejadian bunuh diri seorang remaja yang masih bersekolah dekat kawasan perumahan dia. Lebih sedih bila remaja tersebut berbangsa Melayu dan beragama Islam. Dan aku tahu tekanan perasaan tidak mengenal usia, bangsa mahupun agama.
Bagaimana pengakhiran hidupnya dan keadaan dia di alam barzakh biarlah Allah yang tentukan segalanya. Di sini bukan aku nak menceritakan kesilapan yang remaja tadi dah lakukan. Aku di sini cuma nak sebarkan semangat untuk kau terus harungi segala tekanan yang berlaku dalam hidup.
Kadang² orang memang takkan faham masalah dan perasaan kita. Untuk adik² dekat luar sana, kalau kau rasa ada tekanan dan berfikiran mahu "mengambil nyawa" sendiri TOLONG fikirkan sekali lagi. Kalau kau rasa tiada orang pedulikan kau, kau silap. Ada saja sebenarnya sukarelawan yang ikhlas membantu.
LANGKAH YANG KAU PATUT BUAT BILA KAU MERASA TERTEKAN DAN BERNIAT BUNUH DIRI:
1. ALLAH
Ingat ALLAH. Kita punya agama dik, aku mungkin tak faham betapa teruknya tekanan kau. Tapi sekurang-kurangnya biarlah ingatan aku ni mematikan niat kau. Kau jangan buat kerja Allah. Hanya dia yang berhak ke atas nyawa kita!
2. KELUAR
Jangan bersendirian sebab syaitan akan menarik-narik kau untuk buat perkara yang tak sepatutnya. Keluar dari tempat sunyi yang boleh ganggu jiwa kau. Cari kawan baik kau, mak ayah, adik abang atau sesiapa saja yang kau rasa selesa untuk berbual. Tiada teman berbual? Kau call aku pun boleh dik. Leave your comment with your contact aku call kau. Jangan risau aku tak reveal komen kau punya. Segan dengan aku? Kau contact mereka ni.
Aku dengar radio Era FM dan dari situ aku tahu pasal laman web ni. See, banyak benar orang yang nak bantu kau tau!
3. TIADA JALAN SINGKAT
Kau kena ingat ye dik, kalau kau bunuh diri itu bukan jalan untuk hilangkan atau redakan tekanan yang kau alami. Kita dekat dunia baru suku perjalanan tau, di akhirat sana lebih panjang jalannya. Takkanlah kau nak sia-siakan nikmat hidup yang Allah bagi. Aku memang taktau tekanan maha dasyat macam mana yang kau lalui tapi ingatlah hanya kau saja yang boleh ubah semuanya. Aku atau siapa-siapa saja boleh bantu tapi diri sendiri yang memainkan peranan utama untuk kau berubah. Allah takkan beri ujian yang melebihi kemampuan kita.
Aku nak menegaskan di sini aku akan cuba bantu kalau ada sesiapa yang perlukan bantuan. Dan sekiranya orang terdekat anda mempunyai simptom pelik atau bercakap mengenai bunuh diri, jangan ambil mudah. Bantu mereka! Kadang-kadang sikap ambil lewa kita juga antara salah satu faktor mereka bertindak di luar jangkaan.
♥ps: Pilih untuk terus berjuang hingga Allah sendiri yang menarik nyawaku. Kau juga harus begitu!
Banyak info bagus blog akak. Terbaik. GV ingatkan USA je ada je talian suicide ini macam lagu penyanyi rap nama Logic dengan lagunya 1-800-273-8255. Rupanya Malaysia pun ada. Terbaik info kak Mime. :)
semua orang pernah/akan dilanda masalah. kecik atau besar, sumer dah pernah aku rasa. its depends on how we handle it. kalau tak boleh solve sendiri, tanya family, tanya kawan2. kalau tak boleh tolong, at least boleh tolong dengar masalah kita. bunuh diri is not the solution. be positive ye kawan2.
ooo....ada ek org wat mcm ni...ni kira ngo la kan..
ReplyDeletenak try call la..nak tgk cara dorang handle pemanggil..
hahaha
Banyak info bagus blog akak. Terbaik. GV ingatkan USA je ada je talian suicide ini macam lagu penyanyi rap nama Logic dengan lagunya 1-800-273-8255. Rupanya Malaysia pun ada. Terbaik info kak Mime. :)
ReplyDeletesemua orang pernah/akan dilanda masalah. kecik atau besar, sumer dah pernah aku rasa. its depends on how we handle it. kalau tak boleh solve sendiri, tanya family, tanya kawan2. kalau tak boleh tolong, at least boleh tolong dengar masalah kita. bunuh diri is not the solution. be positive ye kawan2.
ReplyDelete