Kedai Kek Span Oree baru buka dekat Amanjaya Sungai Petani. Hari Isnin lepas aku tengok ramai orang beratur panjang tunggu nak membeli. Rupanya ada 50% diskaun untuk pembelian kek. Kalau dari pemerhatian aku, kek ini dijual fresh from oven. Maksudnya, korang boleh tengok live depa pecahkan telur, masukkan tepung, pukul adunan dan masak. Bila siap korang boleh terus makan panas²ðŸ˜‹ Tapi aku tak beli pun sebab malas nak beratur. HAHA mulut je bising teringin.
Dan kelmarin, lepas balik kerja aku ternampak satu resit atas almari bilik.
Kedai Kek Oree?
Tanya laki aku 'Siapa beli?'
Tetiba dia jerit 'Oh noooooooo!!'
Rupanya laki buat surprise belikan Kek Oree. HAHA Tapi kantoi sebab bini jumpa resit. I is terharu sangat walaupun terkantoi.
Laki belikan original flavor saja. Kalau nak beli flavor cheese or coklat kena tunggu lebih kurang 1 jam sebab dah habis. Memang takkan tunggu la jawapannya!
Aku tak sempat nak ambil gambar kek. Tapi yang pasti memang macam span. It's so fluffy and and for me it taste good!. Kalau minum petang dengan kopi, wahhh perfect combination gitu! Takpe, next time aku try beli cheese atau coklat pulak, time tu aku tunjuk gambar ye♥
I borrow this photo from Kek Span Oree FB. Yummeh!!💗
♥ps: Nampak macam misi untuk kurus akan kelaut (︶︿︶)
Kek mmg nampak sedap dan fluffy. Terbaik kak. :D
ReplyDelete