Wednesday, 24 January 2018

Movie: 12 Strong


Based on a true story.


Kisah kejayaan 12 tentera Amerika "berkuda" menentang Taliban di Afganistan bersama dengan puak penentang Taliban. Selepas serangan 9/11, kumpulan askar elite ini dihantar ke Afganistan untuk menjalankan misi mereka memusnahkan pengkalan Taliban. Kenapa berkuda? Sebab bila tentera² ini menjalankan misi mereka, pengangkutan yang mereka guna adalah kuda. Yela, kawasan yang bergolak dan bentuk muka bumi yang berbukit agak susah untuk bawak kenderaan berenjin ke tempat perlindungan mereka. Dan semasa meraka berperang menentang musuh, 12 tentera ini juga menggunakan kuda.
 

First impression, best ke cerita perang ni? Macam boring je tapi nampaknya aku silap. Misi yang perlu dilaksanakan dalam masa 6 minggu bukanlah mudah. Pihak musuh ada senjata dan kekuatan anggota yang ramai. Jalan cerita memang tak boring sebab setiap masa aku rasa berdebar apa akan jadi seterusnya. Adegan tembak, peluru berpandu, bom tangan, mesingan tu biasa la dengan scene di medan perang. Dikatakan ini adalah kejayaan terbesar tentera US bila berjaya memusnahkan pengkalan Taliban. 

Dari sini aku belajar yang betapa payahnya hidup dalam negara yang bergolak. Kerana kuasa, wanita dan kanak² jadi mangsa. MATI--SIKSA--PENDERAAN JIWA. Sedih bila tengok negara yang bergolak ini adalah dari negara-negara Islam. Betapa aku bersyukur di bumi Malaysia.

Disebabkan cerita ini dari kisah benar, buat aku terfikir. Dalam movie bolehlah olah ikut citarasa pengarah, tembak pun pun elak peluru. Realitinya macam mana ye? Ya Allah tak boleh bayang T_T
Aku bagi rating 4.5/5 untuk cerita 12 Strong ini. Aku terfikir jugak Amerika buat cerita pung pang kata depa yang hebat. Entah betul ke tak Wallahu'alam ;)

♥ps: Super busy last week! T__T

Monday, 15 January 2018

Selamat sampai.......


Alhamdulillah, aku selamat sampai ke Kedah pada Sabtu malam. Yihaaa perjalanan terbaik tapi ada la kekangan sikit. Takpa nanti aku share pengalaman pertama aku dekat Hatyai. 

Kelmarin asyik tidur je tambah² cuaca sejuk pulak. Kawan-kawan nanti aku balas kunjungan korang hokeyyy!

Nah belanja gambar dekat pekan Hatyai.

Wayar elektrik yang berselirat tu nampak unik. Rasa macam zaman dulu-dulu pulak.





Nanti aku share ye best ke tak trip kali ni ☺

♥ps: 2 hari tak pos entri :p

Friday, 12 January 2018

Thursday, 11 January 2018

Cara buat Pas Sempadan (Border Pass)


Ada kaitan dengan post dekat sini. HAHA
Actually aku nak pergi Hatyai je pun. Tapi ini kali pertama aku buat border pass.

Ada syarat nak buat pas sempadan, kau boleh Google dan refer dekat laman web Imigresen. Come on lah, kan dunia dah moden!☺

Tapi takpe, aku still nak share dengan kau yang masih blur macam aku mula² dulu. Ini adalah Pas Sempadan Thailand tau.

Cara untuk memohon Pas Sempadan.
1. Bawa salinan Kad Pengenalan.
2. Bawa sekeping gambar berukuran passport dan latar belakang putih (Aku cadangkan masa kau ambil gambar sila pakai tudung bewarna gelap)
3. Bawa diri sendiri ke Pejabat Imigresen. ^O^

Nanti kau akan diberi borang dan segala butiran yang diperlukan. Lepas tu lekatkan saja gambar kau di petak gambar. Dah siap lampirkan sekali dengan salinan IC kau. Siap! Kau tunggu je kaunter proses Pas Sempadan tu. Nanti kau bayar je RM10! Allah, murah sungguh. Makan lunch pun mahal. HAHA ok fine over nauuu aku! Tempoh sah laku Border Pass kau adalah selama setahun. Hamboiii boleh ulang pergi 'oversea' sebulan sekali! HAHA

Dan sekarang bersiap sedia untuk makan angin!
Wehuuuuu♥

Doakan perjalanan aku selamat esok dan berjalan lancar!

♥ps: Tak zabarrrr nak makan²

Tuesday, 9 January 2018

Mental Health


My colleague ada cerita pasal 1 kejadian bunuh diri seorang remaja yang masih bersekolah dekat kawasan perumahan dia. Lebih sedih bila remaja tersebut berbangsa Melayu dan beragama Islam. Dan aku tahu tekanan perasaan tidak mengenal usia, bangsa mahupun agama.

Bagaimana pengakhiran hidupnya dan keadaan dia di alam barzakh biarlah Allah yang tentukan segalanya. Di sini bukan aku nak menceritakan kesilapan yang remaja tadi dah lakukan. Aku di sini cuma nak sebarkan semangat untuk kau terus harungi segala tekanan yang berlaku dalam hidup.

Kadang² orang memang takkan faham masalah dan perasaan kita. Untuk adik² dekat luar sana, kalau kau rasa ada tekanan dan berfikiran mahu "mengambil nyawa" sendiri TOLONG fikirkan sekali lagi. Kalau kau rasa tiada orang pedulikan kau, kau silap. Ada saja sebenarnya sukarelawan yang ikhlas membantu. 

LANGKAH YANG KAU PATUT BUAT BILA KAU MERASA TERTEKAN DAN BERNIAT BUNUH DIRI:

1. ALLAH
Ingat ALLAH. Kita punya agama dik, aku mungkin tak faham betapa teruknya tekanan kau. Tapi sekurang-kurangnya biarlah ingatan aku ni mematikan niat kau. Kau jangan buat kerja Allah. Hanya dia yang berhak ke atas nyawa kita!

2. KELUAR
Jangan bersendirian sebab syaitan akan menarik-narik kau untuk buat perkara yang tak sepatutnya. Keluar dari tempat sunyi yang boleh ganggu jiwa kau. Cari kawan baik kau, mak ayah, adik abang atau sesiapa saja yang kau rasa selesa untuk berbual. Tiada teman berbual? Kau call aku pun boleh dik. Leave your comment with your contact aku call kau. Jangan risau aku tak reveal komen kau punya. Segan dengan aku? Kau contact mereka ni.
----- https://www.befrienders.org.my/
Aku dengar radio Era FM dan dari situ aku tahu pasal laman web ni. See, banyak benar orang yang nak bantu kau tau!

3. TIADA JALAN SINGKAT
Kau kena ingat ye dik, kalau kau bunuh diri itu bukan jalan untuk hilangkan atau redakan tekanan yang kau alami. Kita dekat dunia baru suku perjalanan tau, di akhirat sana lebih panjang jalannya. Takkanlah kau nak sia-siakan nikmat hidup yang Allah bagi. Aku memang taktau tekanan maha dasyat macam mana yang kau lalui tapi ingatlah hanya kau saja yang boleh ubah semuanya. Aku atau siapa-siapa saja boleh bantu tapi diri sendiri yang memainkan peranan utama untuk kau berubah. Allah takkan beri ujian yang melebihi kemampuan kita.

Aku nak menegaskan di sini aku akan cuba bantu kalau ada sesiapa yang perlukan bantuan. Dan sekiranya orang terdekat anda mempunyai simptom pelik atau bercakap mengenai bunuh diri, jangan ambil mudah. Bantu mereka! Kadang-kadang sikap ambil lewa kita juga antara salah satu faktor mereka bertindak di luar jangkaan.

♥ps: Pilih untuk terus berjuang hingga Allah sendiri yang menarik nyawaku. Kau juga harus begitu!

Monday, 8 January 2018

Plan 2018: Reading Target


Aku ada beberapa buah buku yang masih belum dibaca. Beli dah lama tapi tersimpan elok lagi. Semuanya belum sempat dibaca. 

Jadi semalam tercetuslah idea macam mana aku nak habiskan bacaan buku-buku aku ni. Aku decide untuk buat 1 target, 1 bulan kena habiskan 1 buku. Kalau boleh baca more than 1 book, lebih bagus! Then bolehlah aku review sinopsis dalam blog. Maka taklah tersadai sangat blog aku kalau kekeringan idea. HAHA Lagipun aku ada set target untuk blog achievement pada tahun ini.

So let's get started!


♥ps: Tengah cari buku letak mana dah lupa T__T