Showing posts with label Gunung Jerai. Show all posts
Showing posts with label Gunung Jerai. Show all posts

Saturday, 10 January 2015

Cerita di Kedah: Gunung Jerai


Entry yang diperam hingga masak ranum.

Kali ini tahun baru 2015 disambut dengan kawan aku. Maklumlah masing-masing busy dengan kerjaya kononnya. Buat pertama kalinya kaki aku ni menjejak ke atas puncak Gunung Jerai. Korang jangan taktau, aku ni nama je tinggal dekat dengan Gunung Jerai tapi hampeh. Selama 25 tahun, eh silap 26 tahun inilah pertama kalinya naik.

Ok back to the story. Bayaran sebenar 1 van/kereta RM60. So kalau nak jimat pergi la ramai-ramai. Boleh share. Tapi disebabkan aku berdua je dengan kawan aku, ada seorang pakcik tu bagi diskaun RM10. So jadilah 1 kereta RM50 bermakna RM25 seorang. Fikir punya fikir nak naik ke tak, kami pun decided naik jelah. Alang-alang dah sampai kan. Kalau nak naik guna kereta sendiri pun boleh, tapi nasihat aku la pada yang tak confident tu baik kau sewa je. Seriously jalan memang berbahaya. Tu belum masuk selekoh maut. Kalau taktahu jalan better jangan naik sendiri. Biar orang berpengalaman handle. Hehe.

Sampai je ke puncak. Melopong budak 2 orang ni!!
Subhanallah. Cantiknya permandangan. Segarnya bunga. Sejuknya angin atas ni. Bahagia kau tahu! Speechless!

Welcome to Gunung Jerai, baby! HAHA
Kau tengok. Gemoks bunga ni. Haih geram sangat ni!!

Tunggu apa lagi. Keluarkan hp masing-masing. Bawak la monopod ke apa je. Perfect place untuk ambil gambar. Nak selfie ke wefie ke semua boleh. Memang ramai orang naik rupanya kat atas ni. Kalau korang nak tau atas ni ada hotel.Namanya Regency Hotel. Tengok macam terbaik jugak hotel sini. Pakcik yang bawak kami naik atas kata, ada lebih kurang 70 bilik untuk disewa kat atas ni. Sesuai la siapa nak honeymoon ke, nak bawak family ke, nak release tension ke. Memang jauh dari kesibukan kota, pekan, bandaraya. Haha peaceful!! 


#Selfie kau sampai lebam!

Boleh nampak permandangan sawah padi terbentang luas, laut & pantai, pulau, langit membiru. CANTIK sangat! Kuasa Allah yang mencipta langit & bumi. Tiada tandingan.




Gambar permandangan tak banyak. Sibuk selfie, wefiee bagai. Kahkah. Tapi memang enjoy sangat moment ini. Kalau yang tak pernah datang, silalah datang sekali je pun jadi lah. Rasai & nikmati permandangan yang sangat cantik. Fresh angin sini. HAHA!!

Memang aku suggest sangat siapa-siapa yang nak hilangkan tension, nak hirup udara segar sini tempatnya yang korang cari!
Ehem-ehem, macam promote Kedah 2015 pulaksss! Ahakkk!

Ok, nanti ada cerita lagi. Tapi nanti la.

Bye!

Wednesday, 8 May 2013

Sarapan diet~

Assalamualaikum.

Semenjak seluar jeans aku mengecil, baju pun mengecil aku rasa aku patut buat sesuatu untuk kecilkan saiz badan aku juga. Taktau lah kenapa baju seluar semua mengecil. Mungkin sebab cuaca atau faktor sabun basuh kot. 

So, I think I should do something. Turunkan berat aku. Maklumlah, duduk di rumah. Mestilah aktiviti yang dilakukan tu membuatkan lemak² aku tepu. So, aku tunaikanlah hasrat aku. Start semalam, aku dah mula keluar jogging. Hehe *tolong jangan buat muka terkejut jebon. Ye aku jogging. Aku sendiri pun tak percaya. Pergi berjogging di kaki Gunung Jerai sangat lah PENAT! Haha. Kawasan berbukit, bayangkanlah. Memang lah penat bagi manusia yang 'jarang' berjogging macam aku ni. Tapi sebabkan tempat tu sejuk dan segar, tetiba rasa nak pergi lagi.

Dari segi makan, memang dah tak melantak sesuka hati. Aku kurangkan pengambilan karbohidrat dan banyakkan minum air kosong dan mamah sayur-sayuran. Buat la sup ke, tomyam ke. Bagi aku bila kita makan makanan yang jenis bersup lebih cepat kenyang. Aku dah cuba buat sup sayur. Tomyam ayam sayur. Huhu. Sungguh vegetarian aku rasa ini jam-.- Harap apa yang aku buat ni boleh la konsisten sehingga dapat hasil yang aku mau. Oh yeah, aku jugak rasa nak try amalkan green tea. Okey ke?

Sarapan diet aku sekarang?

 

Taraaa!! Telur goreng bersayur. Aku taruk tomato, bawang banyak-banyak sama itu cili sikit mayonis dan secubit garam. Goreng sampai rangup makan dengan sos. Kenyang. Serious kenyang. Kira perut boeh bertahan dari lapar.

Hopefully aku akan berjaya menurukan sikit berat ni. Mana nak tau ada orang masuk meminang nanti. Eh, apa kaitan? Mihmih;3