Semenjak seluar jeans aku mengecil, baju pun mengecil aku rasa aku patut buat sesuatu untuk kecilkan saiz badan aku juga. Taktau lah kenapa baju seluar semua mengecil. Mungkin sebab cuaca atau faktor sabun basuh kot.
So, I think I should do something. Turunkan berat aku. Maklumlah, duduk di rumah. Mestilah aktiviti yang dilakukan tu membuatkan lemak² aku tepu. So, aku tunaikanlah hasrat aku. Start semalam, aku dah mula keluar jogging. Hehe *tolong jangan buat muka terkejut jebon. Ye aku jogging. Aku sendiri pun tak percaya. Pergi berjogging di kaki Gunung Jerai sangat lah PENAT! Haha. Kawasan berbukit, bayangkanlah. Memang lah penat bagi manusia yang 'jarang' berjogging macam aku ni. Tapi sebabkan tempat tu sejuk dan segar, tetiba rasa nak pergi lagi.
Dari segi makan, memang dah tak melantak sesuka hati. Aku kurangkan pengambilan karbohidrat dan banyakkan minum air kosong dan mamah sayur-sayuran. Buat la sup ke, tomyam ke. Bagi aku bila kita makan makanan yang jenis bersup lebih cepat kenyang. Aku dah cuba buat sup sayur. Tomyam ayam sayur. Huhu. Sungguh vegetarian aku rasa ini jam-.- Harap apa yang aku buat ni boleh la konsisten sehingga dapat hasil yang aku mau. Oh yeah, aku jugak rasa nak try amalkan green tea. Okey ke?
Sarapan diet aku sekarang?
.jpg)
Taraaa!! Telur goreng bersayur. Aku taruk tomato, bawang banyak-banyak sama itu cili sikit mayonis dan secubit garam. Goreng sampai rangup makan dengan sos. Kenyang. Serious kenyang. Kira perut boeh bertahan dari lapar.
Hopefully aku akan berjaya menurukan sikit berat ni. Mana nak tau ada orang masuk meminang nanti. Eh, apa kaitan? Mihmih;3