Wednesday, 4 June 2014

Tazkirah 2


KISAH BUDAK PENJUAL KUIH (Terharu punye kalau bace!)

Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman

-Copy from Facebook
==================================================

Sedih, terharu bila baca. Jika kita merasa susah, renungkan kembali bahawa ada orang lain yang lebih susah dari kita. Syukur dengan pemberian Allah. Jangan bersungut bila susah, sebaiknya mohon dipermudahkan perjalanan hidup kita.

Tuesday, 3 June 2014

Adidas Blogger Cup KickOff! : Question #2


Hari ini masuk soalan #2 untuk Adidas Blogger Cup KickOff! Entry lepas (LINK) siapa yang dah jawab dalam blog aku ni terima kasih aku ucapkan dan di harap anda berjaya! Dapat jersi German tuh!! Pada yang terlepas takpe, ada 7 soalan lagi yang menanti. Tak payah taip panjang-panjang, jom jawab soalan #2 ni. Senang!! Kacang!! Boleh menang World Cup jersey dan menang promo code untuk adidas e-commerce store!


Soalan untuk hari ini:
What are the names of the players in the picture above?

Klu/Hint: 
1. Klik pada gambar diatas (URL link: Klu untuk jawapan) atau
2. Tonton video di bawah



Dah tahu jawapan? Jangan komen pada entry ni ye. Kantoi la nanti jawapan korang. Sila tinggalkan jawapan korang pada kotak jawapan ni bawah ni okey?


Nota:Letak e-mail, nama penuh dan link blog ini(http://missflyfluffy.blogspot.com/) Lepas itu boleh letak jawapan dan send! :)

Monday, 2 June 2014

Apa nak jadi.......................?


Dalam seminggu macam-macam berita gempar yang kita dengar. Dera anak, kelar budak, rogol, bunuh etc. Takut, ngeri! Rasa tak selamat bila keluar. Ibu bapa yang ada anak-anak kecil pun mesti rasa insecure nak bawak anak-anak keluar. Manusia sekarang makin ganas. Makin menjadi-jadi buat perkara yang tak terjangkau dek akal. Sanggup dera anak sampai mati, kelar anak kecil yang taktahu apa-apa! Sumpah ngeri.

Kadang-kadang aku terfikir, makin maju negara kita ni makin canggih teknologi makain tinggi bangunan makin manusia tiada hati perut. Heartless sangat! Mungkin sebab kita tak jaga yang satu tu. Hubungan kita dengan Pencipta kita. Kalau kita jaga hubungan kita dengan Dia, mungkin semua ni boleh dikurangkan. 

Ntah. Makin hari makin kejam aku rasa berita keluar. Sampai kadang-kadang aku sendiri tak sanggup nak tengok. Tak sanggup nak baca.

Take care of yourself. Take care of your family. Bila rasa macam nak hilang pertimbangan, sila istighfar banyak-banyak. Ingat, kita ada agama. Ada Allah. Cari ketenangan melalui Dia, bukan cari kemusnahan.

Sebak:face29:

ps: Kejam sampai takut nak letak gambar apa-apa. Takut nak tengok.

Friday, 30 May 2014

Wanita, kau istimewa




To all women out there:)


pstt: Siapa nak menang jersi German, boleh jawab soalan kat sini (LINK)

Thursday, 29 May 2014

Adidas Blogger Cup KickOff! : Question #1



Aku rasa semua manusia kat planet Bumi ni dah tau kan yang tak lama lagi World Cup FIFA 2014 akan berlansung. Dengar radio atau tonton TV pun memang sekarang berkisar pasal bola je. Hehe wahai readears sekalian, adakah korang peminat bola? Pasukan mana ye korang sokong?

So, hari ini aku nak war-warkan satu competition daripada Adidas! Kali ini Adidas ada buat quiz competition kepada semua blogger dan readers!! Siapa-siapa yang berkenan kempunan nak menang jersi, kasut bola dan macam-macam lagi anda dipersilakan untuk menyertainya. Nak tahu lebih lanjut boleh klik sini (LINK)

So sekarang aku dah tak sabar nak bagi hadiah kat korang! Mari kita jawab soalan yang diberikan untuk hari ini.

Let's kick off !! Jawab soalan mudah yang diberikan dan korang berpeluang menang!:9:



Ok, mari bermula secara serious. 

Soalan pertama untuk hari ini:
The German team's nickname (not actual name) is written on their jersey. What is it?

Klu

Alamak, apa ye jawapannya? Korang rasa? Blur tak nampak jawapan? Nak klu ke?:face14:
KLU/HINT: Klik pada gambar di atas!
Dah nampak jawapan? 
Ok tunggu, JANGAN jawab pada comment box entry aku ye. 
Nanti kantoi la jawapan korang!

Update: HINT Tambahan!
Tips from sponsors to help readers:The answer to Question 1 is located behind the Germany jersey as shown in the URL picture above. 

Hantar jawapan korang pada drop box dibawah ye! 
Senang je kan? Untung-untung boleh menang jersi German ni!!
Ha peminat team German, jangan tunggu lagi. Kasi jawab ini soalan:face18:

Good luck!!:16: 

Please drop your answer here!: adidas Blogger Cup

Wednesday, 28 May 2014

#59 Wordless Wednesday


Tadi saja gatai tangan p Google then terjumpa pulak gambar macaroon yang yummylicious ni!! Haishh selalu okey je tapi sebab puasa ganti rasa goyang sikit-sikit. Kahkah macam budak-budak kan:132:
Takpe la, layan je la colorful macaroon. Siapa pernah rasa? Aku pernah rasa sekali je, manis sangat takleh makan kerap. Nanti diabetis~ Layan.............:face2:








 Source: Google

Banyak-banyak gambar, yang ke2 tu rasa nak try!! Yum-yummm:face9:

Tuesday, 27 May 2014

Piggy dalam makanan ( ´(00)`)


Aku tau sekarang memang dah kecoh meletopss pasal Coklat Cadbury ada DNA piggy kan? Kan? Giler terkejut habaq hiangg!! Selama ni sedap je aku makan melantak masuk perut. Dah la favorite pulak kan coklat ada kacang ni:face22: Logo halal setepek tu lah yang meyakinkan kita selama ni tapi tup tup ada DNA piggy? Rasa tertipu tak?

Kita duk jaga makanan kita. Takmau makan yang haram ni sebab jadi darah daging. Tapi dalam tak sedar ada jugak yang tertelan masuk ke perut. Marah! Memang rasa nak marah:face3:
Semua asyik saling menyalahkan. Isu sentitive umat Islam. Malaysia terang-terangan negara Islam. Kenapa pengeluar tak sensitive benda-benda macam ni? 

Mungkin ada sesetengah cakap. "Ala benda lah lepas...Babi je kot..Yang sudah makan tu dah la.."
Cuba renung balik. Kenapa bila kita belajar lambat faham? Kenapa kita degil? Kenapa anak-anak taknak dengar cakap mak bapak? Kenapa hati tak tenang? Kenapa susah terima teguran baik?
KENAPA? Mungkin patut kaji balik apa yang kita makan tu suci, bersih atau HALAL! Sebab apa yang kita makan akan jadi darah daging kita sampai bila-bila. Sedihkan? Aku sedih! Orang lain aku taktau.

Jumpa kat sini tadi. To this girl, jadilah GEN-Y yang pakai akal bila cakap.
Jangan nak femes punya pasal agama tolak tepi. Nak taubat waktu tua?
Yakin ke Allah nak hidupkan awak sampai ke tua?

Bila timbul isu ni banyak pulak timbul produk lain yang ada campuran BABI. Lagi sedih produk tu jugak la yang kita makan/consume hari-hari. Fikirkan? Patut la mak aku produk pelik-pelik dia tak makan even ada logo HALAL. Mungkin keraguan dia tu menyelamatkan dia dari makan benda-benda ni. Entry ni bukan nak blame mana-mana pihak tapi kalau terasa sila makan dalam.