Thursday, 17 March 2016

BoBoiBoy The Movie


Ceritanya semalam bawa cousin tengok BoBoiBoy. Yela, gatai berjanji kan. Padahnya asyik mengungkit je bila nak p tengok. Patutlah orang cakap kalau hang berjanji benda lain takpa, tapi kalau hang berjanji nak tengok BoBoiBoy dia akan minta sampai dapat tengok-_-


Dah seminggu ditayangkan khabarnya kutipan mencecah 8 juta. Fuyohhh best sangat ke? Kena la pi tengok sendiri. Pada pandangan aku BoBoiBoy The Movie memang  awesome habaq hang!! Terbaik! Tak rugi pun kalau bawak budak² kecik pi menonton. Penuh dengan humor! Yang lagi padu, BoBoiBoy sudah ada Kuasa 5. Menatang apa Kuasa 5 tu hang pi la tengok sendiri!:face14:


Watak favorite aku Papa Zola Kebenaran.......-_- Aku rasa watak ni kot yang  buat aku gelak tak berenti². Bukan aku gelak syok sendiri je satu panggung gelak. Haaa memang terbaik! Bila tanya cousin aku best tak, dia jawab best!  Budak² tak pandai menipu oiii! HAHA:face18:


Aku story sikit la jalan cerita dia OK. Geng Tengkotak nak rampas kuasa Teleportasi dari Klamkabot untuk menakluki planet² yang ada. Jadi Klamkabot datang ke Bumi nak transfer power dia tu ke Ochobot. Bila Geng Tengkotak dah berjaya ambil Ochobot dari BoBoiBoy dan kawan² masa ni lah banyak part best²! Berjayakah Geng Tengkotak merampas kuasa Teleportasi tu? Apa akan jadi kepada Ochobot? Hampa kena tonton sendirilah. Kang aku cerita spoil pulak kan...HAHA:face15:

Cuti sekolah ni kan? Spend la sikit masa dengan anak-anak, adik-adik, budak kecik, toyol semua pi menonton ye. Promote tak berbayar. Apa salahnya benda syok kita share la! Kehkehkeh♥

Tuesday, 8 March 2016

Solat Sunat Gerhana Matahari


Fenomena Gerhana Matahari Separa dijangka akan berlaku pada hari Rabu bersamaan 9 Mac 2016 bermula jam 7:24 pagi hingga 9:31 pagi dan menjadi sunnah yang dituntut untuk mendirikan Solat Sunat Gerhana Matahari pada waktu tersebut.

Source: Google
Kaifiyyah pelaksanaan solat adalah seperti berikut :

KAIFIYYAH SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Matahari secara berjemaah. Ia mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah , 4 Ruku' dan 4 sujud, seperti berikut :

RAKAAT PERTAMA

Lafaz niat :

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Yang bermaksud : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku'
6. I'tidal
7. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa

RAKAAT KEDUA

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku'
5. I'tidal
6. Sujud
7. Tahiyyat Akhir

Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.


 Copy + Paste from Facebook

Sunday, 6 March 2016

Tips makan angin dengan bajet yang kecil


Aku memang jenis manusia yang suka makan angin, jalan-jalan. Tak kisahlah ke mana aku dengan sukarelanya akan ikut. Dan Tuhan dah letakkan jodoh aku juga dengan manusia yang sepesen dengan aku. Dan memang aku ada impian untuk travel ke serata tempat. Cumanya ada beberapa halangan yang membuatkan impian terbantut buat masa sekarang. HAHA

Ok sekarang ni memang aku rancak berjalan². Tapi mostly tempat yang aku pergi dekat² je. So ada la beberapa soalan yang diajukan. Aku ok je, selagi boleh menjawab persoalan mereka tu. Ada yang tanya dekat mana? Jauh ke? Best ke tak? Dan ada juga yang cakap, hang orang kaya, takpelah nak jalan mana-mana pun. Maka tercetuslah idea untuk entry aku ni juga sebagai jawapan untuk menjawab statement begitu dari mereka.


Aku nak kongsikan tips ja cara berjimat tapi hang boleh makan angin atau berjimba dengan bahagia bersama yang tersayang. Tak perlu nak tunggu kaya baru nak rasa seronoknya berjalan-jalan. Kena ubah mindset sikit, kena rajin cari info sikit, jadi kreatif sikit. Serba sikit je. Dah tu tengok bajet dan buat perancangan je. Tapi kalau bajet yang kecil pun kau kedekut nak keluarkan, aku cadangkan kau matikanlah hasrat tu. Serious talk ni.

Inilah serba sedikit tips yang aku guna pakai bila aku dan suami merancang nak berjalan-jalan. Bukan main redah je sebab kaya or banyak duit.

1. Bajet.
Ini wajib ada. Banyak ke sikit ke tetap kena ada. Kalau takda pun boleh je tapi hang makan angin dekat playground depan rumah hang jelah. 

2.  Tempat.
Dah tentukan bajet hampa? Nah inilah masanya untuk tentukan kemana hala tuju hampa. Kalau ada bajet banyak/lebih bolehlah plan ke tempat jauh sikit. Atau ke tempat best yang memerlukan penggunaan wang yang banyak. Tapi kalau bajet sikit hang boleh plan ke tempat yang dekat tapi dapat meminimakan penggunaan wang.
Contoh 1:
Bajet 2K bolehlah hampa pergi jauh. Krabi, Singapore atau pulau-pulau yang ada di Malaysia pun cukup banyak untuk dilawati. Pilih je nak travel cara backpakers sejati mahupun travel ala datin². Tapi make sure don't over your budget okey!
Contoh 2:
Duit lebih ada RM300 je. Duk rumah jelah!! Ha silap tu. Malaysia ni banyak tempat syok la. Boleh berkelah di pantai. Pilih je Teluk Batik, Teluk Senangin, Batu Feringgi, Teluk Bahang. Aku baru je pergi Teluk Bahang last week. Nanti up entry ok! Takpun jalan² kat Padang Besar, cuci mata di Cameron Highland, meneroka Penang Street Art. Eh macam² lah boleh buat asalkan dekat dengan tempat korang. Dapat la berjimat sikit sebab tempat² macam ni tak memerlukan entry fee yang tinggi dan boleh pergi balik hari. Jimat tak payah pikir hotel bagai. Pikir petrol dangan makan je. Psstt petrol murah sekarang, gunakan peluang ni oii. HAHA

3. Seorang atau Berkumpulan?
Ada yang suka travel seorang diri. Ada yang berkumpulan. Tapi dalam term "penjimatan wang" atau "meminimakan penggunaan wang" adalah disarankan hampa pergi secara berkumpulan. Boleh ting tong duit minyak, penginapan, makan. Sharing is caring kan? Hiksss.

4. Makanan dan minuman.
Ini dari pengalaman aku sendiri. Setakat nak berkelah atau masuk taman tema ke baik hampa bawak makanan sendiri. Tak payah la beli. Kalau pergi ramai² lagi best. Boleh bawak makanan seorang sejenis. Meriah berlebih la makanan hampa siap boleh share lagi dengan makcik sebelah tikar. Jimat!

Ni jelah tips yang selalu aku guna kalau bajet tak ramai tapi hati teringin nak jalan-jalan. Kalau ada tips lain lagi mohon share di ruangan komen ye kawan-kawan. Korang pun boleh try kalau nak. Ni bukanlah tips terbaik macam para backpackers mahupun travelers tegar bagi tapi boleh la nak guna pakai. Jadi selamat mencuba dan selamat bergembira. Janganlah asyik sibuk stalk FB orang then cakap kau orang kaya banyak duit boleh la nak kemana-mana. Itu satu doa aku aminkan je mudahan Allah kayakan aku. HAHA Nak kena tunggu kaya baru nak explore bumi Allah ke? Kalau tak kaya-kaya maka mereputlah hang di rumah. OK bye! #jangansentap Hihihi

Sunday, 21 February 2016

Permandangan cantik di Bukit Bendera, Pulau Pinang


Masa cuti New Year awal bulan ni, aku berpeluang menjejakkan kaki ke Bukit Bendera. Tengok dekat Facebook, kawan² ramai yang dah ke sana. Ramai dah cakap Bukit Bendera dah cantik. Aku sebenarnya belum pernah ke sana, jadi aku taktau keadaan sebelum renovation macam mana. Sebelum tu maafkan aku kerana peram entry ni begitu lama. Bukan apa, masa memang sangat mencemburui aku saat ini. Kahkahkah! 

Masa sampai tu, punyalah ramai manusia. Nak beratur beli tiket boleh tahan panjang barisannya. HAHA Mau tak mau kena beratur jugaklah. Untuk harga tiket murah sangat ye kawan². Hanya RM10 seorang untuk tiket pergi balik. Tapi nak dapatkan harga ini kenalah tunjuk MyKad hampa dekat kaunter. 1 MyKad untuk 1 tiket. So kalau hampa tolong  wakil belikan tiket untuk ibu ayah nenek jiran laki bini hampa silalah bawa bersama MyKad mereka. Ada fahammm?

Dapat tiket dah! Sekarang tunggu la tren secara berjemaah

Lepas dapat tiket, kena beratur lagi. Kali ini beratur untuk naik tren pulak. Tunggu di sini agak menyeksakan sikit. Lama jugak la beratur sementara nak dapat turn naik tren. Jadi kesabaran yang tinggi amatlah diperlukan di kala ini. HAHA Tapi bila dah dapat naik, teruja sungguh kawan.... Yela, tak pernah lagi aku naik bukit menggunakan tren. Cable car pernah la. Seronok jugak, boleh nampak permandangan di kiri dan kanan. Dan sesungguhnya aku teramat kagum dengan pekerja² yang terlibat dalam pembinaan landasan tren ini. Clap clap clap!!

Bila dah sampai di atas, angin yang sejuk mula terasa. Sejuk je, segar je hirup udara bersih. Dan bermulalah acara menikmati panorama indah & memukau. Boleh nampak seluruh Pulau Pinang  yang terbentang luas habaq hang. Semuanya nampak kecil² je. Terasa kerdil sekali ye diri ini. 

Nah aku belanja view cantik dari atas bukit..!! Suka tak?

Speechless...

Apa lagi, masa untuk bergambar la. Dah ambil gambar boleh la rileks mata tengok keindahan yang jarang² boleh dapat. Lepas tu kami berjalan ² la sekitar kawasan ini. Actually, masa kami sampai dekat atas rupanya ramai jugak yang beratur untuk turun ke bawah. Panjang barisannya oiii! Takpelah abaikan yang tu. Enjoy permandangan lawa dulu. Ada lif yang akan membawa kita turun ke bawah. Turun pakai tangga pun boleh. Tak silap aku macam ada 3 level la untuk kita enjoy panorama Pulau Pinang ni. So kami decided nak pakai tangga je. Boleh la cuci mata kan. 

Gambar ni aku ambil masa di level bawah. Still nampak view yang cantik dan takda la crowded sangat dengan orang macam level atas sekali tu.

Sepanjang jalan hang akan jumpa bunga berjenis-jenis. Segar bugar pulak!

Dah bosan di bawah, kami naik semula ke atas. Ikut je trek yang mereka sediakan. Sampailah nanti di atas. Rupanya kat atas ni lagi best. They called it Astaka Bukit Bendera. Ada cafe, owl museum, tempat "mengunci cinta", masjid, balai polis, rumah lawa dan macam-macam la. Layan gambar hokey! HAHA





Padlock berbentuk hati ni boleh dibeli dengan harga RM45 kalau tak silap dan percuma tiket masuk ke Owl Museum. Dan FYI padlock ni takda kunci. So kekononnya once hampa dah lock menda alah ni, ia takkan boleh dibuka sampai bila-bilalah. Kami perati jelah. Dari membazir duit tu baik kami pi makan. Kunci cinta dalam hati masing-masing sudahlah. Kahkahkah tolong jangan muntah.

Ini jelah yang kami mampu. HAHA Panas oiii atas ni. Terbakaq biji mata T__T

Kat atas ni siap ada replika LOVE lagi. Nak ambik gambar pun macam ramai sangat. Perati jelah dari kejauhan. 

So dah puas jalan, jangan lupakan ibadah kita. Hampa jangan risau, dekat atas bukit ni ada masjid. Selesa lagi. Jadi lakukanlah tanggungjawab kita. Sorry takdak gambar pulak. Jadi selesai semua kami jalan lagi naik atas. Rupanya ada rumah kat atas sekali. Tapi takleh masuk pun sebab berkunci.

Ni lah rumah besar lawa dekat atas sekali tu. Taktau rumah apa. Main redah je ambil gambar. Aku taknak hampa mengigau bila pandang muka aku tu!

Dah habis melawat setiap inci kawasan, apa lagi balik la! Ha azab siksa sikit la sebab nak balik pun still kena beratur. Jadi janganlah potong barisan ye. Boleh bawak gaduh oii! Masa turun lagi best. Bayangkanlah hampa dalam tren turun bukit. Menjunam je rasa. Gayat pun hadooo. Kira ok lah, jadi best experience la untuk aku. Siapa yang suka enjoy permandangan lawa-lawa boleh la datang. Seronok jugak. Selalu tengok hutan batu je, apa kata ubah sikit angin. Tengok hutan yang betul-betul hutan. Hirup udara fresh lagi. InsyaAllah mungkin aku akan datang lagi bila-bila

Monday, 15 February 2016

Boat Noodles lagi di Mewangi.co


Hallo....
Lamanya tak update. Macam lupa pulak password Gmail sendiri kan? HAHA Oh², HAPPY CHINESE NEW YEAR to all my Chinese friends. Walaupun dah seminggu CNY berlalu. Hihi

Dah cuti ni banyak la kedai makan tak buka. Mencari² kami nak makan di mana minggu lepas. Pastu kawan aku ni suggest makan boat noodles. Yahooo syok! Boat noodles dah masuk dalam favorite list. Jatuh cinta masa first time makan di HLM Boutique tempoh hari.

Kali ni makan di sekitar Sungai Petani. Makan di Mewangi.co kedai berkonsepkan vendor boutique + cafe. Simple menu so tak perlu pening² fikir nak makan apa. Ada boat noodles, spaghetti, pastu ada la makanan lain yang aku tak ingat. Tapi menu memang simple. Untuk minuman macam biasa. Air sedap terbaik which is green tea! Hari² minum green tea ni.

Macam biasa aku order boat noodles 4 mangkuk. Sekali lagi dianggap makan bersama saka padahal mangkuknya memang kecil comel gitu. Jangan berangan makan semangkuk dah kenyang seharian. HAHA, Sambil tunggu makanan sampai. bolehlah mencuci mata tengok la baju ke skirt ke, kemeja ke, krim pemutih ke, shawl ke pilih je mana berkenan. Aku memang berkenan dengan sepasang baju ni tapi wang tak mencukupi. Lain kalilah datang tengok balik. Kehkeh.

Makanan dah sampai gelojoh nak rasa. HAHA kalau dilihat kuahnya tak sama macam yang aku makan di HLM boutique. Kuah disini lebih cair. Tapi rasa tetap sedap walaupun sedikit berbeza macam yang aku memula makan. Cumanya di Mewangi.co takda pilihan ayam or daging. Mereka ada ayam bersama fishball gitu. But still sedap lagi² bila hang tambah chili flakes! Kawan aku pun dah tangkap cintan dengan boat noodles ni bila first time dia makan.

Kasi zoom sikitttt....:D


So lain kali boleh try lagi. Hehe.kepada food hunter sekalian. Bolehlah try makan di Mewangi.co Try dulu lepas tu hang nak komen apa pun hang punya pasai. HAHA komen aku? Sedap!! Next time aku datang lagi. Adioss!:face2::face2:

Geng food hunter! HAHA

Details as below:
 Mewangi.co
 Address: No. 8 Tingkat 1, Taman Nilam Sari, Sg. Petani
 N/A

Monday, 1 February 2016

6 fakta tentang virus Zika




Source from Facebook

Sekarang ramai yang dah sebut tentang virus ini. Hopefully info ini sedikit sebanyak dapat korang yang nak tahu pasal virus Zika.

Spread the message.
♡