Serangga dan sekolah. | miss fluffy


Sunday 19 May 2013

Serangga dan sekolah.

Assalamualaikum.

Dulu masa tingkatan 1-3 aku disekolahkan di sebuah sekolah dekat dengan kaki bukit. Tapi aku lebih suka cakap sekolah aku atas bukit. Sebab kena hiking ringan² sebelum sampai sekolah-_- Nak mudahkan imaginasi hampa anggap je keliling sekolah dan hostel aku ni hutan. Dan aku duduk hostel since tingkatan 1. *Hampa nampak betapa berdikarinya aku.


Bukan nak cakap apa tapi hostel aku ni banyak betul serangga. Setakat lebah, semut, rama² saiz kecik² tu kira normal la kan. Tapi yang special aku rasa pasal hostel aku ni adalah serangga tu extra saiz. Gabak punya. Memang rare la bagi aku. Yelah, mana la aku pernah jumpa serangga obesiti kat rumah. Kat hostel aku je ada. Huhu.


Serangga extra saiz yang buat aku gerun sangat dan selalu la merayap² dalam hostel untuk takutkan insan yang lemah macam aku ni banyak.

1. Lebah obes


Apsal aku panggil lebah obes? Sebab lebah² yang terbang dalam bilik study mahupun dalam dorm sangat la gemuk². Serious! Aku terpikir gak camna la si obes lebah ni boleh terbang? Tak berat ke? Err-_- *Abaikan
Tapi sekali mereka terbang aku rasa macam nak menyorok je dalam selimut pastu terus krohhh kroohh. Takut weh! Sekali dia hinggap pastu dia cocok dengan sengat dia tu mau bengkak badan aku. Actually aku penah la kena sengat lebah tapi lebah kecik² je. Itu pun sampai bengkak kaki aku meh. Grrrr.

2. Riang-riang


Aku taktau la kat tempat korang panggil apa menatang ni. Tapi yang pasti tempat aku depa panggil riang². Tengok macam lalat je aku lukis. Dia lebih kurang macam belalang tapi besar. Pastu dia akan keluarkan bunyi "Rettt..rettt..rettt" *Jangan baca dalam hati. Bunyi sekali. Menatang ni sumpah aku geli. Aku pernah menangis sebab menatang ni hinggap kat tudung aku masa study malam. Siap bunyi lagi. Ada sekali tu aku menyorok bawah meja. Cilakak betul. Sampai sekarang aku trauma. 

3. Lipan


Aku rasa semua orang tau kot menatang ni. Lipan. Kalau taktau jom aku bawak pergi zoo. Kita buat lawatan sambil belajar. Apa yang lejen sangat pasai lipan ni kat asrama aku adalah ada sekor lipan ni dia suka buat jamban budak perempuan sebagai port dia lepak. Aku syak lipan jantan la ni. Ada sekali tu aku nak masuk jamban, aku dah check baik punya lipan tu ada ke tak. Tengok clear je masuk la. Sekali rasa ada benda berjalan kat kaki seluar. Apa lagi aku punya menggelupur kalah ayam yang kena sembelih habaq hang. Jatuh la lipan jantan tak guna tuh dari seluar aku. Nasib baik dia tak kokak ha. Kalau tak, eiii taktau la nasib aku. Lepas kejadian aku dah tak pernah masuk jamban tu lagi. 

4. Kupu-kupu


Kupu². Takda apa pun yang special cuma kupu² yang terbesar pernah aku jumpa kat kawasan hostel adalah sebesar tapak tangan aku. Besar sikit kot. Tu la yang besar aku pernah tengok selain kupu² di zoo negara. Tapi masa kau jumpa tu beliau dah arwah. Arwah memang cantik sayapnya. Cantiklah walaupun kebanyakkan kupu² punya sayap warna koko. Takdelah segorjes rama². Huhu.

Sepanjang aku belajar kat sekolah tu yang tu lah serangga ajaib yang selalu aku jumpa. Kira dah jumpa selalu takde lah ajaib mana pun. Tapi yang pasti depa ni semua besaq². Macam aku katakan tadi, serangga obes. Biasalah bila keliling sekolah adalah hutan. Normal kot. Kot la. Huhu Tapi bila depa terbang ja atas kepala aku memang bersepah aku menyorok. Geli!!!



17 comments:

  1. lebah obes? err, ke apa yg cuba ko sampaikan ni merujuk kepada tebuan? serengga tu mmg gemuk pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak bukan tebuan...ini memang lebah..hahaha

      Delete
  2. hahaha, tergelak2 iha baca.. tapi siyesly iha mmg benci sgt kat serangga.. yg riang2 tu bkn cengkerik ke? tapi tetap menggelikan dan menyeramkan.. selalu terfikir camne la org2 kt negara China tu boleh telan serangga2 nih.. -_-"
    #comel je akak lukis, hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. riang² bukan cengkerik...tapi depa sedara mara kot..haha spesis sama..huhu

      Delete
  3. pernah kena gigit lipan..time pregnant lg tu..fuhh sakit tak terhingga. bengkak terus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghh..tak terbayang sakit tuh...takut sekali lipan r...

      Delete
  4. Hahahhahahaha....
    Adeh tergelak2 tengok gambar tu.......

    ReplyDelete
  5. mak aiii seramm tu kalau jumpa lipan yg obes...

    ReplyDelete
  6. Lipan lah paling menakutkan. Gaya dia jalan slow slow dengan sisik dia berwarna merah kehitaman. Benda depan dia tu gerak-gerak. Eii, toksah cakap kecik ke besar semua menakutkan!

    Amboi overler tu siap bubuh tanda seru, hehe.

    ReplyDelete
  7. Paling takut dengan lipan & lebah..kalau menggigit tu..perghhh..tak manahan..

    ReplyDelete
  8. baru ja kan kita bincang permasalahn haiwan comel ni.trus hg hapdett.heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tu la kan..modal ni..idea untuk entry...besok jogging kita bncg lagi isu² menarik..kahkah

      Delete
  9. riang2 ni ape eh... *mungkin kat tempat sy ada nama lain kot..

    btw, sem lepas byk kali kena skodeng dgn lipan time mandi.. scaryyyyy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sy taktau tmpt lain apa org pnggil riang² ni..tp yg pasti badan dia ala² belalang..

      Delete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️