Kerana mengundi~ | miss fluffy


Saturday 4 May 2013

Kerana mengundi~

Assalamualaikum.

Perghhh. Perghhh. Rasa macam berkurun tak hapdate blog. Maklumlah busy pasang poster pilihan raya. Ehh haha takde lah. Aku busy menyiapkan report intra yang kena submit sebelum 6hb ni. Tapi Alhamdulillah, semua dah settle. Baik punya kelam kelibut buat hard cover. Kalau hampa tengok betapa kalutnya Iron Man nak selamatkan awek dia, aku double triple lagi kalut dari dia. -.- Maklumlah, nak kejar dengan tarikh mengundi. Haishh~

Okey. Tutup kisah submit report. Aku nak story pasal mengundi pulak. Semalam aku nak balik Kedah setelah 3 hari berkampung di KL. Dengan hidung kembang kempis gaya YB baru beli Volvo lama, aku excited pergi cari tiket. Tapi memang jilakeee sebab semua tiket habis and kebanyakkannya pukul 12 tengah malam. Kuciwa tak siapa tahu. Tapi harapan mula memancar bila ada mamat ni cakap tiket balik Kedah pukul 8.30 malam still available. Yang nakharommmnya bila dia kata tiket tuh harga RM65. Aku ulang, harga tiket KL-Kedah RM65. Mahal sengal! "Orang balik nak mengundi kak, sebab tu lah harga tiket mahal" kata mamat tadi dengan muka minta pelempang. Kepala hangguk kau. Apa bas tu boleh terbang ke apa yang mahal sangat. Dengan angkuhnya dia cakap lagi "Taknak takpe, ramai lagi yang nak tiket ni kak". Poracittt! Aku blah dari tempat panas tu sambil jawab "A'ah memang aku tanak tiket mahal ko".

Sabiaq jela. Nak mencekik darah pun agak-agak la. Ambik kesempatan. Kawan aku suruh je aku p buat aduan kat tribunal. Tapi dah aku tak beli tiket tu takde la aku nak p buat aduan pape. Memang hampeh. Aku lebih rela ambil bas pukul 12 malam. Rasa tak berbaloi. Takpa lah. Kat dunia ni hang kaut lah untung banyak-banyak. Kat akhirat nanti nendiaaa. Baru hang tau azab seksa api neraka.

Tapi sekarang aku selamat sampai Kedah dengan harga tiket yang jauh lebih murah. Esok boleh bersedia nak mengundi buat kali pertama. Hoyeahhh~ 

#Kalau bas awesome takpa la jugak. Ni tak, bas mini 10x ganda awesome aku rasa -_-

4 comments:

  1. ni yg tak suka..ambek kesempatan dlm kesempitan! huh =..="

    ReplyDelete
  2. selalu kena tiket flight begini.. lg2 kalau beli last minute time cuti perayaan.. stress je.. huhu

    ReplyDelete
  3. oooh mengundi di kedah ye MF....

    ReplyDelete
  4. spatutnya org mngundi kasi murah sket. .sbb org byk blik kn. .adohai. .

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️