Realiti | miss fluffy


Thursday, 12 May 2016

Realiti

Alam pekerjaan. 
Lama-lama aku faham.
Alam ini paling mencabar.
Masing-masing sibuk tunding jari.
Sibuk tutup kesalahan sendiri.
Sanggup sorok-sorok sepak kaki kawan sampai rebah.
Asalkan dia puas. 
Jangan sampai salahnya terburai.

Masa ini jangan percaya siapa-siapa.
Ada hati hitam belakang topeng putih.
Rela jilat biarpun kelat.
Biar maruah di bawak tapak kaki.
Asalkan kemahuannya dimiliki.

Tarik nafas dalam-dalam.
Duduk diam-diam.
Buat kerja sendiri.
Berhati-hati.

Jangan sampai terjerat dengan si topeng putih tadi.

3 comments:

  1. that is truly truth
    kat sini pun sama
    skrg wat hal sndiri
    malasa nak amik tau

    ReplyDelete
  2. Ok, ni ohsem.. Mungkin sebab kena sangat dengan diri aku..haha..
    pekerjaan adalah alam paling tak best..

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.