Sambut Birthday di Santai by The Garden | miss fluffy


Tuesday, 10 September 2019

Sambut Birthday di Santai by The Garden


Sebenarnya ni cerita lama tapi takdalah sampai tahap basi lagi. HAHA bulan lepas punya cerita je. Aku dengan beberapa orang kawan di tempat kerja ada buat kutipan duit untuk sambutan harijadi. Kira macam birthday treat untuk diri sendiri. Empunya badan yang akan sambut harijadi akan pilih restoran atau mana-mana tempat makan yang dia suka. Kami bertujuh dan seorang ambil RM50 je. Yang specialnya birthday girl tak payah bayar apa-apa. Pilih tempat makan dan enjoy saja!

So kali ni birthday girl kami pilih untuk makan steamboat di Santai by The Garden, Sungai Petani. Ini dah kali kedua kami mai sini tau. Mula-mula datang pun sambut birthday jugak. Kira kali pertama berpuas hati so repeat lagi kali ni. Birthday girl dah setuju kami onzz jer.

Aku kan memang suka makan pesen steamboat ni. Sampaikan aku ada main kutu nak dapatkan set grill & steamboat ni tau. Benda boleh main kutu buat apa nak beli cash! Kahkahkah.

Sudahlah membebel, mai nak tunjuk apa yang best dekat sini. Dari segala seafood hingga ke daging, dari segala sayur hingga ke pelbagai bebola semua ada. Itu belum masuk sos pencicah, mayonis, paste kuah steamboat. Kita ke seksyen air pulak. Pilihlah ada beberapa jenis air. Nak sejuk atau panas? Taknak air, laicikang ada. Topping apa nak? Pilihlahhhhh! Ada juga makanan berat disediakan macam nasi goreng, spagetti dan beberapa jenis masakan. OK, tarik nafas panjang-panjang dalam-dalam. Banyak sungguh pilihan kan?

Mesti mahal! Taklah sayang, RM 29.90 a.k.a RM30 je sekepala. Tapi disini tak amalkan sikap tamak dan tak habis makan. Kalau tak kena charge RM10 per 100 gram untuk setiap lebihan makanan yang hampa tak dapat habiskan. So jangan tamak, benda takkan habis sebab depa selalu akan tambah bila makanan berkurang.

Jadi marilah mencuci mata ye. Jarang dapat makan ramai-ramai macam ni maka nikmatilah.


I had to admit one thing. Masa 1st time makan serious sedap sangat. Dan sebab tu jugaklah kami repeat untuk kali kedua. Tapi sayangnya kali kedua ada spoil la. Tom Yum paste rasa macam kureng sikit dan sos thai pilihan kami juga macam ada rasa terkurang. But still give rate 4 over 5. Boleh datang bawak family members nak lepak-lepak.

Oh ya sebelum datang kena booking dulu tau. Kalau walk-in terpaksa la hampa berputih mata sebab meja selalunya aku nampak fully booked.

ps: September is my birthday month. Actually HARI INI birthday aku. Tunggu nanti nak pilih restoran mana! Hihi excited kemain (=>ω<=)

7 comments:

  1. Ya Allah nampak sedapnya!
    Tengah tak makan lagi tu yang nampak sedap semuanya.
    Haritu ada singgah sungai petani, kalau lah tau tempat wujud sooner, mesti singgah makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa..hehe takpa next time kalau datang sungai petani jangan lupa singgah tau :P

      Delete
  2. bestnya celebrate makan steamboat. boleh makan sepuas hati. hihi

    ReplyDelete
  3. Alahai lapar plak tgk menu best2

    ReplyDelete
  4. inilah masa yang best sebenarnya..

    masa untuk makan-makan

    ReplyDelete
  5. sedappnyaaa last mkn kt Cameron tp tak fresh terus malas dh nk makan steamboat kt mana2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak fresh memang spoil. buat sendiri je, lagi best! :)

      Delete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️