Thursday, 18 September 2025

How your childhood?



Dari TT.
Oldest daughter don't have childhood, they have internship in running family.

Kena jaga adik beradik yang sakit.
Even masa tu baru berusia 8 tahun.
Bantu urus keluarga bila mak ayah ada tugas lain.
Kena sebat dengan tali pinggang sebab lupa bawak pampers adik.
Seriously? Even that is not her responsibility!
Kuatnya dia.

From my side.
Betapa bersyukurnya mak bapak aku tak pernah sebat sebab lupa bawak pampers adik.
Memang mak aku sediakan keperluan kami sendiri from A-Z.

From others comment, kena penampar sebab lupa bekas air adik.
Seolah-olah itu tanggungjawab anak tu pulak kan.

Bila ada anak sendiri, I will try not to burden my 1st child dengan tugas mak ayah.
Ada beza antara nak ajar anak, minta tolong dan serah tanggungjawab terus dekat anak.
Besar anak akan ingat tu semua.
Not a prefect mother, aku pun belajar setiap hari, emosi kadang bergolak anak kadang jadi mangsa kemarahan. Memang menyesal but I must keep improve day by day.
Taktau la but hopefully itu tak akan tinggalkan parut emosi dekat anak aku.

Ketahuilah anakku, yang aku mahu beri yang terbaik.
Tapi as a human being, I have too many flaws.

Monday, 12 May 2025

Hari Ibu 2025


Hari Ibu paling sedih aku rasa.
Allah nak ajarkan kita kasih sayang ibu melalui seekor gajah.

1 Malaysia tahu kisah sedih ini.
Walaupun binatang, sedih dan pilunya sama seperti manusia yang kehilangan anak.

Hari Ibu yang akan diingati sampai bila-bila.
Sumpah, aku sendiri pun menangis setiap kali video kisah ibu gajah ni lalu di feed.
Moga Allah aturkan hal yang baik-baik.





Thursday, 10 October 2024

Yang Maha Mendengar


Teruskan berdoa, merayu meminta pada Dia.
Cepat atau lambat, Dia yang tentukan bila tiba masa.

Dia Maha Mengetahui.
Lebih dari aku kenali diriku sendiri.

Bila akhirnya Dia menjawab semua doa & permintaan aku.
Alhamdulillah.
Terima kasih Allah.
Jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur.


Wednesday, 9 October 2024

Yang pertama untuk 2024


Setahun tak menaip.
Nasib baik blog ni tak hilang.
Sayang rasanya kalau hilang sebab banyak cerita peribadi aku coretkan di sini.

Bila baca balik boleh imbau kenangan pahit manis kehidupanku.

Aku kembali di sini hari ini.
Untuk luahkan isi hatiku, perjalanan hidupku.
Rasa berat dengan ujian tapi aku bersyukur.
Itu tanda Allah masih ingat & sayangkan aku.

Tak ada tempat aku bergantung.
Hanya pada Dia aku merintih sekarang.
Nanti aku datang lagi ya,
Banyak aku nak ceritakan disini.

Thursday, 21 September 2023

Hutang


Pinjam dan meminjam.
Perlu ada urusan ambil dan pulangkan semula kepada pemiliknya.

Malangnya, kebanyakkan hanya pandai ambil.
Tiba masa untuk pulangkan, peminjam ghaib.
1001 alasan kau beri.
Janji palsu, Whatsapp bluetick.
Lagi keji, kau maki orang yang pernah bantu kau.
Sumpah seranah kau beri.

Ingat, Allah tak pernah tidur.
Lambat atau cepat balasan Allah pasti.

Kau menghilang.
Jangan cari aku kelak.
Cuma bila di hadapan Allah, akan aku tuntut semua kesusahan yang aku tanggung angkara perbuatan kau.

Sekarang, larilah.
Lari jauh-jauh.

Tuesday, 19 September 2023

Baca

Buku.
Benda yang aku beli, simpan dan berhabuk.
Banyak kali berhasrat untuk selak helaian buku tapi akhirnya masih tersimpan rapi dalam kotak.
Dulu sebulan sekali busuk-busuk pun boleh habiskan bacaan sebuah buku.
Itu sebelum aku punya banyak komitmen.
Kerja, keluarga, anak-anak, kerja rumah yang tak pernah habis. Hehe.

Sekarang.
Aku perlu cari masa untuk membaca.
Rasanya aku perlu urus masa aku baik-baik.

Kosa kata pun macam makin kurang.
Nak menaip pun berjam fikir perkataan apa yang sesuai.
Apa yang aku rasa, membaca di telefon tak sama rasa puas membaca buku.
Setuju?

Monday, 18 September 2023

Definisi bahagia

Dewasa kini, materialistik bukan lagi ukuran utama kebahagiaan pada mata aku.

Memiliki harta pada kadar yang sederhana.
Tidur yang berkualiti untuk bangun berjuang semula esok hari.
Garis senyum dan ketawa riang insan yang aku kandung 9 bulan.
Habiskan masa bersama keluarga yang aku sayang.
Pelukan erat dari pasangan tercinta.

Ini definisi bahagia aku.

"Saya sayang mummy"
"Love you"
"I'm a special edition, you're limited edition"
"We both are meant to be together"

Simple words but it's can bring a joy for the whole day.

Ini caraku.
Apa definisi bahagia kalian?

Friday, 14 April 2023

Lailatul-Qadar


Salam Ramadhan meskipun sudah berada di 10 malam terakhir.

Apa khabar Ramadhan kita kali ini?
Makin meningkat angka pada usia, makin rasakan sedikitnya 'tanaman' aku di dunia.
Apakah cukup bekalan untuk aku tuai di sana nanti?

Cukupkah usaha aku Ramadhan kali ini untuk memberatkan buku amalan aku?
Sesal masa berlalu takkan kembali.
Di malam-malam terakhir, semoga aku tidak malas, tidak letih, tidak leka.
Moga bertemu malam paling istimewa hadiah Allah untuk umat Muhammad.
Moga aku ambil pemberian kali ini dengan seikhlas hatiku.
Moga segala yang aku lakukan diterima Allah.

Jom kita sama-sama kejar dan rebut hadiah ini☺



Tuesday, 2 August 2022

Al-Fatihah Wildan Syurga


Rindu.

Perasaan yang membawa 2 emosi.
Rindu yang menggembirakan.
Dan rindu yang menyedihkan.

Rindu seorang ibu kepada anaknya yang pergi tak kembali lebih perit rasanya.
Allah pinjamkan kenangan terindah selama setahun yang akan dikenang sepanjang hayat.

Berbahagialah kau disana.
Sambutlah tangan ibu bapamu di syurga pabila mereka dijemput Allah.
Pasti keluarga kecil ini bersatu semula dan takkan terpisah selamanya.


*Takziah untuk sepupu saya yang baru kehilangan anak kecil mereka. Beruntungnya anakmu menunggu di syurga, moga Allah gantikan kesedihan dengan kegembiraan yang lebih baik di dunia ini.

Tuesday, 29 March 2022

Ramadhan 2022

Assalamualaikum

Beberapa hari saja lagi Ramadhan akan menjelang tiba.
Adakah kita bersedia menyambut bulan penuh keberkatan hadiah istimewa dari Allah untuk umat Muhammad s.a.w.
Bulan yang banyak kelebihan dari bulan-bulan yang lain.

Ambillah hadiah istimewa ini dan hidupkanlah bulan in sebaiknya pada tahun ini.
Ingatan untuk diri aku dan semua.
Mungkin ini Ramadhan terkahir untuk kita, maka manfaatkanlah sebaiknya.
Jangan rugi & sia-siakan.
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik untuk aku dan kita semua.

Marhaban ya Ramadhan.



Wednesday, 5 January 2022

SUNYI


S U N Y I

Dulu aku suka menyendiri, suasana sunyi.

Kini, bila usia makin bertambah.
Aku paling takut aku akan tinggal seorang diri.
Takut sunyi dan dengung sepi.

Sedikit sebanyak rasa sunyi mula menyelebungi bila insan-insan yang memeriahkan hidup aku pergi.
Dan tak kembali.

Apa gunanya rumah yang luas tapi kosong tiada keriuhan?

Wednesday, 10 November 2021

Hilang Kemanusiaan?


Hari ini sudah dengar 2 berita bunuh.
Bapa kelar anak kerana rebutkan siaran TV.
Anak tikam leher emak, anak tekad bunuh diri.
Tak tahu isunya apa.

Nampak?
Darah daging sendiri gamak dibunuh.
Kerana hal-hal remeh boleh berakhir dengan kematian yang ngeri.
Sejujurnya dulu jarang sangat dengar berita bunuh dikalangan ahli keluarga.
Sekarang, boleh dikatakan setiap hari ada berita ini.
Belum masuk isu haruan makan anak lagi.

Seram kan?
Aku tak tahu apa akan jadi pada hari mendatang, cuma aku doa minta Allah jauhkan perkara-perkara macam ni dalam keluarga aku.
Tak kuat ya nak hadap.
Moga Allah lindung kita semua.
Moga Allah tetapkan hari & iman kita.
Moga kita berjaya kawal nafsu kita.
InsyaAllah, doa selalu.

Wednesday, 28 July 2021

Tarikh Vaksin


Yang ditunggu dah tiba, akhirnya dapat juga tarikh untuk vaksinasi di bawah program anjuran PIKAS.
Hopefully semuanya akan OK, cepatlah berakhir Covid-19 ni.


p/s: Hampa dah vaksin atau belum?

 

Thursday, 1 July 2021

1st July 2021



Gambar sebagai kenang-kenangan ye rakyat Malaysia semua.
Sejujurnya kadang rasa penat. Tapi ada insan yang lebih penat dari aku.
Doakan semua ni cepat berakhir.
Stay safe semua💖


Friday, 2 April 2021

Nota Kecil

Emosi yang terluka takkan sembuh macam jari yang terluka.
It's takes time to heal.
Unforgettable.

Orang macam kau mungkin mampu lupakan perkara yang berlaku.
Tapi bukan aku.
It's okey, I can endure this pain.
Cuma kadang naik gila sebab letih. 
Letih daripada segalanya.

Thursday, 1 April 2021

Nota Kecil

Apa sebenarnya yang kau mahukan?
Cakap dikata melawan.
Diam dikata tak endah.

Sebenarnya nak apa ye?

Tuesday, 1 December 2020

Me

My simple rule:

I will become the person based on your thought.

Fit your desire!

Tuesday, 29 September 2020

Selepas 5 bulan


Muncul sekali sekala datang post entry. Aku ada dengar sebelum ni, kalau lama tak update blog nanti hilang. 
Betul ke? Sayang la banyak posting kenangan dulu-dulu hilang. Boleh jugak baca balik kan kalau tetiba teringat.

Banyak benda nk share actually, tapi apakan daya. Kekangan MASA. Inilah halangan terbesar buat masa sekarang. Skill menaip entry pun dah tumpul, nak susun ayat sedap-sedap pun dah hambar tau.

Nantilah aku buat entry lagi, posting ini sekadar menghidupkan blog yang berhabuk. Apa pun kawan-kawan, stay safe & take care. Makin menjadi-jadi pulak kes meningkat sekarang. Hopefully, virus Covid-19 ini cepat berakhir.

💋😷

Wednesday, 1 April 2020

Hari ke 15 PKP: Sisi² Tersembunyi

Apa khabar di hari ke 15?
Masih waraskah? HAHA
Makan ke belum? Sihat ke?
Jangan lupa check jiran atau saudara mara kita.
Takut ada yang tak makan minum kerana masalah kewangan. 
Masa inilah kita nak bantu yang termampu.

Masa ini jugak kita akan nampak sisi² terlindung orang sekeliling kita.
Yang nampak sombong walhal dia yang paling banyak membantu ketika ini.
Yang nampak baik sibuk mencerna kebaikan orang lain.
Baru tahu susah bila terpaksa jaga anak yang selama ini dihantar ke rumah pengasuh.
Bermasam muka bila lama sangat duduk rumah mertua.
Yang golongan berada sibuk menilai bantuan kepada golongan sederhana/susah.
Yang ada rasa diri mereka special, perlukan perhatian lebih dari kerajaan.
Ada yang diam² tapi sumbangannya besar.
Macam² ragam kan?

Aku hanya memerhati.
Ada rasa tertekan. Sedikit.
Tapi apalah sangat nak dibandingkan dengan tekanan yang dirasai oleh barisan hadapan.
Siang malam berpenat lelah berjuang melawan musuh yang tak nampak dek mata kasar.

Cuba sabar.
Jika kita rasa susah, ingat ada yang lebih susah.
Tertekan dikala ini cuma sementara, tabahlah hati.
Benda remeh cuba selesaikan sebaiknya.
Aku pilih diam kerana itu lebih baik dari bercakap mengeluarkan kata² yang mengguris jiwa.

Selamat berjuang di rumah!
#dudukrumah

Thursday, 9 January 2020

Muka surat 7, 2020 : Al-Fatihah Tokwan


Hari ke-7 dalam tahun 2020.
Hari paling sedih bagi kami sekeluarga.
Tokwan yang disayangi pergi selamanya.
Tapi kami redha. Allah lebih menyayanginya.

Kita akan bertemu lagi kelak.
Masa yang akan menentukan semuanya.
Terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan kepada kami.
Syukur kerana Allah panjangkan usianya hingga kami sekeluarga mampu mencipta memori bahagia bersama.

Cuma kini terasa sepi.
Kosong.
Rindu yang tiada penghujung.

Al-Fatihah.