Showing posts with label penipu. Show all posts
Showing posts with label penipu. Show all posts

Tuesday, 17 December 2013

Menipu


Menipu. Berdosa menipu.
Semua orang dah tau yang tu.
Tapi kenapa ada yang suka menipu.
Kenapa? Tambah-tambah pula menipu demi kepentingan sendiri.
Menipu di atas kesulitan orang lain untuk kebahagian diri sendiri.
Zalim namanya tu.

Ada yang menipu untuk lari dari tanggungjawab.
Ada yang menipu sebab nak penuhi kehendak sendiri.
Ada yang menipu kerana terdesak dengan kesukaran hidup.
Ada yang menipu untuk menyembunyikan sesuatu.
Ada yang menipu demi kebaikan orang lain.

Pokoknya, MENIPU.

Katakan yang benar biarpun pahit untuk ditelan.
Sebabnya? Bila penipuan terbongkar, sakitnya lebih teruk daripada menelan pahitnya kebenaran.
Pilihan. Mau sakit yang melekat dalam hati selamanya atau pahit yang sementara tapi akhirnya gembira.

Jangan menipu.
Sekali menipu orang akan hilang kepercayaan.
Sudahnya siapa yang merana?

Pernah dengar cerita pengembala biri-biri dan serigala?
Pernah dengar 'Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri'.
Pernah baca 'trust like a vase, once broken it will never can be fixed'.
Pernahkah?

Fikir. Kenapa kita yang dewasa yang boleh menilai mana baik buruk tergamak menipu? Allah bagi otak siap pakej dengan akal. Guna, jangan sampai nikmat diambil balik.

Fikir dan fikir.
Kenapa kau perlu menipu?