
*Internet kami yang terpantas! Langgan sekarang!!
*Percuma internet 30MB dengan hanya tambah nilai RM30.
*Internet kami yang paling laju dan pantas!!
Semua ayat manis-manis. Sampaikan aku pun hanyut dengan ayat pemanis depa.
Tapi bila langgan. Nak loading Facebook ambik masa berpuluh-puluh minit. Tu pun tak complete. Bila buka instagram, lagi la. Gagal terus. Nak komen? Sila cuba lagi. Padiaaa ni??!!
Indah khabar dari rupa. Aku takmau la cakap telco mana tapi ini nasihat aku sebagai pelanggan hampa. Nak iklan gempak boleh tapi action tu biarlah seiring dengan iklan tadi. Kalau betul internet korang yang terpantas, kenapa time aku guna lembap mengalahkan siput? Nak kata tempat aku takdak coverage? Masalahnya duduk kawasan lain pun sama jugak lembapnya. Buat sakit hati je, beli MI mahal-mahal, tapi tak berguna. Sebab slow sangat. Sangat-sangat. Kalau sikit-sikit aku boleh consider lagi kot.
Ok tau. Semua pasal keuntungan. Peduli apa dorang dengan keluhan pengguna "kecil" macam aku ni. Kehkeh.
p/s: Bab internet slow complaint je aku ni kan. Haha memang!!