Whatsapp Century | miss fluffy


Monday, 5 December 2016

Whatsapp Century


Masa aku start kerja, lebih kurang setahun juga aku pakai telefon cikai je.
Yang cuma boleh mesej dan call. Hebat sikit ada torchlight dengan radio.
Tapi masa tu aku bahagia sangat. SANGAT!
Sebab apa? Masa aku balik kerja, di rumah nak spend masa dengan family takda orang ganggu aku. Perkara paling urgent jadi dekat office dorang call je. Kalau aku takleh nak tolong solve, tunggu je esok!

Tapi sekarang, beli telefon canggih. 
Bila dah pakai WHATSAPP aku dah tak rasa sangat bahagia tu.
Masa cuti ada je yang Whatsapp remind itulah, settle inilah. Lagi best siapa yang pakai laptop, kena siapkan kerja cepat² even tengah cuti. Lepas waktu kerja pun minta macam². Kena send email cepat². Semua pasal hal kerja respond through Whatsapp. Lagi best siapa yang setup email office dalam phone. Masa tu juga kena reply. Kalau tak baca kena marah, kalau baca ada blue tick tapi tak respon pun kena marah.  Kalau tak on data, geng² workaholic akan call bertubi² suruh baca Whatsapp. Kalau takda data mereka suruh kita beli data. Kalau boleh semua benda kena settle dalam group "gila kerja" tu. Kalau tak faham mereka boleh ambil gambar dan send! JANJI KERJA SETTLE. Kita seolah² bawa hal di tempat kerja ke mana saja kita pergi!! Fuhhh sesak dada!

Dan aku sedar yang bila kita pikul tanggungjawab.
Kita kena selesaikan.
Tapi bila kau kerja tahap melampau gila.
Itu dah jadi satu BEBAN atas diri kau.
Itu pendapat aku lah.
Kalau kau rasa pendapat aku salah.
Itu kau punya hal.
HAHA!

Dan sekarang baik aku amalkan 1 prinsip.
Go Dieorang kampung aku kata.
Dulu dalam offer letter takda pun tulis kena settle kerja through Whatsapp.
Hehehe.

Sekarang tengah berkira² nak uninstall Whatsapp.
Mampu ke ni??
HAHAHA!

3 comments:

  1. ignore je. nape nak sibuk time cuti lak. melaenkan boleh claim balik cuti tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu takut² jugak..maklumlah baudak baru keja..sekarang je memang tak layan sangat kalau kacau time cuti..;p

      Delete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.